Monday, January 13, 2014

Kisah Tragis PEMADAM buat sebatang PENSEL yang paling disayanginya!

Pensel : Saya minta maaf.

Pemadam : Untuk apa? Awak tak buat salah pun.

Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.

Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yang saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak brsedih.::

Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai Pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yg kita lakukan.. Mereka adalah ibarat pemadam terbaik untuk anak-anak mereka.. Selagi mereka hidup jangan sia-siakan mereka...:: Jagalah ibubapa anda & balaslah jasa mereka dgn kebaikan...::

Begitulah juga sahabat. Sahabat yang baik juga akan selalu membetulkan kesilapan sahabatnya walaupun memakan diri dan akhirnya hilang selama lamanya.

Sent by Samsung Galaxy Note

No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...