Monday, February 8, 2016

1MDB ni biarkanlah. Fokus pada yang seharusnya!!

Krisis 1MDB ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang agak panjang. Berpusing - pusing jawapan dan tohmanah sama ada daripada pihak pro Kerajaan mahu pun yang pro Pembangkang. Belbagai teori, analogi dan juga penemuan yang dikemukakan untuk memuaskan hati pelbagai pihak.

Semua kejadian yang berlaku dikaitakan dengan isu 1MDB hinggakan 2 buah pesawat MAS yang menerima kecelakaan penerbangan juga dikhabarkan sebagai usaha terancang untuk divert isu 1MDB ini. Tabung Haji, KWSP, penstrukturan semula bajet semua dijadikan korban sebagai dikatakan untuk menyelamatkan tengkuk 1MDB dan sudah pastilah tengkuk Najib Tun Razak. Bukan sedikit yang menjadi korban ekoran memperkatakan isu 1MDB, daripada orang no 2 negara hingga lah orang no 1 Kedah malah bekas orang no 1 Malaysia juga turut terkena bahana mengkritik isu 1MDB.

Kini peluang Peguam Negara pula melonjakkan diri sebagai hero. Namun 1MDB semakin misteri untuk diselesaikan sebagaimana misterinya kehilangan MH370. Pada hemat saya sebagai budak yang baru belajar, isu 1MDB ini biarlah ia selesai dengan sendirinya. Tak perlu ada mana mana pihak yang tampil untuk menjadi juara di gelanggang ini. Ini kerana semakin dijawap, semakin banyak kecelaruan yang timbul hinggakan TPM sendiri dikatakan berunding dengan orang yang meninggal beberapa bulan lebih awal daripada tarikh rundingan. Jawap ikut mana pun, pembangkang still akan spin, dan kita pulak jenuh nak menjawap begitu dan begini yang mana sampai satu tahap kita sendiri pun rasa meluat.

Apa yang perlu sekarang ialah fokus kepada memperkasakan parti dan rakan gabungan, meraikan pendaftaran ahli, meramaikan daftar pengundi, jaga rakyat dan kuatkan penguatkuasaan terutama yang berkaitan dengan peningkatan kos sara hidup. Perkasakan dasar perumahan negara agar mana mana anak muda atau rakyat yang masih belum memiliki rumah pertama dapat menikmati faedah itu pada kadar harga yang munasabah dan mampu milik.

Rakyat takkan peduli apa nak jadi dengan 1MDB. Tapi rakyat sangat cakna pada kenaikan kos sara hidup yang dilihat sebagai kesan tindak balas pelaksanaan GST. Rakyat akan amat terkesan bila petrol naik walaupun pada kadar yang minima. Rakyat mula bertanya bila Bantuan Persekolahan tidak lagi dinikmati semua golongan sebagaimana tahun tahun sebelumnya.

Last but not least, berhentikan lah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tu (satu2nya kesan ketara zaman Najib ialah nombor 1 akan berbunyi huruf I hehehe ), ia merupakan 1 pembaziran wang kerajaan dengan amat pantas dan impaknya sudah tidak secantik awal awal pelaksanaan dahulu. Untuk mengalakkan kecairan wang dalam masayarakat, lebih baik pelaksanaan pre emptive dilakukan dan ia lebih manfaat kepada ramai orang.

-Adios-

No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...