Agak kontradiks dengan apa yang diperkatakan oleh golongan penghasut FELDA bahawa entiti kerajaan itu menekan para peneroka dan kurang menjaga kebajikan mereka. Malah wujud gerakan menghasut golongan warga FELDA, khususnya generasi kedua peneroka agar menentang FELDA atas alasan keringat mereka diperah dan diinjak-injak sesuka hati oleh kerajaan.
Berdasarkan
penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri Ahmad Maslan ketika menjawab soalan di Parlimen, seramai hampir
80,000 anak-anak peneroka sedang menduduki atau melanjutkan pengajian di
institusi-institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Malah hampir
1600 orang anak peneroka sedang berada di peringkat Doktor Falsafah
(PhD).
Sememangnya warga peneroka menikmati keistimewaan yang tidak dimiliki oleh sebahagian besar rakyat Malaysia yang lain. Mereka bukan sahaja dibantu dalam serba-serbi, malah anak-anak mereka turut menikmati keistimewaan terutama dalam hal melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi dengan bersandarkan kepada FELDA.

Inisiatif dan insentif yang diberikan oleh FELDA, terutama kemudahan pinjaman sebenarnya banyak membantu golongan ini untuk keluar daripada kepompong kemiskinan menerusi peningkatan modal insan.
Namun, di sebalik segala kemudahan dan keistimewaan tersebut, wujud perasaan tamak dan serakah yang keterlaluan apabila tangan yang memberi, digigit kembali. Ramai anak FELDA yang telah menerima keistimewaan dan kemudahan yang disediakan oleh FELDA hasil 'pengorbanan' rakyat Malaysia yang lain, cuba berlagak pandai dengan menghasut warga FELDA agar tidak berpuas hati menerusi hasutan dan adu domba.
Felda Gunung Besout 3 |
Sekalipun, hanya segelintir
warga FELDA yang bersikap sedemikian rupa, namun masyarakat di luar
FELDA memerhatikan dengan teliti perangai golongan yang menikmati segala
kemudahan dan keistimewaan serta perhatian istimewa kerajaan ini. Dek
kerana segelintir yang berperangai seperti MAZLAN ALIMIN, warga FELDA
dicop sebagai TIDAK MENGENANG BUDI dan LUPA DARATAN.
Tuntutan yang dibuat oleh gerombolan penghasut yang diketuati oleh MAZLAN ALIMIN agar generasi kedua diberikan tanah seperti yang dinikmati oleh generasi pertama FELDA, dilihat SANGAT KETERLALUAN dan tidak mengukur baju di badan sendiri. Sepatutnya, setelah mereka berjaya membentuk dan memantapkan ekonomi menerusi pegangan ke atas tanah yang lebih tepat dihadiahkan kepada mereka, generasi kedua FELDA sudah boleh berdiri di atas kaki sendiri dan tidak mengharapkan sebarang bantuan daripada kerajaan lagi.
Atau dengan kata lain, memberikan peluang kepada golongan yang tidak pernah berpeluang untuk menyertai Skim Tanah Rancangan FELDA agar turut merasai nikmat sebagaimana yang telah mereka nikmati. Tidak seharusnya wujud perangai SERAKAH dan HALOBA seperti yang ingin disuburkan oleh MAZLAN ALIMAN serta golongan pembangkai dalam PKR yang bergerak atas dana khas bagi mendapatkan sokongan warga FELDA dalam pilihanraya akan datang.
Sekalipun ada cacat-cela di dalam pengurusan FELDA, setidak-tidaknya golongan yang tidak berpuas hati itu, bersyukur dengan keistimewaan yang mereka nikmati tetapi tidak dirasai oleh golongan lain yang adakalanya jauh lebih berhak berbanding mereka.
Jauh daripada tanggapan mereka bahawa mereka adalah ABDI kepada FELDA yang memeras keringat mereka tanpa belas kasihan, mereka perlu juga ingat, MAK BAPAK dan TOK NENEK sendiri pun tidak mewariskan tanah seluas 12 ekar kepada mereka hanya dengan mengisi borang dan usung tilam bantal.

Dato' Khushairi Menyerahkan Durian Runtuh Di Felda Besout 3 |
Pun begitu, lebih ramai warga FELDA yang tahu diri dan mensyukuri nikmat yang telah dianugerahkan Allah Taala dengan menjadikan mereka sebagai GOLONGAN TERPILIH untuk memperolehi tanah, ladang, rumah dan masa hadapan yang lebih cerah. Kecuali buat golongan pemalas, yang hanya berdoa tetapi tidak berusaha, yang sibuk tepuk meja di kedai kopi berbanding mengusung cangkul, sabit dan parang untuk ke kebun serta sibuk menuntut itu ini, golongan yang ringan tulang, tidak banyak cakap dan tahu bersyukur, jauh lebih senang dan dipermudahkan urusan mereka dalam hal-hal keduniaan dan akhirat.
sumber : PUTERA KELANA
3 comments:
Asalamualaikum bro... gua kompom dtg baca bila ada entri baru. dah seminguuu entri ni bro.. wakaka..
hihi... gua pulak nak tanya bro. macam mana lu letak gambar burung kat profile lu bro.. gua dah lama nak buat tak jadi2... wakaka. Gua nak letak gambor catcibor... lu tau ke catcibor? org prk tak tau kalu... antuk kepala kat dinding 2 kali... wakaka
catcibor tu helikopter ler bro hehehe..
Post a Comment