Wednesday, August 20, 2014

Apa agenda Shahrizat di sebalik usul Naib Presiden Wanita UMNO? Sesuatu Untuk Difikirkan!

Disebalik keterbukaan sistem pemilihan parti yang dilihat memansuhkan sistem kuota dan pencalonan, Wanita UMNO dilihat mengambil pendekatan keterbelakang dengan meminta kerusi Naib Presiden secara lantikan. Selain itu, siapa akan lebih dilihat sebagai Ketua kerana Jawatan Naib Presiden dan Ketua Wanita UMNO Kebangsaan adalah berada pada ranking / level yang sama dalam hirearki parti. Namun apa jua pandangan atau hujahan, tentu Wanita mempunyai alasan dan hujah mereka yang tersendiri. 

Soalnya, adakah mereka hanya demand jawatan di peringkat pusat atau ianya akan merebak rebak ke Bahagian Bahagian untuk turut sama mewujudkan jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Edisi Wanita. Bab tu juga perlu diperhalusi. Bimbang dalam keterujaan mereka, hanya akan menyebabkan kem kem mula wujud dikalangan Wanita dan ia menambah parah. Saya agak bersetuju dengan pandangan Tok Janggut ini berkenaan dengan keterbukaan untuk bertanding. Itu lebih relevan. Saya copy paste artikel Tok Janggut dibawah ini untuk sama sama kita renungkan.


Apa agenda Shahrizat usulkan  seorang lagiNaib Presiden Wanita?
TERSENYUM simpul kita bila memerhatikan perjalanan Persidangan UMNO Bahagian-Bahagian yang sedang berlangsung di setiap hujung minggu ketika ini dan lagi menarik bila Wanita UMNO begitu bersungguh-sungguh mengusulkan supaya UMNO menyediakan satu lagi jawatan Naib Presiden di kalangan Wanita secara lantikan walaupun Ketua Wanita telah secara automatik  bertaraf Naib Presiden parti.
Kita tidak tahu apa tujuan sebenarnya Wanita UMNO mengusulkan jawatan itu secara percuma begini  sedangkan pada hakikatnya pertandingan jawatan-jawatan utama dalam parti tidak mengkhususkan kepada lelaki semata-mata tetapi Wanita dan juga Puteri UMNO termasuk Pemuda UMNO Malaysia boleh menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan bukan sahaja Naib Presiden tetapi dibolehkan bertanding Timbalan Presiden ataupun Presiden,itupun jika mereka mempunyai cukup sokongan seperti yang dibenarkan dalam proses menawarkan diri untuk turut bertanding.

Kita ambil contoh komponen Barisan Nasional iatiu MCA dimana Naib Presiden mereka ada juga dari kalangan Wanita kerana mereka memilih untuk bertanding serta bersaing dengan calon-calon lelaki dan mereka menang, begitu juga dengan parti PKR,Nurul Izah menang secara bertanding dan mereka tidak meminta-minta,mendesak hingga dijadikan usul penting dalam persidangan Bahagian masing-masing.
Kita tidak tahu apa agenda Wanita atau lebih tepat apa agenda Ketuanya yang meminta seluruh Wanita Bahagian mengusulkan usul supaya dilantik seorang Naib Presiden dari kalangan Wanita hingga Hishamudin serta Zahid Hamidi turut menyokong usul tersebut. Sokongan kedua-dua Naib Presiden ini cukup mudah kita fahami dan salah satu sebabnya adalah mereka bimbang hilang sokongan dari Wanita jika tidak menyokong usul tersebut kerana kedua-duanyapasti ada cita-cita politik.
Mengapa Wanita harus meminta-minta kedudukan ini?Kenapa mereka tidak menunggu waktu sepatutnya di Persidangan UMNO Malaysia untuk turut serta bertanding sebagaiman MCA ataupun PKR lakukan?Sikap meminta-minta sebegini boleh dilihat seolah-olah Wanita daam keadaan desperate mencari kedudukan dalam struktur parti. 
Kecuali Wanita UMNO Cheras yang di pimpin oleh Dato Zurinah secara lantang dan terbuka menolak usul tersebut,semua Wanita Bahagian lain yang telah pun bersidang seperti sepakat menerima arahan untuk mengusul bagi mendesak UMNO memberikan kedudukan supaya diadakan khas Naib Presiden untuk Wanita.
Setakat ini Wanita Cheras tolak usul.
Kita tidak nafikan peranan Wanita UMNO membantu gerak kerja parti dan UMNO meriah kerana Wanitalah yang mengimarahkannya tetapi meminta satu lagi jawatan Naib Presiden secara percuma tanpa melelaui proses pertandingan seperti biasa dalam parti memungkinkan Wanita dilihat tidak mampu bersaing dalam pertandingan ataupun lebih malang lagi kerana Wanita itu seperti tulang belakang parti,mereka menggunakan pendekatan mengugut.
Jika dipersetujui usul yang sedang `digilai’ oleh Wanita ketika ini, tidak mustahil selepas ini mereka ula akan menuntut secara percuma supaya diberikan atau diadakan jawatan Presiden ataupun Timbalan Presiden dari kalangan mereka.
Saya menulis begini selepas sekian lama menyepikan diri kerana walaupun usul tersebut begitu lantang dibahaskan tetapi aada di kalangan Ketua-Ketua Bahagian yang berbisik sesama sendiri {takut bersuara,bimbang diboikot} tidak setuju dengan usul tersebut, mereka ini bimbang tindak tanduk Wanita ini yang merasakan mereka cukup penting dalam kerangka parti akan merosakkan parti malah mereka juga mencadangkan (tapi tidak berani bersuara secara terbuka} supaya pada pemilihan UMNO yang akan dating,Wanita yang berminat bileh menawarkan diri bertanding disemua jawatan termasuklah jawatan nombor satu dalam parti.
Ada juga yang berbisik usul tersebut terpaksa dibawa ke dalam mesyuarat UMNO Bahagian kerana mahu menjaga hati Ketua Wanita yang selama ini `menjaga’ mereka dan pada kita apa sahaja tuntutan dan usul Wanita jangan ianya menjadi bahan jenaka kawan dan lawan.
Wanita yang berpotensi untuk diangkat sebagai pemimpin harus berani menerjah ke dalam gelanggang dan tidak meminta-minta kerana meminta-minta bukanlah sikap yang terpuji dan Wanita yang mengusulan usul tersebut kerana disuruh oleh orang-orang tertentu sebenarnya sedang ditertawakan oleh ramai orang diluar sana malah bukan pemimpin Wanita yang mempunyai sahsiah dan jati diri parti.
 

1 comment:

Anonymous said...

Syarizat ini sedar dak dia ni memang dalam umno orang pilih dia sebab semua yang pilih mengharapkan sesuatu dan penyokong tegar yang tak boleh sedar ,tapi diluar umno lihat dia sebagai beban kepada umno dan BN kerana skandal , rasa-rasa dia tak sedar dia sedar tak dia dah dua kali kalah dalam PRU menunjukkan sokongan rakyat lebih penting daripada sokongan ahli umno semata=mata . memang sah nak lingkup umno dan BN.

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...