Wednesday, May 20, 2015

Apa Itu Kebahagiaan - Kisah Seorang Anak Yatim.

Hayati gambar ini.
Apa itu kebahagiaan ?

Di Iraq, seorang anak gadis yatim telah lukis gambar emak di atas lantai konkrit kat rumah anak yatim.
Dia kemudian tanggalkan kasutnya berhati2 dia tidur dalam peluk ibu.

Sgt susah utk cari ungkapan yg dapat menggambarkan keadaan ini.

Adakah kita masih berhak merungut kita tidak cukup bahagia?

Sebenarnya kebahagiaan  itu mudah dgn menghargai segala yg kita ada hari ini .

Sent from Samsung Mobile

Sunday, May 17, 2015

LETAK GAMBAR ANAK SEBAGAI GAMBAR PROFIAL FB ANDA : FIKIR 19 KALI !!

Dr Shukri Abdullah: 

Info berikut diperolehi dari seorang rakan dalam group whatsapp rakan-rakan seasrama sekolah saya dulu. Dia dapat dari wall FB Shanker Sundaram. Penting sangat kita pakat share:

Seorang lelaki hantar permohonan untuk jadi kawan FB anda. Anda tidak mengenalinya tetapi nampak macam orang baik, jadi anda terima permohonannya.

Anak kecil anda, perempuan, ke sekolah hari itu.Hari pertamanya. Dia nampak begitu ayu dalam berpakaian seragam sekolah. Anda pun ambil beberapa gambar dan masuk dalam FB untuk tatapan rakan dan keluarga. Anda teruja sekali menghantarnya ke sekolah. Ya, ibu dan bapa yang begitu bangga. Semuanya dibutirkan dalam FB - nama anak, nama sekolah dsb.

Sementara itu rakan misteri yang anda terima sebagai kawan FB anda menyimpan gambar anak anda itu dalam telefon bimbitnya. Dia kemudian hantar info kepada 60 lelaki dewasa lain seluruh dunia dengan tulisan:

Budak perempuan: Umur 7 thn
Rambut Hitam, Mata Hitam
Comel, $70,000

Anda bukan sahaja memberikan gambar anak kesayangan anda kepada penjual kanak-kanak (child trafficker), malah anda memudahkan kerjanya dengan memberikan nama, alamat, nama sekolah, malah sesi pagi atau petang dan lain-lain info yang memudahkan kerja jahatnya.

Kemudian satu petang anda pergi ke sekolah untuk mengambil anak dari sekolah Dia tidak kelihatan di mana-mana. Langsung anda tidak mengesyaki anak anda yang comel, ayu dan disayangi keluarga itu sedang dalam perjalanan untuk dijual kepada seorang lelaki berusia 43 tahun (pedophile - suka seks dengan kanak2) di Afrika Selatan. Dia kini pening, hairan, takut, mengangis kerana tidak faham kenapa lelaki lain yang membawanya ke satu destinasi yang tidak diketahui.

HENTIKAN TERIMA DENGAN MUDAH ORANG YANG TIDAK DIKENALI SEBAGAI RAKAN FB.

HENTIKAN LETAK INFO ANAK2 ANDA DALAM FB.
HENTIKAN BERIKAN TERLALU BANYAK INFO YANG ORANG LAIN TIDAK PERLU TAHU DALAM PROFAIL FB ANDA.

Tolong pakat SHARE posting ini demi anak kecil tersayang serta keharmonian keluarga kita semua.

(Posting pertama dlm BI dibuat smlm. Oleh kerana isu ini terlalu penting saya terjemah dgn sedikit pengubahsuaian).


Sent from Samsung Mobile

Friday, May 8, 2015

Jaga Anak-Anak Saya – Ungkapan Terakhir Nova Safitri



KASIH seorang ibu hingga ke hujung nyawa.

Tragedi di Lebuhraya Duke awal pagi Sabtu lalu yang mengorbankan sepasang suami isteri dan bayi comel mereka yang hanya 7 bulan amat menyentuh hati masyarakat.

Ternyata di saat-saat sebelum menghembuskan nafas terakhir, mangsa, Nova Safitri Azhari, 27, sempat memberi pesanan terakhir kepada keluarga terdekat untuk menjaga kesemua anak perempuanya setelah ketiadaannya nanti.

“Jaga anak-anak saya,” pesanan terakhir Nova kepada saudara perempuan yang kebetulan berada di tempat kejadian sebelum dia meninggal dunia.

Saudara terdekat mangsa yang kebetulan lalu di jalan yang sama berhenti selepas melihat kereta Mitsubishi Pajero yang dinaiki Nova dan suaminya, Fairuz Nizam Husain serta bayi mereka mengalami kemalangan.

Yusnidah Husain, 47, kakak kepada Fairuz berkata, anak lelakinya dan menantu berhenti di tempat kejadian selepas melihat insiden itu.

“Menantu saya bergegas ke arah Nova yang kelihatan nazak dan memangkunya dalam pelukan untuk mendengar kata-kata terakhir Nova itu,” kata Yusnidah kepada News Straits Times.

Ia dilapor sebagai berita utama muka  satu atau muka hadapan akhbar berkenaan hari ini.

Nova serta suami dan bayi mereka terkorban dalam nahas berkenaan.

Mereka meninggalkan dua anak perempuan lain yakni Nur Firuza Amira, 7, serta Nur Firuza Aqila, 4.

Al Fatihah.

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...