Wednesday, August 17, 2016

Azizulhasni Perlu Berjiwa Lebih Besar

Sekiranya saya mengambil pendekatan popular, saya boleh sahaja bersetuju dengan kenyatan Azizulhasni, wira negara yang menghadiahkan rakyat Malaysia sebutir pingat gangsa Olimpik 2016 melalui acara Keirin dengan mengecam tindakan Kerajaan Terengganu tidak meluluskan permohonan roadbike beliau.

Namun, saya yakin dan percaya Azizul sendiri sudah pasti bakatnya itu dikesan melalui pelbagai program sukan berbasikal yang kita semua tahu merupakan antara sukan yang diberi perhatian serius oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Yang mana bakat itu kemudiannya dikembangkan oleh pelbagai pihak hingga dia berada di prestasi hari ini.

Dan sudah pasti juga dengan rentetan rentetan kejayaan yang beliau perolehi sebelum ini, sedikit sebanyak sudah pasti ada menerima imbuhan daripada kerajaan negeri. Saya yakin kerajaan negeri Terengganu tidak sedungu itu untuk menidakkan jasa dan sumbangan anak kelahiran Dungun ini.

Cuma secara logiknya, saya merasakan Kerajaan Negeri mengambil langkah yang betul untuk tidak membelikan roadbike tersebut untuk kedua peserta ini kerana kedua2nya mendapat tajaan yang bukan sedikit daripada Yayasan Sime Darby. Malah sudah semestinya juga bukan sedikit bajet yang diperuntukkan oleh kerajaan ke atas peserta prospek podium ini. Belum dikira dengan tajaan tajaan sebagai duta produk yang semuanya diperolehi pada hari ini juga sedikit sebanyak kerana jasa Kerajaan Terengganu yang mengasah bakat beliau diperingkat awal.

Dan dengan segala keupayaan dari segi kewangan yang ada, mungkin, Kerajaan Terengganu melalui agensi yang terbabit merasakan keperluan peruntukan tersebut lebih sesuai digunakan untuk melahirkan lebih ramai lagi Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapha.

Kita menghargai segala pengorbanan yang telah beliau lakukan demi membawa nama Malaysia di pentas Olimpik, namun jangan lah hanya kerana satu kesilapan atau kes terlepas pandang dalam memenuhi kehendak beliau, maka segala jasa yang telah dicurahkan sebelum ini, dilupakan sebegitu sahaja.

Azizul merupakan idola dan ikon kepada anak muda hari ini terutama yang meminati sukan basikal. Semua mahu menjadi seperti dia. Jadi kita mengharapkan peranan yang lebih besar daripada beliau selain menjadi seperti anak2 kecil yang merajuk tak dapatkan basikal daripada ayahnya.

Akhir kalam, saya yakin tulisan beliau pada waktu itu lebih dipengaruhi oleh kesebakan emosi beliau yang sangat terharu dengan kejayaan tersebut, maka fokus terima kasihnya lebih terjurus kepada siapa yang terbabit dalam persiapan beliau ke Brasil. Mungkin sekarang bila sudah sedikit bertenang, beliau pasti mengakui kesilapannya.

Namun....AZIZUL, ANDA TETAP WIRA DI HATI KAMI RAKYAT MALAYSIA.

Anggun Tg Malim
Naib Ketua Pemuda
UMNO Bahagian Tg. Malim

Sumber : Facebook

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

1 comment:

tony jaa said...

Saya tidak suka katakannya tapi saya lihat kebanyakan atlit malaysia gagal utk ikut peribahasa mat salleh " win with class lose with grace." Termasuk azizul sendiri. Sejak 2012 apabila gagal di london, saya lihat bbrp ucapannya tak berapa sedap didengar. Faktor fizikal kerap jadi persoalan. Hakim yg tak adil. Pesaing tak adil. Apa salahnya bagi kredit kepada pesaing yg lbh handal. Mungkin dia ada sedikit ego di situ atau ada inferiority complex. Mungkin dia pun sama mcm byk org melayu yang bila menang sikit berkokok sampai bila2. Dia kena ingat jasa semua pihak dan jugak duit rakyat yg dia pakai. Paling penting kena ingat semua itu dtg dari Allah. Jgn takbur dan sombong dan asyik nak salahkan org lain. Tapi saya ttp kagim dgn dia wpun x menang apa2 pingat.

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...