Friday, March 29, 2013

DAP - Salah Kira, Salah Taip dan Salah Janji!


Sikap lidah bercabang si Guan Eng memang tak dapat dinafikan lagi..Bila dah kantoi ada saja cari alasan nak lepaskan diri..Hairan, macam mana seorang akauntan merangkap Ketua Menteri memberi alasan salah taip mengenai kos pembinaan projek terowong dasar laut yang menelan belanja sampai berbilion bilion?

Ternyata Guan Eng kurang senang dengan isu yang dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pemuda BN hingga menganggap Pemuda BN tidak Profesional.. Ini bukan soal profesional atau pun tidak, kalau pekara ini tidak dibangkitkan bukankah mereka akan teruskan projek ini dengan jumlah berbilion ringgit yang diberikan kepada syarikat kroni hanya bermodalkan RM2..




Berdasarkan maklumat daripada portal kerajaan negeri, jumlah asal yang dinyatakan ialah sebanyak RM4.08 bilion seperti yang diumumkan sendiri oleh Guan Eng pada September 2011. Ketika itu Kerajaan Dap Pulau Pinang mengumumkan kos kesemua projek berkenaan merangkumi RM1.95 bilion bagi pembinaan terowong dasar laut, RM630 juta bagi pembinaan lebuh raya menghubungkan Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Persiaran Gurney, RM920 juta pembinaan jalan raya menghubungkan Farlim ke Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu dan RM580 juta bagi pembinaan jalan raya dari Tanjung Bungah ke Batu Feringghi.

Bagaimanapun kos terkini yang dinyatakan ialah sebanyak RM6.3 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM2.2 bilion.Dulu masa pemilihan CEC, Dap beri alasan salah kira, sekarang salah taip pula..

Jelas kita dapat lihat bagaimana angkuhnya Guan Eng untuk memohon maaf atas kesilapan, sebaliknya menyalahkan pihak lain yang membongkarkan pekara itu..

Sumber : Medan Tempur Kedah

Ini lah pakej kepimpinan yang DAP tawarkan? Tak lama lagi mereka akan kata pula SALAH JANJI hahahahaha..


Tuesday, March 19, 2013

Status Bumiputra Sudah Tidak Relevan! Terbaik..

Sivakumar: Menurut Sivakumar status bumiputera yang telah diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional wajar dihapuskan segera. Menurut Sivakumar lagi sudah sampai masa status bumiputera ini sudah tidak relevan dilaksanakan di Malaysia kerana orang Melayu bukan lagi majoriti. Dap Perak sudah berbincang dengan rakan dalam pakatan iaitu Pas dan PKR dan mereka telah pun bersetuju untuk menghapuskannya apabila dapat menakluki Putrajaya selepas PRU13 nanti... 
Sumber : Budak Benteng 
 
Ini bukan aku yang cakap, tapi Sivakumar yang cakap. Dan Sivakumar ini orang DAP. DAP disokong oleh PKR. DAP dan PKR ini pulak disokong oleh PAS. Dalam PAS, dalam PKR malah dalam DAP pun ada melayu. Nampak tak macam mana melayu yang duduk dalam parti parti tu mempertahankan hak hak melayu dan juga bumiputera?
 
Kalau masih buta lagi rakyat bumiputera dan orang Melayu Malaysia ni, aku pun dah malas nak komen. Tepuk dada tanya selera. Nak makan ayam atau nak makan babi. 
 
Sekian, terima kasih. 
 

Tuesday, March 12, 2013

STORY BEHIND YOUR DATE OF BIRTH!


Hey this is really true and see it will work for you too

If U were born on the 1st, 10th, 19th, 28th of any month U r number 1....

If U were born on the 2nd, 11th, 20th, 29th of any month then U r number 2...

If U were born on the 3rd, 12th, 21st, 30th of any month then U r number 3...

If U were born on the 4th, 13th, 22nd, 31st of any month then U r number 4...

If U were born on the 5th, 14th, 23rd of any month then U r number 5...

If U were born on the 6th, 15th, 24th of any month then U r number 6...

If U were born on the 7th, 16th, 25th of any month then U r number 7...

If U were born on the 8th,17th,26th of any month then U r number 8...

If U were born on the 9th,18th,27th of any month then U r number 9...


Penstrukturan Gaji Baru, SBPA, Penjawat Awam dan Macam Macam!


PUTRAJAYA 11 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST).


Pelaksanaan SST, kata beliau, adalah berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Antara perubahan di bawah SST, kata Perdana Menteri adalah persetujuan kerajaan semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kali berkuat kuasa 1 Januari lalu. 

Selanjutnya DI SINI.

Asalnya semasa pengumuman ini dibuat, ramai orang marah. Malah aku pun termasuk dalam golongan orang orang yang mengamuk sakan. Beberapa minggu sebelum itu, kita semua dimomok momokkan dengan pelbagai jenis kenaikan hasil kajian kajian yang telah dilakukan terdahulu kononnya. Namun, akhirnya, ia seolah olah pertemuan antara PM dengan warga ATM dan PDRM apabila skim mereka yang menerima segala macam kenaikan dan pembaharuan.

Ia seolah olah mempunyai hubung kait dan signifikan dengan Tragedi Lahad Datu yang berlaku sekarang ini. Maka keluarlah kenyataan kenyataan pedas daripada mereka yang bukan dari skim tersebut yang mula mengugut Najib agar nanti harap saja lah undi daripada pihak beruniform ini. Kita akui pengorbanan mereka diperbatasan, namun itu bukan alasan untuk menidakkan lain lain perkhidmatan yang turut menyumbang kepada kemakmuran dan kestabilan landskap pentadbiran negara. 

Bukan sikit sikit amarah yang keluar dan kata kata makian yang terbit. Jenuh juga hendak mendamaikan mereka disaat hati sendiri pun bagai dipiat piat. Itu cerita semalam, disaat otak gagal berfungsi ekoran kurangnya pengumuman yang bersifat nilaian RM yang besar oleh PM. 

Namun setelah hati sedikit reda, maka berita hari ini merungkai kan betapa banyaknya benefit yang diberikan kepada para penjawat awam melalui penstrukturan semula ini. Terutama untuk jangka masa panjang. Mereka yang sudah menerima gaji mati, kita sudah mula tersenyum bila tiap tiap tahun akan ada kenaikkan. Itu secara tidak langsung merupakan satu bentuk motivasi kepada mereka.

Selain itu, para penjawat awam juga menerima kenaikkan gaji tahunan lebih awal bagi tahun ini apa bila ia diselaraskan pada Julai 2013 nanti. Kakitangan kontrak yang disambung kontrak mereka, patut ada mekanisme untuk serapkan mereka ke jawatan tetap kerana keperluan itu ada. Omar Osman, sila fikir.

Gred 1 - 10 yang dinaikkan taraf setaraf dengan kelayakan masuk PMR. Sekurang kurangnya kita dalam usaha yang tepat ke arah memperkasakan Perkhidmatan awam. Kenaikan pangkat berasaskan Time Base dipendekkan lagi 2 tahun, kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi. Cuma ia perlu diperhalusi, memang dalam jangka masa pendek ia seperti tidak menjanjikan apa apa dalam pengumuman semalam, namun long term ia sangat sangat berfaedah. 

Kerajaan pun bijak, mereka beri janji dan imbuhan jangka masa panjang, maka dalam lah mereka lebih masa untuk cari lebih dana dalam menjayakan janji janji tersebut. kalau beri sekali gus, mahu bankrup negara. ini lah yang disebut sebagai perbelanjaan terancang dan berhemah. Skills of Management beb.

Cuma yang masih tak boleh nak blah ialah, kajian masih perlu dilakukan kepada lebih 80 jenis elaun, dan lebih 80 jenis skim untuk tujuan penambah baikkan, yang konon kononnya akan diumumkan selewat lewatnya November atau Disember hujung tahun ini. 

Puiiiii..dulu masa SBPA pun sama juga. Dibatalkan dan kemudian ditubuh Suruhanjaya Penilaian untuk melihat semula mekanisme pembentukkan dan penambahbaikkan. Dan dinyatakan akan diumumkan selewat lewatnya Mac 2012, ini udah Mac 2013 oiiiiii..dan janji lagi hingga hujung tahun. Bab yang ini membangkitkan semula rasa marah.

Sekian. Terima kasih!

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...