Monday, February 4, 2013

Program My Beautiful Malaysia Day - Siapa Sasaran Sebenarnya?



 My Beautiful Malaysia Day merupakan satu lagi inisiatif baru daripada kerajaan di bawah Ketua Setiausaha Negara ( KSN ) dalam menceriakan persekitaran negara. Sesuai dengan tema tersebut, maka tarikh 3 Febuari akan dicadang sebagai Hari SukarelaanNegara. Dengan sasaran 1,000,000 orang menjalankan gotong royong secara serentak pada pagi tarikh tersebut di seluruh negara. 

Impak yang dapat dilihat daripada program ini sudah semestinya setiap warga negara bertanggung jawap kepada persekitaran masing masing. Jangan harap sepenuhnya kepada agensi agensi kerajaan untuk menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran kehidupan kita. Di harap juga momentum daripada program tersebut dapat diteruskan secara berkala bagi tiap tiap minggu atau pun bulanan oleh komuniti komuniti setempat berdasarkan sampel yang telah dijalankan.

Selain daripada memupuk semangat persekitaran yang bersih berdasarkan konsep 5’s Big Cleaning Day, ia juga memupuk semangat kecintaan kepada negara, perpaduan dan jalinan kerjasama antara masyarakat. Semua nilai nilai positif ada dalam program ini berbanding Bersih 3.0 atau Perhimpunan Shamsidar dan yang sewaktu dengannya yang juga turut meletakkan jumlah sasaran audien yang tinggi. 

Apa yang mahu diutarakan sekarang bukan sebanyak mana nilai positif yang wujud dalam program ini, tetapi jumlah penglibatan awam yang terbabit dalam program berkenaan. Rata rata seluruh Malaysia majoriti penglibatan adalah dikalangan budak sekolah, pelatih PLKN, RELA dan Penjawat Awam. Sedangkan penglibatan daripada orang awam sendiri, masyarakat setempat, kelompok orang orang politik masih boleh dikira dengan jari bilangannya. Sedangkan inilah masa yang paling sesuai untuk elitis politik berdamping dengan masyarakat. Disaat saat ambang PRU yang semakin menjengah dan mengetuk pintu, sepatutnya penglibatan orang awam dan politikus patut selari dan maksimum, bukan bergantung pada pelajar sekolah dan pelatih PLKN yang belum layak mengundi.
Mungkin ada yang mengatakan, bahawa program ini bukan berbaur politik tapi lebih kepada semangat kesukarelaan, tetapi jangan kita pesimis dan bermain dengan retorik berkata kata kerana apa yang tersurat dan tersirat adalah sangat jelas.

 Selain daripada itu, masalah peruntukkan dan bajet yang terhad juga perlu dilihat dimasa masa akan datang untuk menganjurkan program program berbentuk seperti ini. Memang dasarnya ia merupakan khidmat gotong royong dan kesukarelaan, namun apabila ia diadakan dalam skala yang besar dan mengemblengkan tenaga yang ramai, maka sedikit sebanyak ia juga memerlukan peruntukan yang tidak kurang besarnya. Ini kerana parang cangkul dan segala peralatan yang diperlukan tidak ada pada pihak sekolah dan pelatih PLKN. Benda benda ini mungkin ada pada ramai orang awam, dan orang awam yang tiada di hari program hehehe..

Berkata Benar Walaupun Pahit!


No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...