Tulisan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Dato' Zulkifli Nordin begitu menarik dalam menjawab polemik yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim mengenai 'hak kebebasan beragama bagi orang Melayu'.
Saya siarkan semula tulisan YB Zul mengenai isu ini untuk kita kongsikan bersama :
Salam 2 all.
Kenyataan Nurul Izzah Binti Anwar Ibrahim bahawa hak kebebasan memilih
agama sepatutnya tidak terhad kepada non-Muslim tetapi juga kepada orang
Melayu yang beragama Islam memcetuskan kembali satu isu fundamental,
iaitu adakah orang Melayu beragama Islam boleh murtad?
Teman berpendapat samada Izzah bercakap dalam keadaan jahil ataupun
sengaja cuba mencetuskan isu yang boleh membangkitkan kemarahan umat
Islam bangsa Melayu khususnya.Dan teman berharap Izzah tidak membuat
kenyataan itu sekadar untuk meraih undi non-Muslim, terutamanya daripada
kalangan penganut Kristian!
Persoalannya mengapa Izzah memilih membuat kenyataan tersebut?
Teman juga mendesak Izzah mengesahkan samada benar lapuran yang
menyatakan ucapan dan dialog tersebut dianjurkan oleh sebuah badan
pemikir kristian iaitu Oriental Hearts & Mind Study Institute dan
diadakan di premis Gereja Full Gospel Tabenacle, Subang Jaya, Selangor?
Apa yang jelas,majlis itu diberi lapuran terperinci oleh sebuah laman
web kristian iaitu www.1christians.blogspot.com! Laman portal
pro-Anwar iaitu www.malaysiakini.com juga telah menyiarkan lapuran
mengenai majlis tersebut!
Kalau ini benar,teman berasa sangat kesal kesempatan untuk menyampaikan
risalah Islam yang sebenar tidak digunakan sebaik mungkin.Dan teman
mendesak pihak Jabatan Agama Islam Selangor menyiasat kesahihan lapuran
tersebut dan mengambil tindakan yang perlu menurut lunas undang-undang
sedia ada.
Berbalik kepada isu memberi kebebasan kepada orang Melayu untuk memilih
agama, Izzah sepatutnya mengetahui impak dan kesan kepada pandangan
beliau itu iaitu:
1. Pertama yang perlu kita faham ialah kewujudan bangsa Melayu dengan
status Melayu adalah kerana agama Islam. Hubungan Melayu dan Islam
sangat sinonim,sehinggakan peruntukkan Perlembagaan dibuat di Artikel
160 bahawa salah satu ciri Melayu, selain mengamal adat resam Melayu dan
berbahasa Melayu, ialah dia mesti beragama Islam!
Seseorang tidak boleh mengaku dia Melayu melainkan dia seorang Islam.
Islam dan Melayu tidak boleh dipisahkan!
Menyatakan orang Melayu boleh menukar agama selain Islam adalah sama
kesannya dengan menghapuskan bangsa Melayu itu sendiri!
Dan jika pandangan Izzah itu mahu diterjemahkan, maka Artikel 160 (2)
Perlembagaan Persekutuan wajib dipinda dengan menghapuskan ciri “Melayu
itu wajib Islam”. Adakah PAS bersetuju dengan pandangan ini? Dan adakah
itu yang diingini oleh umat Islam bangsa Melayu dalam negara ini? Tepuk
dada tanyalah iman yop!
2. Kedua, pandangan Izzah dalam isu ini adalah sama dengan agenda yang
didalangi oleh Majlis Peguam dalam usaha mereka mencadangkan penubuhan
Suruhanjaya Antara Agama, atau lebih dikenali sebagai IFC, dengan
sokongan beberapa NGO lain.
Antara lain agenda penubuhan IFC ini ialah semua warganegara Malaysia
termasuk bangsa Melayu beragama Islam wajar diberikan hak memilih agama
masing-masing! Persoalannya ialah adakah Izzah menyedari kenyataan
beliau itu sekadar menterjemahkan agenda IFC itu?
Kedua, apakah pendirian para ulama dan pimpinan PAS! Teman ingat lagi
betapa PAS mengambil pendirian sangat tegas menentang cadangan IFC ini.
Malah PAS telah mengadakan bantahan besar-besaran terhadap cubaan yang
dianggap mengkhianati dan menghina Islam ini! Hinggakan ada pemimpin
kanan PAS yang ditangkap polis dan dikenakan pertuduhan jenayah dan
dihukum! Begitu pemimpin PAS bertegas, hingga ada yang mengisytihar
‘perang jihad’ terhadap penganjur IFC ni!
Jadi teman nak tanya pemimpin PAS; apakah pendirian mereka sekarang
dengan kenyataan Izzah ini? Adakah mereka bersetuju? Bersetuju bermakna
mereka mentongsampahkan perjuangan dahulu. Kalau tidak bersetuju, mereka
wajib mendesak meminta penjelasan dan kata-putus adakah itu dasar
pakatan pembangkang?
Jika benar memang menjadi dasar dan agenda pembangkang mahu memberi
kebebasan memilih agama kepada orang Melayu, maka PAS tidak ada pilihan
melainkan bermufarakah dan memisahkan diri daripada pakatan songsang
ini!
3. Selanjutnya, isu kebebasan beragama ini sebenarnya adalah agenda
pejuang kebebasan Barat! Ini tercatat dalam Artikel 18 Deklarasi Hak
Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dimana ia menyatakan “tiap-tiap
individu berhak memilih agama masing-masing dan mengamalkannya, dan
tertakluk kepada hak untuk menukar agama itu”!
Persoalannya, adakah Izzah berkongsi pendapat dengan pejuang kebebasan
Barat ini? Adakah pimpinan PAS juga turut berkongsi pendapat yang sama?
4. Sebenarnya isu hak kebebasan memilih agama ini adalah juga agenda
perjuangan yang dibawa oleh segelintir umat Islam yang menganut fahaman
liberalisme dan pluralisma! Fahaman liberalisme dan puralisma adalah
satu fahaman baru yang telah difatwakan sebagai sesat, yang membawa idea
bahawa semua agama adalah sama!
Maknanya Islam sama dengan Kristian, Hindu sama dengan Budha, Sikh sama
dengan Yahudi, Kristian sama dengan Hindu, Sikh sama Yahudi, Islam sama
dengan Budha! Pendekkata, semua agama sama! Tidak ada yang lebih, dan
tidak ada yang kurang!
Berdasarkan fahaman liberal dan pluralisma ini, adalah tidak menjadi
kesalahan bagi orang Islam menukar agamanya kepada agama Hindu,
Kristian, Budha, Sikh, Yahudi atau lain-lain; sebab semua agama sama!
Begitulah sesatnya fahaman ini. Malah ada pengamalnya mempunyai keluarga
yang cacamerba. Suami Kristian, isteri Islam, anak Hindu! Malahan
kepercayaan penganut fahaman liberalisme dan pluralisma ialah mana-mana
agama yang mengaku ianya benar dan lebih baik daripada agama lain
“tempatnya di neraka”!
Persoalannnya ialah adakah Izzah berkongsi pandangan dan bersetuju
dengan fahaman penganut liberalisme dan pluralisma ini?
5. Selanjutnya, kenyataan Izzah ini sama dengan pendirian bapanya iaitu
Anwar Ibrahim. Dalam kes Azlina Jailani, seorang wanita Melayu beragama
Islam telah murtad dengan memeluk agama Kristian dan mengambil nama Lina
Joy! Kes ini menjadi satu isu besar dan dibawa ke Mahkamah!
Anwar Ibrahim, dalam satu wawancara oleh media asing telah ditanya apa
pandangan beliau tentang isu murtad Azlina Jailani! Jawapan Anwar,
Azlina Jailani berhak memilih agamanya! Maknanya Azlina Jailani boleh
murtad daripada Islam untuk memilih agama lain!
Jadi, apabila Izzah membuat kenyataan bahawa orang Melayu juga patut
diberi hak memilih agamanya, tujuan dan maksudnya sama saperti kenyataan
bapanya!
Persoalannya, adakah ini kes “bapak borek anak rintik”?
RUMUSAN
Persoalan yang lebih besar untuk rakyat Malaysia, khususnya umat Islam
bangsa Melayu ialah apakah dasar pakatan DAP-PKR-PAS dalam isu hak orang
Melayu beragama Islam untuk murtad?
Nurul Izzah bukan calang orang! Nurul Izzah adalah anak Anwar Ibrahim,
Ketum PKR! Nurul Izzah adalah anak orang yang diwar-warkan untuk menjadi
PM oleh pembangkang! Nurul Izzah adalah anak kepada Presiden PKR! Nurul
Izzah adalah Naib Presiden PKR! Nurul Izzah adalah Ahli Parlimen PKR!
Dan pandangan Nurul Izzah sama dengan pandangan bapanya yang
dikompangkan sebagai calon bakal PM untuk pembangkang!
Dalam keadaan itu, kenyataan yang dibuat Nurul Izzah boleh ditafsirkan
sebagai mewakili suara, hasrat, rancangan, agenda & dasar PKR dan
pakatan pembangkang!
1. Persoalannya, adakah menjadi dasar pembangkang akan meminda Artikel
160 (2) Perlembagaan Persekutuan untuk membuang ciri-ciri Melayu tidak
termasuk “wajib beragama Islam?” untuk membolehkan Melayu mendapat hak
kebebasan memilih agama sendiri selain Islam?
2. Adakah pembangkang akan menggubal undang-undang untuk memberi
kebebasan kepada orang Melayu beragama Islam untuk murtad dan memilih
agamanya?
3. Adakah menjadi dasar pembangkang akan menerima desakan Majlis Peguam
bersama beberapa NGO lain untuk menerima tuntutan penubuhan IFC untuk.
memberi kebebasan agama dan murtad kepada orang Melayu beragama Islam!
4. Adakah menjadi dasar pakatan pembangkang menerima pakai dan akan
melaksanakan Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia yang menerima hak
kebebasan memilih agama, dan membenarkan murtad?
5. Persoalannya ialah adakah pimpinan dan para ulama dan ustad PAS
sebagai parti rakan sebantal sekatil pembangkang ini bersetuju dengan
pandangan dan pendirian Nurul Izzah ini?
Jika mereka bersetuju,teman cadangkan supaya satu muktamar khas diadakan
bagi membolehkan ahli akar umbi PAS dimaklumkan mengenainya, dan untuk
mendapat persetujuan mereka kerana ini membabitkan satu isu dasar yang
sangat besar ; iaitu satu dasar yang akan sekaligus menghapuskan bangsa
Melayu itu sendiri!
Kenyataan Nurul Izzah tersebut jelas bercanggah dengan status dan
kedudukan orang Melayu yang sudah diterima umum sebagai beragama Islam.
Malahan sudah dimaktubkan begitu rupa didalam Perlembagaan Persekutuan.
Malahan bangsa Melayu wajar berbangga dan bersyukor kerana ia
satu-satunya bangsa didunia ini yang bukan sahaja kewujudannya
dikait-rapat dengan agama Islam; malah ia merupakan satu-satunya bangsa
yang ditakrif ciri-ciri bangsanya dengan agama Islam saperti yang
tercatat dalam Artikel 160 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan!
Mencadangkan bangsa Melayu wajar diberi kebebasan memilih agamanya
selain Islam, boleh murtad dari agamanya Islam sama saperti cuba
menghapuskan bangsa Melayu itu sendiri!
Ianya satu penghinaan kepada bangsa Melayu, agama Islam dan Perlembagaan
Persekutuan. Malah ianya mencabar aqidah bangsa Melayu secara
langsung!
Pada teman, cadangan, pandangan dan pendirian Nurul Izzah ini adalah
sangat merbahaya kepada keharmonian agama dan kaum! Sudah pasti ianya
akan mencetuskan satu polemik yang bakal mengundang rasa tidak puas hati
dan kemarahan orang Melayu beragama Islam.
Kepada umat Islam bangsa Melayu, teman berharap dan berdoa supaya
bukalah mata! Sudah terlalu banyak isyarat, keterangan dan bukti yang
telah ALLAH hantarkan untuk menyedarkan kita! Sudah banyak solat hajat
dan doa kita minta supaya ALLAH tunjukkan kebenaran!
Dan ALLAH telah pun menunjukkan kebenaran itu dengan pelbagai bukti,
keterangan dan isyarat!!
Janganlah jadi kaum yang disebut ALLAH sebagai PBB-Pekak, Bisu &
Buta kepada kebenaran!
Wallahua’lam & Wassalam.
Adios amigos, grasias senor!
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
20 Zulhijjah 1433
05 Nov 2012
Dipetik dari SINI
1 comment:
wakaka... tengok video yang mereka siarkan bro. takdak isu seperti itu.. setakat tulis memang boleh bro. gua boleh tulis nurul izzah kongkek 1001 lelaki tapi untuk apa? .. wakaka
Post a Comment