Terima kasih kepada pihak yang mempromosikan pemimpin kerdil seperti saya melalui poster di atas untuk membersih air muka tokoh-tokoh besar mereka atas pelbagai fitnah berkaitan dana RM2.6b yang telah disebarkan sebelum ini.
Apalah sangat kenyataan saya itu jika dibandingkan dengan fitnah dan syak wasangka tak masuk akal dan berniat jahat terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak berkaitan dana politik sumbangan keluarga diraja Arab Saudi itu.
Kenapalah mereka tidak mahu membandingkan kenyataan Peguam Negara itu dengan tohmahan-tohmahan pihak lain yang tersebar luas di akhbar, portal dan laman sosial pro-pembangkang sebelum ini.
Antara kenyataan lain yang pernah dicanangkan adalah kononnya "wang dari tabung 1MDB milik rakyat berjumlah RM2.6b disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib", "Najib mendepositkan sebahagian besar daripada RM2.6b ke bank Singapura", "Najib dan UMNO-BN menggunakan wang RM2.6b milik 1MDB untuk membeli undi dalam PRU13", "wang 1MDB sebanyak RM2.6b yang masuk dalam akaun peribadi Najib adalah rasuah terbesar negara", "Pegawai kanan SPRM ditukar ke jabatan lain bertujuan menutup skandal wang 1MDB berjumlah RM2.6b" dan banyak lagi fitnah pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Najib.