LONDON: Tony Blair berkata beliau kini bersikap lebih terbuka terhadap
agama sejak tidak lagi memegang jawatan perdana menteri. Malah bekas
Perdana Menteri Britain itu mengakui beliau membaca al-Quran setiap hari
kerana aktiviti itu membuatnya lebih memahami mengenai iman.
"Berusaha ke arah celik iman amat penting dalam dunia global,"
katanya seperti dilaporkan akhbar Britain, Daily Mail kelmarin. Malah
beliau berkata membaca al-Quran setiap hari untuk memahami hal yang
berlaku di dunia kerana al-Quran memberikan perintah yang berguna.
Ia juga meyakinkan pengetahuan beliau mengenai iman yang dapat membantu
dalam tugasnya sebagai wakil di Asia Barat mewakili Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah san Russia.
Sebelum ini beliau juga pernah menyatakan iman umat Islam amat indah dan Nabi Muhammad adalah tokoh yang mendorong peradaban.
Pada 2006 beliau pernah menyatakan al-Quran adalahkitab reformasi yang inklusif. Al-Quran juga mengagungkan ilmu dan pengetahuan dan membenci tahyul.
"Kitab (al-Quran) itu memberikan arahan praktis mengenai pernikahan, wanita dan pemerintahan," katanya.
Walaupun demikian, Tony turut mengakui beliau melihat bagaimana pelaku
jihad menterjemahkan al-Quran sebagai panggilan untuk mengangkat
senjata. Ketika kejadian serangan bom bunuh diri 52 maut, beliau ketika
itu masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri.
Membaca al-Quran membantunya dalam menunaikan tugas sebagai utusan damai. - Agensi
Sumber - Surat khabar Malaysia
Tengok, orang bukan Islam sendiri baca dan kaji kitab suci al-Quran setiap hari. Kalau kita sendiri tak rajin nak baca dan fahami ayat-ayat al-Quran, tak ada perkataan yang sesuai untuk kita melainkan "malu dengan Allah, malu dengan diri sendiri."
Sumber - Surat khabar Malaysia
Tengok, orang bukan Islam sendiri baca dan kaji kitab suci al-Quran setiap hari. Kalau kita sendiri tak rajin nak baca dan fahami ayat-ayat al-Quran, tak ada perkataan yang sesuai untuk kita melainkan "malu dengan Allah, malu dengan diri sendiri."
2 comments:
cantekk bro.. baby dah pandai mintak mak baru ke? wakaka!
Tapi tetap bunuh orang Islam..siot la Blair ni..
...SentiasaPanas[dot]com...
Post a Comment