Ermm sebenarnya ada banyak subsidi yang dibekalkan oleh Kerajaan kepada rakyat Malaysia. Tak kira sama ada kamu orang UMNO atau PAS atau apa apa jer lah lagi. Semua merasa dan menikmati. Tiada lagi istilah masa pengguna membeli gas yang terpaksa tunjuk kad ahli parti mana untuk menikmati keistimewaan subsidi tersebut. Terima kasihlah Kerajaan atas keperihatinan tersebut. Kalau nak ikutkan harga petrol guna harga pasaran semasa, aku takut silap silap haribulan setengah gaji aku habis kat minyak kereta jer lah. Atau aku mungkin kena ubah corak hidup selaras dengan kempen “Berbasikal Ke Pejabat”. Mesti Kerajaan akan buat kempen ni punya untuk cover harga petrol yang naik. Sama kes lah macam kurangkan gula lebihkan senyuman yang tujuan asalnya untuk sembunyikan isu kekurangan bekalan gula dalam negara ataupun kempen minum air kelapa muda semata mata nak pastikan para pengusaha kelapa tak jatuh terduduk ekoran harga kelapa yang jatuh teruk waktu itu.
Tinggalkan soal kempen. Aku cuma nak bagi highlight pada Kerajaan, subsidi yang diberikan ini tidak diketahui oleh ramai orang di bawah sana. Orang tidak tahu pun kewujudan subsidi yang diberi. Bahkan mereka tidak tahu juga bahawa kenaikan harga petrol RON95 yang dah naik 10sen tu sebenarnya masih lagi dibantu oleh subsidi kerajaan. Dan bila mereka tak tahu itu, dan tak tahu ini, maka mudahlah pihak Pembangkang memanipulasikan setiap isu kenaikan. Kerajaan fikirlah satu mekanisme baru agar penjelasan yang sewajarnya mudah difahami dan sampai keperingkat paling bawah.
Jangan ingat semua makcik makcik ni faham apa yang disebut sebagai Government Transformation Programme tu, belum ditambah lagi dengan GST, NKRA, KPI dan macam macam istilah lagi lah. Berbuih buih lah pemimpin melaung dan memberi penerangan, mereka tak faham pun. Jangan katakan makcik yang di kampung, ada makcik yang dalam parlimen pun kadang kadang masih tak faham istilah istilah ini. Gunakanlah istilah yang semua orang faham, semua orang mengerti. Ini penting, penerangan sedemikian perlu ada supaya bila ia dimanipulasikan oleh pembangkang, mereka boleh nilai, mereka boleh timbang betul atau tidak isu kenaikan harga ini. Bagi orang kampung, naik je gula 5sen sekali pun, mereka akan mula mengeluh. Dalam mengeluh inilah pembangkang akan masukkan jarum dan ahkirnya dalam kepala marhain ni pun akan set “Kerajaan Tidak Perihatin”, “Zalim”, “Tidak Memenuhi Aspirasi Rakyat”, sedangkan kita dah bantu, cuma penjelasan dan penerangan itu tak kena caranya.
Jangan anggap semua orang pandai kerana orang yang pandai pun kadang kadang akan memandai mandai. Pastikan matlamat, perancangan serta sebab musabab itu sampai keperingkat bawahan dan mereka faham. Gunakan istilah yang mudah dan bahasa yang mudah. Jangan hanya sedap didengar tapi penghayatan berada pada tahap paling minima. Akibatnya nanti, jahanam kita nak menepis isu isu ini bila PRU menjelang tiba. UMNO kena ingat, zaman datang meraih undi dengan kain pelikat atau sejadah dari Mekah sebagai buah tangan sudah lama berlalu. Makcik di kampung sudah kelaskan diri mereka sebagai makcik makcik generasi baru walaupun istilah istilah generasi hari ini banyak lagi yang mereka tidak tahu. Barang Naik, Undi Turun maaaaaa..Jangan dilayan sangat politing pihak pembangkang tu, mereka hanya mahu kita alpa kepada masalah utama terhadap gaya hidup berbelanja hari ini kerana inilah senjata mereka paling ampuh untuk menjatuhkan reputasi kita kelak. Tepuk dada tanya selera. Bertindak atau kelak kita ditidakkan..
No comments:
Post a Comment