Friday, April 10, 2015

Tun vs DSN

Cabaran di zaman Tun dan zaman DS Najib adalah berbeza. Dulu maklumat perlu tunggu laporan akhbar dan wara berita di kaca televisyen. Hari ini maklumat sudah di hujung jari. Namun itu bukan bermakna pemikiran Tun tidak lagi relevan pada waktu ini. Dan tidak juga ia bermaksud DSN membuat keputusan keputusan yang silap.

Usaha mencari populatiti amat mudah sebagaimana isu yang Tun suarakan sebenarnya disuarakan oleh ramai orang golongan marhain. Namun apakah kaedah penyelesaian yang perlu DSN buat? Itu sebenarnya yang lebih utama. Menunding dan mencari kesalahan boleh dilakukan dengan senang namun pengurusan disaat krisis itu yang lebih penting.

DSN perlu diberi peluang untuk mengemudikan bahtera bersama dengan barisan Kabinetnya. Ini bukan keputusan DSN sendirian, tapi turut didukungi oleh keseluruhan jentera. Perlu diyakini bahawa DSN juga mahukan yang terbaik utk kerajaan dan Malaysia. 

Kita hormati Tun sebagai negarawan ulung negara, namun kita juga perlu hormati DSN sebagai Perdana Menteri semasa. 


Sent from Samsung Mobile

No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...