Wednesday, October 24, 2012

Bagaimana Mengesan Sistem Kamera AES Menggunakan Aplikasi Android?

Semenjak beberapa minggu yang lalu, heboh di dalam media massa dan elektronik mengenai pelan kerajaan pusat dengan kerjasama pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengenai pemasangan kamera perangkap laju, Automatic Enforcement System (AES) di
sepanjang jalan raya di negara kita.  Kalau kita lihat, majoriti daripada rakyat Malaysia menentang kaedah tersebut yang dianggap sama seperti ‘saman ekor’. Menyedari mengenai masalah ini, seorang warganegara Malaysia yang prihatin telah mencipta satu aplikasi yang membolehkan pengguna mengesan lokasi kamera AES melalui telefon pintar mereka.



Aplikasi ini akan mengesan lokasi AES yang berada 500 meter dari posisi kereta anda berada sewaktu memandu di lebuhraya.

Aplikasi ini juga akan membunyikan signal amaran sebaik sahaja kereta anda memasuki jarak 500 meter sebelum sampai ke kamera AES yang dipasang di kawasan tersebut.



Apa yang anda perlukan ialah cuma pasang ON GPS di peranti Android anda dan install juga Adobe AIR supaya ianya dapat berfungsi dengan baik.



Boleh muat turun aplikasi di sini (LINK)

Sumber : Boyzzonne

No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...