Tuesday, March 27, 2012

ADUN Slim Diikat Perompak

Selepas sahaja Menteri Amaran Dalam Negeri mengatakan Malaysia sebuah negara yang selamat untuk di diami, malah berada dalam kedudukan no 19 paling selamat, semakin banyak cerita cerita penculikan dan pembunuhan yang keluar di dada dada akhbar menceritakan pisau yang di acu ke dada dada mangsa. Kalau macam ni punya selamat no 19, tak tahu lah negara2 yang duduk di angka angka yang lebih besar.

Macam ada yang tak kena aje dengan kejadian - kejadian sebegini. Sebagai rakyat biasa, walaupun aku ni penyokong tegar Kerajaan, itu bukan bermakna perlu menutup mata pada isu isu sebegini. Korang nak beramuk ke ape ke dengan dunia politik korang, lantak lah tapi PLEASEEEEE bagi kami rakyat marhain ni hidup dalam keadaan yang selamat dengan kadar jenayah yang minima. 

Macam macam kaedah penyeliaan yang dilakukan dengan RELA yang tak berapa nak rela sekarang ni, RUKUN TETANGGA yang dah tak rukun lagi, PDRM, Jawatankuasa Kampung ( tak cukup yg negeri punya, sesetengah tempat siap tambah dengan JKKK Persekutuan lagi ), Ketua Kampung, Tok Batin dan macam2 lagi lah tapi kita saban hari makin dihantui dengan kadar jenayah yang tinggi. 

Contohnya macam berita di bawah ni lah...( kesian YB aku tau, sabarlah To' )..

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan isteri bersama anak lelakinya diikat setengah jam oleh tiga lelaki bertopeng yang memecah masuk kediamannya di Taman Wang Setia, Tanjung Malim, kira-kira 120 kilometer dari sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Mohd Khusairi bersama keluarganya sedang tidur di tingkat atas rumah sebelum kediamannya dimasuki penceroboh dipercayai warga Indonesia melalui pintu balkoni tingkat berkenaan.
Mohd Khusairi yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak dan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim berkata, dua daripada lelaki terbabit yang memakai topeng melompat di atas katil ketika beliau dan isteri sedang nyenyak tidur sebelum mengejutkannya supaya bangun.
“Pada masa itu, seorang daripada suspek mengacukan pisau ke leher saya dan memberi arahan supaya tidak membuat bising. Kemudian saya dan isteri diikat sebelum seorang daripada penjenayah itu ke bilik anak lelaki saya yang terletak bersebelahan dan mengikatnya pada tiang katil.

“Tiga lagi anak saya berusia sembilan, 11 dan 13 tahun turut dikejutkan dari tidur dan diletakkan dalam bilik tidur saya. Mereka tidak diapa-apakan tetapi diugut supaya tidak membuat bising, " katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Katanya, selepas mengikat dan mengumpulkan semua ahli keluarganya, ketiga-tiga perompak berkenaan mula menggeledah rumah sebelum melarikan barangan berharga termasuk barang kemas, wang tunai, telefon bimbit, komputer riba, iPad dan pasport antarabangsa miliknya.


“Ketiga-tiga penjenayah berkenaan kemudian melarikan diri melalui pintu balkoni iaitu tempat sama mereka masuk. Ketika itu baru saya berjaya melepaskan ikatan dan melaporkan kejadian terbabit kepada polis.

“Akibat kejadian itu, saya sekeluarga kerugian kira-kira RM40,000 dan sehingga kini masih trauma terutama ketika waktu malam,” katanya. 



No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...