Thursday, February 3, 2011

Ular menyelamatkan katak dari tenggelam semasa banjir


Jauh dari kenyataan yang biasa apabila ditemui seekor ular yang biasanya menelan seekor katak sebagai mangsanya. Kisah dalam rakaman foto ini menzahirkan persahabatan dari kedua haiwan di tengah bencana banjir yang melanda Queensland, Australia.

Keduanya meninggalkan sifat semulajadi masing-masing pada masa lalu, apabila katak hijau mendapatkan menumpang di atas badan seekor ular berwarna coklat yang merentasi gelombang air akibat banjir di Queensland, dekat Brisbane.

Juruteknik komputer Armin Gerlach berjaya mengabadikan persahabatan ini semasa sedang merakam sejumlah gambar kemusnahan harta benda akibat bencana banjir di Brisbane.
"Biasanya sejumlah haiwan akan berkumpul pada masa terjadi kebakaran hutan, banjir atau bencana alam lainnya. Namun, peristiwa yang terakam kali ini sungguh mengagumkan. Saya seperti tidak percaya apabila ini benar-benar terjadi," kata Armin Gerlach.

Bencana banjir di Queensland telah menelan 26 korban dan mengakibatkan kemusnahan harta benda hingga mencecah 5 milion dollar Australia.kompas
DNA: Ada banyak cara dan kaedah melahirkan persahabatan. Tak semestinya mereka yang bermusuhan akan tetap bermusuhan selamanya. Kadang kala situasi dan keadaan akan menentukan proses sesebuah hubungan itu terjadi. Cuma dalam negara ni jer yang aku heran bila makin hari nampak makin kritikal kebencian yang wujud dikalangan penyokong penyokong tegar parti politik. Dan ia semakin hari semakin memecah belahkan perpaduan dan keharmonian yang ada. Aku sebenarnya tak peduli sangat pada parti or kaum lain, yang aku kisahkan pasal Orang Melayu. Orang Melayu boleh berbeza pendapat dalam banyak hal, tapi bukan dalam hal yang membabitkan masa depan dan perjuangan bangsa. Ini negara kita, dan tanah tumpah darah Tok Nenek Moyang kita dulu. Kita wajip pertahankan agar tak jadi bahan sumpah seranah generasi kita yang akan datang.

No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...