Friday, November 2, 2012
ACU PISTOL!! BODYGUARD ANWAR MENGANAS LAGI DI LAKE CLUB!
Belum lagi jadi Perdana Menteri mahupun menjadi kerajaan tetapi lagaknya sudah lebih berbanding Kerajaan Barisan Nasional yang mentadbir Malaysia waktu ini. Mungkin perasaan merasa diri hebat menjadi satu elemen biasa pihak pembangkang.
Gomo mendapat maklumat akan satu kejadian yang telah berlaku di Lake Club yang mana sebuah kawasan rehat yang terletak di Kuala Lumpur berdekatan dengan Parlimen. Lake Club merupakan lokasi swasta yang mana pengunjungnya juga adalah mereka yang merupakan ahli kelab tersebut dengan bayaran permulaan sekitar RM 30 Ribu.
Pada tanggal 9 Oktober jam lebih kurang 12 tengahari satu insiden telah berlaku diperkarangan utama Lake Club yang mana Dato Seri Anwar Ibrahim dengan menaiki kenderaan rasminya telah berhenti dilobi utama Lake Club. Kedatangan Anwar Ibrahim disitu adalah untuk berjumpa Datin Seri Wan Azizah dan beberapa kenalan lain dalam politik PKR.
Bulatan utama Lake Club tidak dibenarkan untuk memakir kenderaan disitu walaupun hanya untuk 5 minit. Kenderaan disitu hanya dibenarkan untuk menurunkan penumpang dan beredar memakir kenderaan ditempat letak kenderaan yang telah disediakan ditingkat bawah bangunan Lake Club. Namun demikian kenderaan rasmi Anwar Ibrahim yang dipandu pemandu peribadinya dan diikuti seorang Pengawal peribadinya berindak untuk tidak mengalihkan kenderaan sebaliknya memakir kenderaan tersebut di bulatan utama Lake Club.
Seorang pengawal yang bertugas di Lake Club menjalankan tanggungjawapnya untuk mengarahkan kenderaan Anwar Ibrahim beredar dan memakir di tempat letak kereta yang telah disediakan namun demikian permintaan pengawal keselamatan bertugas telah dibalas dengan jerkahan serta makian dari pengawal Peribadi Anwar Ibrahim.
Sedikit maklumat tentang perbulan insiden tersebut: Tarikh kejadian : 9.okt. 2012. Jam 12pm.
Pengawal Keselamatan Lake Club : Maaf encik, sila alihkan kenderaan ke tingkat bawah. Tidak dibenarkan park kenderaan disini.
Bodyguard Anwar Ibrahim: Kau siapa nak halang kereta ni park kat sini? Kenapa tak boleh parking disini?
Pengawal Keselamatan Lake Club: Maaf encik, semua kenderaan hendaklan diletakkan di tempat letak kereta dibawah. Parking untuk Dato Seri Anwar Ibrahim juga telah tersedia.
Bodyguard Anwar Ibrahim: Aku nampak hari tu dua 3 buah kenderaan parking atas ni boleh pulak?
Pengawal Keselamatan Lake Club: Maaf encik, kenderaan yang dibenarkan meletakkan kenderaan disini hanyalah kepada 3 buah kenderaan sahaja. YDP Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Bodyguard Anwar Ibrahim: Apa ingat Perdana Menteri tu besar sangat ke? Ehhh Dato Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang, taraf dia sama dengan Perdana Menteri. Tunggulah nanti kami take over Goverment masa itu baru kau orang melutut depan kami.
Pengawal Keselamatan Lake Club: Maaf encik, saya menjalankan tugas mengikut arahan dari pihak atasan Lake Club. Ketua Pembangkang, Menteri, Timbalan Menteri, YB, Dato, Tan Sri semua meletakkan kenderaan dibawah. Jika encik tidak berpuas hati boleh maklumkan kepada pihak pengurusan Lake Club.
Bodyguard Anwar Ibrahim: Kau ni banyak cakap pulak, aku tunggu kau dekat luar sekarang nak tengok hebat setakat mana kau ni.
Bodyguard Anwar Ibrahim dan pemandu kenderaan beredar dan tidak memakir kenderaan dibawah tempat meletakkan kenderaan Lake Club sebaliknya menunggu diluar pintu masuk Lake Club. Pengawal Keselamatan Lake Club yang dicabar oleh Bodyguard Anwar Ibrahim pula beredar dan tidak melayan karenah gila Bodyguard Anwar Ibrahim yang mengajak untuk bergaduh diluar.
Insiden ini merupakan satu lagi bukti jelas kepada kita semua bahawa mereka yang berada didalam Pakatan Pembangkang terutama PKR cukup biadap dan kurang ajar walaupun belum menjadi kerajaan. Bayangkan jika mereka menjadi kerajaan apakah rakyat akan hidup dengan aman?
Gomo cukup meluat dengan kenyataan Bodyguard Anwar Ibrahim yang menyatakan Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang dan sama taraf dengan Perdana Menteri. Ehhh mana ada sama taraf? Najib Razak Perdana Menteri Rakyat. Anwar Ibrahim tu ketua pencacai!!!
Dipetik dari SINI
ASHAMSURI : Aku pun hairan dengan budaya samseng ni. Makin berkuasa manusia, makin dekat dengan orang orang yang berpengaruh, makin besar lak kepala dia orang. Harap sangat lah perkara macam ni jangan dijadikan budaya hidup. Penat DS Rais Yatim buat kempen Budi Bahasa Budaya Kita hik hik hik..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
A Point To Ponder
Sandwich used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...
-
First of all, thank you for the support for coming to the tournament just now. Maybe ramai yang tak faham bagaimana nak kira system 36,...
-
Sebelum korang ketahui siapa paling hantu di Malaysia, korang baca dulu 13 tempat paling berhantu ni. Dan teka siapakah gerangan hantu terse...
-
Untung janda,untung lagi pemimpin PAS ! AKHIRNYA terlalu jauh Arbaiyah Abdul Manan ataupun masih terus kekal dengan nama glamernya Abb...
No comments:
Post a Comment