Friday, February 4, 2011

Pasaraya 1Malaysia


Makin hari makin banyak barang naik. Minyak naik, gula naik, beras naik dan macam macam lagilah. Yang susah nak naik ni, gaji. Kalau berterusan macam ni silap silap rakyat leh naik hantu. Kepimpinan perlu peka, dasar mahu mendengar luahan akar umbi perlu diambil kira. Jangan hanya dengar sekadar pandangan pengikut kepada saf barisan kepimpinan aje. Hal hal lain juga perlu diambil kira terutama sekali dalam kos sara hidup yang makin hari makin meningkat ini.

Salah satu resolusi yang aku nak cadangkan kepada Kerajaan terutama sekali kepada UMNO ialah mewujudkan pasaraya 1Malaysia di setiap Bahagian di dalam negara. Kita baru ada 191 Bahagian UMNO di dalam negara. Jadi bukanlah sebuah isu yang besar untuk mengadakan pasaraya tersebut. Pasaraya ini bertanggungjawap untuk mengimbangi harga pasaran barangan setempat. Tak perlulah untuk jual semua barang pada harga yang murah, cukup sekiranya barang barang keperluan asas yang perlu lebih murah disekitar 10sen atau 20sen lebih rendah daripada harga biasa. Konsep pasaraya ini perlulah tidak berorientasikan keuntungan yang berlipat ganda. Memadailah jika ia boleh ‘rolling’ kos dan untung sikit sikit. Memanglah kalau boleh semua orang berniaga nak untung yang berlipat ganda, tapi inilah tanggung jawap sosial yang terpikul atas bahu pemimpin. Dan dalam kes ini, UMNO perlu menjuarainya.

Jika PM boleh memperkenalkan klinik 1Malaysia, tak salah kiranya ini satu lagi cadangan dalam usaha memenangi hati rakyat dan secara tak langsung menjaga kebajikan mereka. Di sini baru akan kelihatan bagaimana Kerajaan menguasai pasaran lantas membantu menaikkan imej mereka sendiri. Jadi tak perlulah kita mahu berdoa agar hari hari rakyat Malaysia ni kena sakit demi untuk menjayakan Klinik 1Malaysia kan hehehe..tapi doa agar hari hari rakyat Malaysia boleh beli barang keperluan dengan harga yang lebih murah kan ke lebih afdal hahahaha..

Pasaraya ini perlu diselenggarakan oleh mereka yang mempunyai rekod yang baik serta amanah. Kadang kala, usaha yang dijalankan oleh Kerajaan itu sangat baik, tetapi dalam usaha pelaksanaan, maka di situlah timbulnya anasir anasir yang tidak baik ini. Timbul gunting dalam lipatan, senang cakap macam macamlah yang akan timbul lagi demi mengenyangkan perut dan mengembungkan poket masing masing. Senang sebenarnya untuk menilai mereka yang benar benar jujur dan boleh menjalankan amanah dengan baik, cuma persoalannya adakah kepimpinan bersedia untuk meletakkan mereka dalam menjalankan amanah ini atau masih lagi tidak dapat lari dari perasaan mengayakan diri sendiri dan kroni kroni mereka sahaja.

Dalam konteks pasaraya ini, aku dapat rasakan bahawa ia akan menjadi pilihan utama para pembeli setempat tanpa mengambil kira apa fahaman politik mereka atau pun anutan agama mereka. Mengapa mereka perlu bayar lebih untuk kualiti perkhidmatan dan barangan pengguna yang sama kan. Sedikit demi sedikit ia akan mula menguasai struktur ekonomi barangan pengguna setempat. Harga akan berlawan dalam pasaran setempat. Peniaga lain akan mula menurunkan harga masing masing untuk bersaing dengan pasaraya 1Malaysia. Pasaraya 1Malaysia perlu dapat harga yang lebih baik daripada pembekal/pemborong. Perlu ada dasar yang digubal agar keistimewaan ini dapat dinikmati oleh pengusaha pasaraya 1Malaysia mungkin kaedah skim Perintis yang diperkenalkan kepada industri industri baru boleh diguna pakai dalam pelaksanaan peringkat awal konsep pasaraya 1Malaysia ini.

Aku hanya beri cadangan dan sedikit pandangan. Terpulanglah kepada kepimpinan terutama sekali Perdana Menteri. Isyarat yang jelas telah ditunjukkan oleh rakyat, mereka mahukan kualiti hidup yang lebih baik dari hari ini. Bagi yang bergaji kecil, kesempitan ini sangat sangat dirasakan. Kita tidak mahu kesempitan ini akan menyebabkan kadar keterberhutangan rakyat meninggi terutama sekali kepada generasi muda. Dalam usia yang masih muda, mereka telah mula menanggung hutang di sana sini hanya sekadar mahu meneruskan hidup dalam arus pembangunan hari ini. Ini negara kita, dan kita harus menjaga rakyat negara sendiri. Jangan kita sibuk berperihatin kepada masalah rakyat negara luar, tapi rakyat sendiri tidak terbela. Jangan harapkan parti lain untuk tampil sebagai hero, kerana UMNO itu sudah seharusnya menjadi wira dalam banyak hal. Selesaikan masalah kesempitan hidup rakyat hari ini. Mereka tidak mahu tahu apa yang disebut sebutkan sebagai Transformasi atau apa apa je lah nama yang indah indah dalam menjalankan dasar, yang mereka mahu tahu, barang harus murah bersesuaian dengan kadar pendapatan majoriti rakyat hari ini.

Ayuh buktikan kita boleh membela nasib mereka sebelum kita tampil merayu undi mereka untuk kita.

No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...