Tuesday, October 23, 2012

AES - Backfired kepada BN!

Tindakan kerajaan memperkenalkan Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automated Enforcement System (AES), ke atas kenderaan yang dipandu melebihi had laju, tanpa kajian dan penilaian yang teliti merupakan tindakan bodoh menjelang pilihan raya umum.

Setelah lebih dua minggu diperkenalkan, AES telah menjadi satu bebanan politik kepada Barisan Nasional dan kerajaan. Rata-rata rakyat biasa melihat pelaksanaan AES adalah satu cara kerajaan menambah perbendaharaan negara bagi menampung perbelanjaan dan subsidi kerajaan yang meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kini ramai yang memomokkan penerima “Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM)” sebagai penerima wang saman AES.

Kementerian Pengangkutan mendakwa AES diperkenalkan bagi mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi had laju. Alasan mereka banyak kemalangan maut terhasil akibat kenderaan dipandu melebihi had laju yang ditetapkan.
Alasan ini bukan sahaja belum dibuktikan secara tuntas tetapi juga menampakkan sikap kerajaan cuba merendah-rendahkan pemikiran rakyat seolah-olah menerima sahaja apa yang disuapkan kepada mereka. 

Selanjutnya baca kat SINI

ASHAMSURI : alasan untuk mengelakkan pemanduan laju bagi mengurangkan kadar kemalangan ni memang aku tak berapa boleh nak terima. Dan kadang kadang tu yang laju jer bukan banyak pun, tapi setakat lebih dalam 5-10 km/j jer..Ada yang bapak bapak lagi laju tak pulak kena saman. Korang pernah tengok ke saman yang memandu laju 200km/j? atau 180km/j? tak pernah kan..yang lazim kita lihat 93km/j atau 131km/j di laluan laluan yang berkaitan.

dan selalunya orang speeding bila jalan clear, kalau time tu jalan sesak atau hujan, mana ada orang nak memecut. akal ada ke. lagi pun kalau beriya iya hendak kurangkan kadar kemalangan, esok esok bungkus pulak syarikat insurans.

tapi yang paling nyata, kenapa kerajaan BN selalu buat tindakan bodoh yang bagi orang marah time dekat dekat nak PRU..ini masih lagi menjadi misteri dan tanda tanya kat aku..

No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...