INI KERANA KAMI BERPENDAPAT BAHAWA KEHIDUPAN ORANG YANG TELAH DIJATUHKAN MUFLIS ATAU BANKRAP ADALAH SUSAH DAN KEMUDIAN SEGALA KEMUDAHAN JUGA DITAMATKAN ATAU DITARIK BALIK. UMPAMA TELAH JATUH DITIMPA TANGGA.PERHIMPUNAN MEMBANTU ORANG MUFLIS/BANKRAPSALAM. SEBUAH NGO DI MALAYSIA AKAN MENGANJURKAN SEBUAH PERHIMPUNAN UNTUK MEMBANTU MUFLIS ATAU BANKRAP DI MALAYSIA, TERMASUK DARI SABAH DAN SARAWAK.
NAMUN UNTUK MENYUARAKAN MASALAH SESORANG MUFLIS SECARA INDIVIDU KEPADA PIHAK BERKUASA ATAU PIHAK KERAJAAN MEMANG SUKAR. MAKA KAMI BERCADANG UNTUK MENGUMPULKAN SERAMAI MUNGKIN ORANG YANG MUFLIS ATAU BANKRAP DI SATU MAJLIS, DAN KEMUDIAN KITA AKAN MENCADANGKAN APA SAJA YANG DIBINCANGKAN DALAM MAJLIS ITU UNTUK DISAMPAIKAN KEPADA PIHAK ATASAN KERAJAAN.
TIDAK KIRA APA SEBAB KEBANKRAPAN, SEMUA ORANG BANKRAP ATAU MUFLIS PERLU DIBANTU DAN DIBERI PELUANG KEDUA. SEDANGKAN ORANG YANG DIPENJARA PUNDIBERI PAROL INI KAN PULA ORANG YANG MUFLIS ATAU BANKRAP ATAS SEBAB KELEMAHAN PENGURUSAN KEWANGAN.
SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH HUBUNGI EMAIL masterzaki@gmail.com
ATAU TEL :- 019-3591000 (HOTLINE UNTUK PROGRAM INI).
TOLONG HUBUNGI SEBELUM 31 OKTOBER 2012.
PROGRAM DIJANGKA SEBELUM 31 DIS 2012.
BERIKAN NAMA ANDA DAN NO TEL ANDA SERTA EMAIL UNTUK KAMI HUBUNGI ANDA DAN MEMBERI MAKLUMAT LANJUT UNTUK PERHIMPUNAN INI.
"BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH, SUARAKAN HAK ANDA"
WASSALAMUALAIKUM.
-masterzaki@gmail.com-
sumber : IKUT SUKA AKU
Perkara ini aku dah perjuangkan hampir 4 tahun rasanya. Dari Mesyuarat Agong Pemuda UMNO tahun 2008. Tapi sampai sekarang kesannya aku masih belum lihat. Tak pastilah sama ada pucuk pimpinan ada baca atau tidak apa yang akar umbi minitkan dalam mesyuarat tersebut.
Kesian pada mereka mereka yang teraniaya. Bukan semua yang bankrap ni pasal mereka berhutang dan tak bayar hutang. Ada yang jadi mangsa sebagai guarantor. Ini salah kerajaan dan bank jugak pasal polisi mereka dahulu sebegitu.
Bila dah ramai yang tak berani nak jadi penjamin, barulah akhir akhir ini bank melonggarkan syarat pinjaman terutama pinjaman peribadi tidak lagi memerlukan penjamin. Namun apa hal yang sudah terjadi sebelum ini? Pesalah jenayah pun dapat parol, inikan pulak kesalahan orang lain yang kita perlu pikul.
Ada ramai yang bankrap secara terbitan ni ( bukan pencen je ada klausa pencen terbitan ). Orang lain punya hal, orang lain yang kena tanggung. Dan majoriti yang terlibat adalah orang melayu. Dalam kita sibuk bercakap untuk menjadi juara kepada permasalahan orang melayu, ini merupakan salah satu penyakit dalam bangsa kita yang masih belum selesai. Perlu ada mekanisma berhubung perkara ini.
Jangan sampai orang lain mengambil kredit atau kesempatan berhubung perkara ini. Impak dia besar terutama dekat dekat pilihanraya ni. Maka dengan itu, kepimpinan segera lihat perkara yang dinyatakan ini.
1 comment:
Kerajaan Malaysia pengurusan tidak sempurna, terlalu memberi kuasa kpd bank. bank ialah punca utama menyebabkan seseorang dijatukan bankruptcy. Bank di Malaysia boleh charge anda dengan bunga yg tinggi dan sesuka hati kalau masa anda tidak keupayaan membayar insuran bulanan. Ia tidak adil dan mangsa tidak dapat bantal dengan charge sehingga anda muflis. Malaysia kita tidak ada department yang boleh membantu anda pada masa tersebut.
Apa kebaikan Malaysia? Ia hanya menyebabkan bankruptcy meningkat saja tahun ke tahun. Ia juga akan menyebabkan lagi perkembangan economic Malaysia masa depan. Tambahan pula bankruptcy laws di Malaysia akan menghukum seseorang muflis sampai boleh memusnahkan hidup seseorang. Kita sangat jelas, ini kebanyakan disebabkan oleh kuasa bank yg keterlaluan.
Bankruptcy laws di Malaysia memang boleh menyebabkan seseorang muflis melambatkan muflis untuk hidup semula. Di dalam undang-undang bankruptcy Malaysia ada banyak syarat yang menyikat muflis untuk perkembangan semula seseorang muflis, seperti: Tidak boleh berniaga sendiri, tidak boleh terima wang lebih RM500 dari lain orang(Dikehendaki melapor kpd JIM), tidak boleh keluar luar negara berkerja (Pastport disekat), tidak dapat memegang jawatan tinggi di syarikat dan lain-lain. Ini semua memang akan menyekat seseorang muflis menjadi wang untuk perlepasan.
Harap kerajaan kita sedar dan tidak membunuh masa depan seseorang muflis di Malaysia ini dan tidak membunuh sesama sendiri. Bankruptcy yg meningkat masa sekarang boleh menyelesaikan jika Malaysia
Bankruptcy Laws untuk menjatuhkan seseorang menjadi bankrupt hutangnya kalau melebihi RM150,000 keatas. Harap juga yg telah dilaporkan bankrupt pada masa sekarang akan dilepaskan secepat mungkin jika hutang tidak melebihi RM150,000. Inilah yang sempurna.
Post a Comment