Tuesday, October 23, 2012

ABCD - ASAL BUKAN CINA DAP!

Aku memang tak ada masalah dengan bangsa cina ni. dari kecik pun aku memang lahir dari sekolah yang bercampur gaur ni hingga lah ke zaman Universiti dan sekarang dalam alam pekerjaan. Bagi aku mereka juga rakan yang baik dan kami tak pernah pun melihat sesama sendiri dengan rasa prejudis. Mungkin pengalaman aku dengan pengalaman orang lain tak sama.

Namun, untuk beri mereka kuasa dan memerintah, aku memang tidak boleh kompromi. Orang ramai kata bahawa dalam BN pun ada MCA, cina jugak tu. Apa pulak masalahanya dengan DAP kan. ini berkaitan dengan dasar dan perkara perkara luar jangka yang ramai orang awam tidak tahu. MCA merupakan rakan kongsi pintar dalam suasana politik hari ini. Dalam erti kata lain, masih in control dalam berkoloborasi dengan UMNO dan lain lain komponen. Tetapi tidak DAP, jelas ketara bila mereka merupakan kuasa dominant dan pembuat dasar dasar dalam Pakatan Rakyat.

Tanpa Anwar, komponen lain hanya ibarat melukut di tepian gantang. Dan waktu itu barulah DAP akan lihatkan belang sebenar mereka. DAP ni bila hendak kan kuasa, ibarat Belanda minta tanah. Lembut gigi dari lidah. Soalnya, berapa lama Anwar boleh hidup dan bertahan dalam politik negara? Siapa selepas Anwar untuk menjadi ikon dalam PR? Sedangkan melalui DAP, telah kelihatan talent talent untuk dinaikkan. Bakat dari PAS? huh lagi jenuh..Takkan Mat Sabu atau Mahfuz Pokok Sena tu berani nak bertegang urat dengan Ngeh bersaudara Ngok Nee Za..Jauh sekali lah nak berdepan dengan Anthony Loke. 

Lihat saja lah usaha mereka sekarang, sedang sibuk mencari calon melayu untuk bertanding atas tiket DAP. Untuk apa? Apa salahnya jika takdir PR memerintah Perak sebagai contoh, kerusi MB tu diberi pada PAS atau PKR? Nyata tak iklas kan. Kat situ pun dah nampak yang mereka ingin berkuasa penuh. Pakatan yang mereka anggotai sekarang hanyalah batu loncatan untuk mereka dapat apa yang dihajati. Lepas daripada itu, bye bye lah komponen tu semua. Ikatan yang rapuh, selalunya hanya untuk sementara. Ditaburi dengan janji manis melangit, bila jatuh nanti hancur berkecai beb.

Kerana itu lah aku katakan, cegah sebelum parah. Dan UMNO juga kena ambil iktibar dengan memperbanyakkan bakat bakat baru dan generasi pelapis dari peringkat Pemuda Bahagian lagi. Cukup cukup lah meletakkan calon calon sayap yang sekadar tangkap muat hanya untuk mengelakkan tertendangnya Ketua Bahagian sedia ada daripada saf kepimpinan mahupun calon PRU. Sayangilah parti melebih kepentingan peribadi. Jangan sekadar sedap manis dimulut aje tapi hakikatnya jauh dari maksud sebenar pengucapan.

MCA sendiri tolak DAP! so fikir fikirkanlah. Beringat sebelum kena, jangan dah terhantuk baru nak tergadah. Penjajahan orde baru datang dengan belbagai jenis jarum yang halus. Ia tidak menyakitkan but kill inside.ABCD - ASAL BUKAN CINA DAP..

2 comments:

Unknown said...

lu lagi kreatif bro.. wakaka! baeekkk punya idea.

ASHAMSURI said...

hehehe..aku pun copy paste juga mcm lu bro..tagline tu idea RBF Online, wa sapu jer hehehe..

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...