Monday, April 14, 2014

PEJABAT YB NIZAR JAMALUDDIN DIPECAH MASUK!



SIMPANG – PERAK. Pejabat Pusat Khidmat Dun Changkat Jering milik Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dipecah masuk, Sabtu lalu.

Pegawai Khasnya, Mohamad Yussof Abdul Ghani berkata, pada hari sebelum kejadian, dia telah ke pejabat kira-kira jam 8 malam hingga jam 2 pagi bagi menyelesaikan beberapa tugasan.



Bagaimanapun menurutnya, sepanjang dia berada di pejabat itu, tidak ada sebarang kejadian mencurigakan berlaku.

“Namun saya agak terkejut apabila menerima panggilan daripada seorang pekerja bengkel bersebelahan selepas memaklumkan bahawa pejabat dipecah masuk.

“Selepas mengetahui kejadian itu, saya bergegas ke tempat kejadian bagi melihat sendiri keadaan pejabat kerana bimbang barangan di dalamnya hilang,” katanya semalam.



Mohamad Yussof berkata, walaupun kejadian berkenaan pertama kali berlaku, namun bersyukur kerana tidak ada sebarang barangan berharga yang hilang.

“Satu laporan polis juga telah dibuat agar siasatan lanjut dapat dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah mengesahkan menerima laporan tersebut.

“Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, saksi mendakwa kunci mangga dan jeriji pintu dipecahkan.

“Hanya barang-barang di dalam pejabat digeledah, namun tiada kehilangan barang berharga direkodkan,” katanya.


Sumber : BICARA PERJUANGAN 

No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...