Untuk rakan - rakan yang sedang mencari peluang pekerjaan terutama
untuk anak - anak Perak, apa lagi JOM kita beramai - ramai hadir ke
PERAK AMANJAYA JOB and CAREER FAIR 2012 yang akan diadakan pada 10 &
11 November 2012 bertempat di DATARAN MBI IPOH dari jam 9.00 pagi
hingga ke 6.00 petang. Kehadiran anda semua amatlah dihargai.
Ini merupakan usahasama antara Pemuda BN Perak dan Pemuda BN Pusat yang tentu tentunya UMNO dan semua parti komponen merupakan penggerak utama ke arah usaha ini. Tahniah kerana berjaya membuktikan BN sentiasa awal dan mendahului dalam Mendahulukan Rakyat berbanding PR yang terang terang cakap manifesto bukan untuk ditunaikan.
Apa pun, bukan nak bercakap pasal politik sangat, saya menyeru dan mengajak semua rakan rakan diluar sana tak kira apa fahaman politik sekali pun jika masih mencari peluang pekerjaan dan mahu membina karier yang lebih baik atau ingin beralih kepada sektor yang lebih mantap, untuk turun hadir ke program ini. Anak Perak ke atau yang bukan Anak Perak ke, semua berpeluang..Jumpa di sana.....
No comments:
Post a Comment