Monday, November 5, 2012

Serius! Ini memang mendatangkan masalah beb!!

serius ini bahaya..sebagai orang yang pernah belajar medium komunikasi, aku tengok je gambar gambar ni tadi memang ada sikit goyang la..faktor warna, montaj, frasa, segmentasi ahhh segala galanya ada di situ.. billboard, gambar dan semuanya mampu berdiri sendiri dan berkata kata..kekuatan ada disitu..ia mampu menarik dan meraih simpati awam..pendekatan strategi perhubungan awam yang sangat efektif..signboard merupakan signal yang mampu berhujah secara sendiri kepada medium..
mesti ramai yang kata, takkan la BN goyang setakat dengan perang poster dan billboard ni. tapi ini serius beb..kalau BN tak buat sesuatu, memang masalah nanti..gambar dan kaedah mereka cukup cukup sempurna untuk meraih simpati awam..ayat dan janji mereka cukup sedap kedengaran..memang tidak dinafikan manifesto lama mereka belum tertunai, tapi kesan mengungkit perkara itu kurang bisanya jika dibandingkan dengan janji janji baru ini. Rakyat lebih melihat kepada pengharapan baru, janji janji lama ni semua tinggal sejarah je. 


Sumber Gambar : MIK
dan aku harap Kerajaan BN kena berbuat sesuatu. Kena fikir macam mana nak perangi semula signwar ni habis habisan..billboard kita kurang ummphh la beb..kalau hantar pertandingan melukis pun, aku rasa juri memang bagi markah lebih kat konsep dia orang ni..anggap teguran ni sebagai sesuatu yang membina dan perlu di ambil berat. jangan pandang remeh beb..dulu PRU 12 kita pandang remeh pada Perang Media Baru, akibatnya kita hilang 5+1 negeri. 

Dan belajarlah sesuatu dari situasi tersebut. Jangan pandang enteng perkara ini. Strategi dan tektik mereka dilihat lebih dekat dengan rakyat, sedangkan strategi dan tektik kita dilihat lebih dekat kepada Pemimpin pasal sibuk melobi lobi..fikir fikirkan lah..jangan semua benda kita nak harap pada Najib jer..bangun lah woiiii..takkan nak harap kuasa bloggers jer..bloggers2 pun dah makin slow ni pasal orang orang politik sendiri pun lagi slow..


2 comments:

Anonymous said...

sindiran mereka sgt hebat. pertama pada warna!

ASHAMSURI said...

betul tu bro..

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...