Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin!

Dikesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Semoga ketibaan Syawal 1434H ni akan jauh lebih bermakna daripada yang sebelumnya.

Mungkin ada perubahan perubahan yang berlaku. Mungkin ada yang kita tidak lagi sempat untuk bermaafan, atau mungkin juga telah hadir ahli keluarga baru dalam hidup kita untuk menceriakan suasana Aidilfitri kali ini.

Apa jua situasi, Aidilfitri harus disambut dengan penuh syukur dan rahmat selepas berakhirnya Ramadhan yang mulia. Bagi ahli ahli UMNO, perayaan kali ini boleh disifatkan sebagai dua dalam satu. Sambil berhari raya, sambil berkempen meraih undi bagi pemilihan yang akan datang sejurus berakhir Syawal yang mendatang ini.

Dengan kerendahan diri dan penuh keinsafan, saya memohon ampun dan maaf daripada semua pembaca blog kecil ini. Kita tidak lepas dari kesilapan lebih lebih lagi disaat kita mendukung fahaman dan ideologi masing masing.

Salam Lebaran..

-ASHAMSURI-

Sent by Samsung Galaxy Note

No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...