Wednesday, October 31, 2012

Penemuan rizab minyak tambahan, rakyat Pahang dapat RM100 juta setahun..

KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata penemuan rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertenta-ngan Pahang, bukan sekadar memberi manfaat kepada negeri ini, malah dikongsi manfaatnya oleh negeri-negeri lain.
Adnan berkata pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa Pahang dijangka menerima wang ihsan sekitar RM100 juta setahun, juga dilihat bakal memberi impak besar kepada ekonomi negeri Pahang.

“InsyaAllah kita akan gunakan wang berkenaan untuk pembangunan kepada rakyat, saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Kecemerlangan Kokurikulum negeri Pahang anjuran Yayasan Pahang, di sini, semalam.

Perdana Menteri meng-umumkan Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, yang terletak di Blok PM 307.
Medan minyak itu terletak kira-kira 160km di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata negeri Pahang dijangka menerima wang ihsan sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014.

Mengenai wang ehsan itu, Adnan berkata: “Kita memang menjangkakan akan menerima wang ihsan sejumlah berkenaan.

“InsyaAllah, belanjawan negeri Pahang selepas ini tidak akan mengalami defisit lagi,” katanya. — Bernama
Adnan berkata menerusi wang ihsan itu juga, kerajaan negeri dilihat akan lebih berdaya dalam melaksanakan pelbagai program yang memberi kesan besar kepada kesejahteraan rakyat.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas keprihatinan pemberian wang ihsan itu,” katanya. — Bernama

ASHAMSURI: Alhamdulillah..itu menunjukkan Petronas tidak tidur. Mereka buat kerja, buat kajian dan macam macam lagi. Dan hasilnya kini terbukti dengan penemuan baru sumber petroleum di Negeri Pahang. Semoga hasil wang ehsan tersebut akan mengubah landskap kemakmuran negeri Pahang. 
 
Bersyukur lah kepada rakyat yang mana negeri negeri mereka mempunyai sumber asli yang mempunyai nilai tinggi. Bagi yang kurang bernasib baik, peliharalah sumber kemakmuran sedia ada ini agar kekal dan utuh selama lamanya. Kerana kemakmuran yang kita nikmati selama ini adalah jauh lebih bernilai dan berharga dari segala galanya. Sentiasa peka dan sensitif kepada persekitaran, kerana pihak pihak luar yang dengki kepada Malaysia sedang berusaha memasuki atmosfera damai Malaysia dari pelbagai sudut. Dan ada antaranya melalui parti parti dan pertubuhan tertentu. 

Cuma kita sentiasa leka dan alpa, maka perkara yang paling mudah untuk kita terima ialah terpesona dengan janji dan cakap cakap kosong puak puak yang berkenaan. Sampai masa bila negara dah tergadai, kuasa dah hilang baru padan muka. Kita pernah dijajah hampir 500 tahun lamanya. dan kita baru melalui lebih sedikit 10% dari tempoh tersebut untuk membina negara bangsa. Jangan peristiwa lalu berulang kembali kerana banyaknya si kitul yang menjadi tali barut.
 
Pada DS Najib, dah jumpa lokasi baru ni harap2 adalah cara dan mekanisme baru untuk turunkan lagi harga petrol..baru lah minyak makin murah, kos dagangan pun akan turun dan rakyat makin selesa. Bila rakyat selesa, Dato Seri pun akan selesa gak meneruskan transformasi negara. Hanya rakyat yang bodoh je akan buat huru hara bila keadaan dan taraf hidup mereka terjamin : )
 
 



No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...