"Kalau incase kepala saya meletup, halalkan semua saudara ku," ujarnya dalam gurau.
"Bro, boleh jangan cakap macam itu. Bro akan selamat, bro tahukan saya
memang pakar dalam gerak hati. Jadi saya kata, InsyaAllah tidak akan
berlaku kejadian buruk," balas saya.
Saya kemudian mengajukan soalan berikut ...
Saya kemudian mengajukan soalan berikut ...
"AVM itu apa?"
"Arteriovenous malformation. Ringkasnya, ada urat ekstra dalam
kepala saya dan urat itu mengganggu fungi koordinasi otak. Urat itu ada
dalam kepala sejak lahir tetapi tidak disedari. Sekarang ini sesekali
saya tidak mampu mengawal pergerakan tangan kanan, selalu berasa sakit
kepala," jelasnya.
Klik di sini, jika ingin mengetahui maklumat terperinci berhubung AVM.
Sahabat saya itu, individu banyak berjasa kepada ramai.
Setakat ini dia masih pertah berkata-kata dan tidak lekang dengan lawak
jenaka biarpun antara kesan AVM, jika tidak dirawat secepat bakal
menganggu sistem komunikasinya. Untuk rekod, sebelum ini, dia sentiasa
sibuk menjelajah negara, dijemput memberikan ceramah berhubung
pencegahan jenayah kepada masyarakat tanpa mengira tempat, bangsa dan
agama.
Pagi tadi saya terbaca status di Facebook anak kepada anggota polis itu.
"Dear friends, I have AVM on my left brain. My treatment plan with
CyberKnife which will cost RM41,820 were to start on Monday and the
surgery on Wednesday but I would have to postpone it as my insurance is
not a panel of Beacon Hospital. To make matter more upsetting, my
insurance doesn't cover my ilness at all.
Hence, I would like to offer my service of conducting talks to pool additional fund for the surgery to be held as soon as possible"
Yes! My friend doesn't beg.
Dia cuma ingin menawarkan khidmat untuk terus bercakap dan berkongsi ilmu bersama masyarakat selagi dia termampu melakukannya.
Secara peribadi, tentunya saya ingin melihat sahabat saya itu terus sihat dan menyumbang jasa kepada kita semua. Esok, jam 9 pagi, Kamal Affandi Hashim akan bersama CakapDotCom dalam sesi pertama di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Kepada pembaca tidak mengenali Kamal, klik di sini.
Sesungguhnya cabaran hebat didepani oleh insan hebat. Allah hanya menurunkan cabaran kepada manusia mampu untuk mendepaninya kerana Allah itu adil.
Kepada rakan, sahabat, kenalan dan pembaca blog berhasrat membantu mengumpulkan wang lebih RM40,000 itu, sila klik di sini atau di sini untuk nombor akaun Kamal.
Sumbangan kita, banyak atau sedikit, InsyaAllah bakal meringankan beban ditanggungnya.
Tolong saya untuk menghebahkan entri ini di Facebook.
sumber : MazidulAkmal
ASHAMSURI : Dia ni pakar penyiasatan. Banyak dah ilmu yang dia kongsi bersama kita melalui program program pencerahan yang dia lakukan demi untuk mengurangkan kadar jenayah. Usaha yang dilakukan oleh beliau hanya Allah yang mampu membalasnya. Memanglah kadar jemayah negara masih boleh dipersoalkan, tetapi usaha dan urgency ke arah itu tetap dilakukan, dan salah seorang yang berusaha ke arah itu ialah saudara Kamal Affandi Hashim ni.
Aku sendiri masih ingat macam mana dia bercerita pasal langkah langkah keselamatan mengunci pintu. Salah satu saranan dia ialah kita selalu letak gugusan kunci dibelakang pintu atau pun sebelah pintu utama sebab senang nak capai bila keluar masuk rumah. Itu dah jadi kebiasaan umum dan logik itu jugaklah yang diguna pakai oleh penyamun. Sejak dari itu, aku pun dah tak letak kunci kat area2 tu dah.
Banyak lah tips dan panduan yang dia ni dah beri berdasarkan pengalaman dan pengetahuan beliau sebagai agen risikan jenayah. Kira dia ni macam James Bond Malaysia lah.
So, sekarang aku harap sangat agar kita dapat membantu mengikut kemampuan dan keupayaan kita. Semoga beliau akan kembali sihat dan membantu mengikut kepakaran beliau pulak. Allah menilai setiap apa yang kita lakukan.
2 comments:
banyak baca bro tapi keadaan dia macam mana? bukan nak jadi polis, wakaka tapi apa punca?
Dia ada lebih saraf dlm pale dia..skrg dalam rawatan..Yg wa dengar media prima ada sama membantulah..
Post a Comment