Tuesday, December 2, 2014

Peremajaan Parti - Mana Peluang Mahasiswa Tempatan? Relevenkah Kita?

Selain daripada usul mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan juga Sekolah 1Aliran, antara usul yang menjadi keutamaan dalam PAU yang baru berlalu ialah mengenai Peremajaan Parti demi survival UMNO di masa hadapan. Hampir keseluruhan pewakilan Pemuda, Puteri malah pewakilan daripada Bahagian2 juga menyentuh isu ini. Ternyata kesemuanya sekali sangat2 komited dan bersetuju dengan terma parti perlu diremajakan.

Soalnya, sejauh mana UMNO benar2 bersedia dan bergerak ke arah peremajaan parti? Peremajaan parti bukan total bermaksud mengantikan yang lama dengan yang muda2. Ia perlu gabungan semua peringkat. Yang paling perlu diremajakan ialah dasar dan pendekatan UMNO itu sendiri agar ia relevan dengan situasi hari ini.

UMNO tidak lagi boleh mengadakan program program yang bersifat isolasi. Program dijalankan dengan pengisian kehadiran cuma wakil dari kalangan cawangan2 yakni hanya dikalangan orang2 UMNO itu sendiri. Orang UMNO pada zahir sifatnya sudah tentulah akan menyokong UMNO. Begitu juga program skala besar yang sering menjadikan kakitangan awam melalui jabatan dan agensi sebagai pemenuh kerusi jemputan. UMNO perlu bersifat terbuka. Kekuatan perlu dinilai dari sudut berapa ramai orang boleh hadir ke program program kita tanpa paksaan. Maka di situlah baru kita dapat menilai kekuatan dan relevennya pendekatan kita kepada umum.

Ketokohan ilmuwan muda dan bakat bakat baru dalam UMNO tidak pernah berkurangan. Saya terpanggil dengan petikan ucapan YB Khairy Jamaluddin yang mengatakan Tun Razak menjadi TPM seawal usia 35 tahun. Isa Samad, Khir Toyo malah Najib Razak sendiri menjadi MB pada usia yang muda. Itu cerita zaman dahulu. Tapi zaman hari ini, ia tidak berlaku. Pada usia dibawah 40 tahun, bakat2 muda UMNO dikatakan masih perlu bertatih, perlu belajar, dilabelkan terlalu muda untuk mengetuai bahagian atau portfolio kementerian. Apa ni? Semua alasan alasan yang kenyang ke deme kata orang Perak. Ada la seorang, iaitu KJ sendiri yang jadi Menteri di bawah usia 40 tahun atas tiket UMNO.

Sedangkan PR sudah membuka ruang kepada golongan muda untuk menjadi calon calon mereka. Menjadi ikon ikon baru mereka. Bebudak tersebut tiada jasa atau kebolehan apa pun. Sebagai contoh Dyana, selepas PRK Teluk Intan, kita pun tidak tahu apa lagi aktiviti beliau selain ada 1 poster beliau memegang cangkul untuk bertani. Namun, PR berjaya mewujudkan persepsi bahawa anak muda mendapat tempat dan ruang yang cukup baik di dalam line up mereka. Sedangkan, di dalam UMNO, sejak kita lahir hingga lah anak kita udah besar panjang, masih lagi muka yang sama menjadi Ketua Cawangan. Itu baru di peringkat cawangan, peringkat tertinggi tak usah cerita lah.

Sedangkan jika nak dikira releven dan jasa gerak kerja, Pemuda dilihat lebih banyak membuat jasa di grassroot. Banjir, kita tolong. Kebakaran, kita bantu. Sakit pening, kenduri kendara, kematian semua kita ada. Daftar pengundi, cari ahli baru, semua kita usaha. Tetapi dimana nilai anak anak muda ini? Jika mahu diangkat, siapa pula perlu dikorbankan? Dan dalam bab korban mengorban inilah selalunya yang payah sangat. Yang di bawah, mahu merebut kuasa. Yang di atas mahu mengekalkan kuasa. Maka jadilah seperti ketam ketam dalam satu baldi. Tarik menarik untuk naik ke atas.

Selalu orang berkata, yang cerdik tidak akan mendapat tempat di dalam UMNO. Betul atau tidak kenyataan ini? Tepuk dada tanya selera, jangan tanya minda kerana minda pasti kata kenyataan tersebut 1 penipuan. Kita beri ruang dan peluang golongan cerdik pandai untuk bersuara seperti wakil2 Kelab UMNO Luar Negeri (KULN). Budak budak bijak yang dihantar belajar di luar negeri.

Putihhhhh mata bebudak kita yang juga bijak bijak tapi belajar di dalam negeri kerana tiada ruang atau platform untuk wakil mereka di dalam PAU untuk bersuara walaupun kita tahu jumlah mereka mereka ini jauh lebih ramai daripada KULN. Tapi ini lah UMNO, mereka pasti ada alasan alasan mereka yang tersendiri. Tak salah beri ruang kepada golongan mahasiswa/i dalam negara ini. Mereka juga pejuang bersama sama kita.

Banyak yang mahu diperkatakan mengenai peremajaan ini. Seperti awal2 yang saya perkatakan tadi, peremajaan bukan hanya dalam konteks meletakkan orang orang muda sebagai calon, tetapi yang lebih utama ialah pendekatan, dasar, capaian, kebolehan parti dalam mengarus perdanakan 'dirinya' dalam dunia serba pantas hari ini.

Wallahualam..

Sent from my phone

No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...