Thursday, February 28, 2013

Parlimen Bubar Hari Ini

Dari sumber sumber yang boleh didengari bukan untuk dipercayai ialah mereka mengatakan DS Najib akan membubarkan parlimen pada petang hari ini.

Dari tahun lepas lagi beliau membiarkan tarikh tersebut menjadi tanda tanya dan misteri sehingga lah tempoh matang parlimen yg dilihat semakin hampir menjelang April ini.

Maka, kita tunggu dan lihat menjelang petang ini. Jadikah atau Tidakkah?

Sent by Samsung Galaxy Note

Saturday, February 16, 2013

Peristiwa di Pekan bukan seperti yang diceritakan GM13 @NajibRazak @MahasiswaMsia

Sekarang tengah kecoh dengan kononnya peristiwa mahasiswa diserang oleh samseng UMNO. Jadi aku di sini mengambil kesempatan ini untuk menceritakan sedikit perkara yang telah berlaku (aku akan cuba ceritakan sepenuhnya bila tiba masanya).

Untuk perhatian umum, mereka yang telah dilabel sebagai kononnya 'SAMSENG UMNO' merupakan penduduk penduduk di kawasan Pekan. Oleh disebabkan mereka rata-ratanya orang UMNO, maka mereka dilabel sebagai samseng UMNO. Yang pertamanya, penduduk kampung tidak marah dengan kedatangan pelawat ke kampung mereka waima sesiapa pun, walau bagaimanapun, sebagai seorang melayu Islam yang kaya dengan adat dan sopan santun, apalah salahnya, bila masuk kampung orang, perkenalkan diri kepada pemimpin tempatan di situ termasuklah Yang Berhormat yang menjaga kawasan di situ.

Bukannya datang masuk kampung orang, buat ceramah menghasut, menyebarkan risalah memburukkan Perdana Menteri Dato Seri Najib, bila diajak minum berbincang oleh Yang Berhormat kawasan tersebut, mereka sekeras kerasnya membentak, menolak ajakan Yang Berhormat tersebut dengan memberi alasan bahawasanya mereka 'Mahasiswa' tidak makan duit haram UMNO.

Sebagai seorang manusia biasa, yang mengajak dengan niat baik tetapi bila diperlakukan sebegitu rupa, sudah tentu akan marah. Mahasiswa tersebut beruntung yang mengajak itu adalah Yang Berhormat dan bukannya orang tua biasa,sebab kalau orang tua biasa, aku rasa dah lama makan penampar Jepun. Yang keduanya, berikutan dengan isu kononnya samseng UMNO mengepung mereka dengan menggunakan parang, sekali lagi di sini aku nak jelaskan perkara yang sebenar. Perkara yang sebenar adalah mahasiswa ini didatangi oleh seorang pakcik yang baru selesai pulang daripada berkebun disuruhnya balik GM 13 ni oleh pakcik tu, adat orang pergi berkebun, menyabit, mencantas semak samun menggunakan parang atau sabit.

Pada waktu itu di pinggangnya tersisip kemas sebilah parang, maka dikatanya mereka di kepung oleh samseng bersenjatakan parang. Apa ni? Semudah itu yang lain ditipu oleh propa murahan? Yang ketiganya, datang tempat orang, bila orang dah bagi signal tak suka, takkan tak faham -faham lagi? Berambus lah dengan aman, ini tidak, datang dan bergerak secara gerombolan kemudian rempuh penduduk yang sedang berkawal. Kemudian bila tak dapat masuk dan dihalang oleh Pengurus Felda Cini, GM13 kemudiaanya mempersoalkan apa hak mereka untuk menghalang kedatangan GM13 ke Felda Cini. Aku di sini nak minta sangat sangat lah supaya sebelum GM 13 ni bertanyakan tentang hak mereka, tanya dulu tentang hak penduduk Felda Cini untuk menghalang individu yang cuba datang ke kampung mereka dan membawa mesej-mesej yang berunsurkan menghasut supaya berpecah belah. Takkan benda semudah itu tak faham?

Yang keempatnya, kehadiran GM13 bukanlah untuk 'menjual' bakal bakal calon PRU 13 nanti tetapi hanyalah sebagai satu gerakan untuk meraih simpati, di samping itu memastikan nama baik UMNO terpalit dengan memainkan isu seperti mereka dipukul oleh samseng UMNO sampai baju terkoyak (yang kena pukul pon rambut pailang,tapi dah kena mengadu), zalim, dikepung oleh samseng UMNO yang berparang dan sebagainya.

Cukuplah setakat ni je aku cerita, aku malu tengok melayu nih, bila sama sama melayu bukan main 'tayang' baju masing masing, nak tunjuk siapa lagi pailang dengan rambut serupa gengster afrika tu, aku cakap tak payah lah. Kalau setakat nak sembang PUKIDA, PURKIDA, PERKASAM dalam twitter konon kutuk tapi masing masing ceroboh kampung orang 'tayang' baju nak tunjuk siapa paling gengster, aku nasihat, berenti berentilah, hormat lah si tuan rumah. Akan ada lagi update dari aku, tentang bagaimana handphone yang merakam aktiviti biadap GM13 ini dirampas dan dipijak pijak untuk hapus bukti dan banyak lagi untuk di nilai bersama.

 Update akan menyusul.

p/s - Nampak luar je bukan main pailang, padahal masuk markas Pas bukan main merayu nak balik rumah sebab dah tak tahan... kah3... Dan Ya telah diconfirmkan, GM13 bergerak balik rumah malam tadi naik bas 1Malaysia.....kah3...

 untuk gambar dan edisi seterusnya, korang boleh rujuk pada sumber artikel di Cheritera 1001 Malam.

Tuesday, February 12, 2013

Isyarat Lucah Kepada DYMM Raja Permaisuri Agong

KESAN AJARAN ANWAR IBRAHIM, PAS, PKR & DAP: Sewaktu rombongan DYMM Raja Permaisuri Agong berada di Terminal Perlepasan LTAB Bayan Lepas, seorang lelaki Cina - LEONG PEI KOE telah menunjukkan ISYARAT LUCAH kepada kenderaan DYMM RAJA PERMAISURI AGONG. ASP Mohd Fakharuddin - Pengawal Pengiring telah merapatinya utk memberikan amaran yang dia boleh ditahan di bawah Seksyen 294 (a) KK. Bagaimanapun, lelaki Cina itu mencabar menangkapnya dan berkata "di Pulau Pinang, POLIS MELAYU TIDAK ADA KUASA kerana Pulau Pinang adalah HAK MILIK CINA" sambil terus memberikan ISYARAT LUCAH!

Nama: LEONG PEI KOE. Alamat: C18-18-9, Serina Bay, Sungai Pinang, Pulau Pinang. No. Kad Pengenalan: 840718-10-5015 Umur: 29 tahun Kerja: Quality Surveyor di sebuah kilang di Singapura Pendidikan: Bsc Degree Building Economic and QS di Heriot Walt University Scotland UK.

Bukan aku kata DYMM tu maksum macam Nabi hingga tak boleh disentuh, ini berkaitan dengan rasa hormat dan prinsip sebagai warganegara. Jika agak agak tak boleh nak ikut lunas dan ras ras sebagai warganegara Malaysia, mamat cina tu boleh blah duduk negara lain. Dasar tak sedar di untung! Yang Perkasa, Pekida dan Pemuda UMNO pun senyappppp je apahal?

Puiii..apa pun tak boleh!

Sent by Samsung Galaxy Note

Monday, February 4, 2013

Program My Beautiful Malaysia Day - Siapa Sasaran Sebenarnya?



 My Beautiful Malaysia Day merupakan satu lagi inisiatif baru daripada kerajaan di bawah Ketua Setiausaha Negara ( KSN ) dalam menceriakan persekitaran negara. Sesuai dengan tema tersebut, maka tarikh 3 Febuari akan dicadang sebagai Hari SukarelaanNegara. Dengan sasaran 1,000,000 orang menjalankan gotong royong secara serentak pada pagi tarikh tersebut di seluruh negara. 

Impak yang dapat dilihat daripada program ini sudah semestinya setiap warga negara bertanggung jawap kepada persekitaran masing masing. Jangan harap sepenuhnya kepada agensi agensi kerajaan untuk menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran kehidupan kita. Di harap juga momentum daripada program tersebut dapat diteruskan secara berkala bagi tiap tiap minggu atau pun bulanan oleh komuniti komuniti setempat berdasarkan sampel yang telah dijalankan.

Selain daripada memupuk semangat persekitaran yang bersih berdasarkan konsep 5’s Big Cleaning Day, ia juga memupuk semangat kecintaan kepada negara, perpaduan dan jalinan kerjasama antara masyarakat. Semua nilai nilai positif ada dalam program ini berbanding Bersih 3.0 atau Perhimpunan Shamsidar dan yang sewaktu dengannya yang juga turut meletakkan jumlah sasaran audien yang tinggi. 

Apa yang mahu diutarakan sekarang bukan sebanyak mana nilai positif yang wujud dalam program ini, tetapi jumlah penglibatan awam yang terbabit dalam program berkenaan. Rata rata seluruh Malaysia majoriti penglibatan adalah dikalangan budak sekolah, pelatih PLKN, RELA dan Penjawat Awam. Sedangkan penglibatan daripada orang awam sendiri, masyarakat setempat, kelompok orang orang politik masih boleh dikira dengan jari bilangannya. Sedangkan inilah masa yang paling sesuai untuk elitis politik berdamping dengan masyarakat. Disaat saat ambang PRU yang semakin menjengah dan mengetuk pintu, sepatutnya penglibatan orang awam dan politikus patut selari dan maksimum, bukan bergantung pada pelajar sekolah dan pelatih PLKN yang belum layak mengundi.
Mungkin ada yang mengatakan, bahawa program ini bukan berbaur politik tapi lebih kepada semangat kesukarelaan, tetapi jangan kita pesimis dan bermain dengan retorik berkata kata kerana apa yang tersurat dan tersirat adalah sangat jelas.

 Selain daripada itu, masalah peruntukkan dan bajet yang terhad juga perlu dilihat dimasa masa akan datang untuk menganjurkan program program berbentuk seperti ini. Memang dasarnya ia merupakan khidmat gotong royong dan kesukarelaan, namun apabila ia diadakan dalam skala yang besar dan mengemblengkan tenaga yang ramai, maka sedikit sebanyak ia juga memerlukan peruntukan yang tidak kurang besarnya. Ini kerana parang cangkul dan segala peralatan yang diperlukan tidak ada pada pihak sekolah dan pelatih PLKN. Benda benda ini mungkin ada pada ramai orang awam, dan orang awam yang tiada di hari program hehehe..

Berkata Benar Walaupun Pahit!


Friday, February 1, 2013

Setahun Sudah Berlalu

Gurindam dan irama
Tidak lagi ku hiraukan
Setelah api cinta terpadam
Apa yang tinggal kini
Hanya sisa cinta kelmarin
Menjadi simfoni mendayu
Pada setiap malam minggu

Setahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpa ku sedari
Ku petik mawar merah
Ku tulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapa kan ku beri

Kesepian memaksa
Ku lihat wajah di cermin
Terpandang parut di mukaku
Bekas cinta yang lama
Apakah tidak kan hilang
Kesan cinta yang terus mendatang
Bermain di jiwa ini

-sesekali layan lagu lama beb-

Sent by Samsung Galaxy Note

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...