Ada hari harinya, kita akan terluka. Dan hari ini,aku nak layan jiwang skit hahahaha..saje seronok2..
Disaat satu tangan melepaskan dirimu, akan ada beribu ribu tangan lagi sedia memimpin. Soalnya, kemana kau akan dipimpin.
Cinta sebenarnya penuh dengan helah dan tipu muslihat. Dan kau hanya akan tersedar semua itu setelah kekecewaan menjengah pintu hati.
Dalam sesebuah percintaan, kita sering tidak nampak kenyataan yang sangat jauh. Dan akan ada orang orang yang akan memandu kita mengenali kenyataan kenyataan itu. Tapi sering kita tidak hiraukan kerana kita percaya pada cinta.
Orang yang bisa buat kau menangis dalam bercinta akan kekal selamanya di hatimu berbanding orang yang hanya pandai buat kau ketawa disepanjang percintaan itu.
Cinta sering menghalang pandangan diri mu, kerana itu kau memerlukan mata sahabat terdekat untuk memberi panduan agar kau tidak sesat.
Dalam cinta tiada kebenaran kerana kebenaran merupakan perkara paling akhir setelah semuanya sempurna. Dan itu pun cuma kau temui setelah ia jadi milikmu selama lamanya.
Kata kata manis dalam berkasih sayang merupakan racun paling halus yang akan membunuh dirimu perlahan lahan. Penawarnya adalah dirimu sendiri yang perlu bangkit selepas dikecewakan.
Cinta hanya satu perkataan untuk menjadi tiket bagi mengatal dengan pasangan kita. Dan lelaki paling mahir dalam hal ini.
Bagi insan yang bergelar adik, sahabat, atau sesiapa sahaja yang aku sayangi, andai kau terbaca apa yang aku tuliskan, janganlah percaya bulat bulat. Ambil masa dan nilaikan, kemudian pasti kau temui kebenaran semua perengan perengan tu selagi minda kau tidak dikuasai penangan cinta.
Sent from Samsung tablet
No comments:
Post a Comment