Thursday, August 1, 2013

PEMAIN HOKI NEGARA CHUA BOON HUAT MAUT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA.

 



Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut dalam kemalangan selepas keretanya melanggar sebuah lori di LDP dekat Kelana Jaya jam 3 pagi tadi.
 
(UPDATE)

Lori yang dilanggar oleh beliau merupakan lori yang sedang digunakan untuk menyiram pokok bunga di lebuhraya berkenaan (Lebuhraya Damansara Puchong). Berasal dari Bukit Cina Melaka, Chua adalah salah seorang pemain hoki kebangsaan paling lama berkhidmat untuk negara.

Beliau memulakan kareer seawal usia 17 tahun dengan pasukan hoki Malaysia dan pernah bermain untuk Sukan Komanwel 1998 .

Mendiang yang mempunyai lebih 300 cap mewakili negara pernah muncul dalam dua final hoki Piala Sultan Azlan Shah pada 2007 dan 2009 .

Kali terakhir beliau beraksi untuk negara ialah dalam kejohanan liga hoki dunia di Johor Bahru.



Ikuti pula petikan dari blog Malaysian Hockey :

The social media is abuzz with news that 33 year old Chua Boon Huat died in an accident with a lorry at the LDP Highway at 3.30am today. 
I have no means to verify the story yet but if true it is a tremendous loss to Malaysian Hockey and to me. 
Chua and I go a long way back, all the way to 1995 when he turned out for Yayasan NS in the MJHL. 
He holds the record of the most capped hockey international in Malaysia having surpassed Nor Saiful Zaini and S.Kuhan after been given a new lease of life in international hockey by coach Paul Revington. 
A quiet and unassuming person, my last conversation with him took place just a day before the World League commenced in Johor Baru and he enquired about my Mums condition then. 
Words are not flowing freely as I come to terms with this tragedy, praying that its not true.I will indeed miss you my friend.




Beliau adalah antara pemain hoki kebangsaan yang paling diminati admin dan sering menonton aksi permainannya ketika di padang..... RIP Chua Boon Huat. Negara kehilangan sebutir bintang hoki......
 
 

No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...