Assalamualaikum Tuan..
Kami tiada telefon canggih, jauh sekali hendak berinternet..segala berita kami hanya dengar melalui dada-dada akhbar dan perbualan mulut ke mulut rakan-rakan yang lain..
kami tidak tahu samada berita itu benar atau tidak..kami hanya mampu bertawakal padaNya..
Namun kami juga manusia biasa..perasaan cemas, takut, gusar, marah, geram, keliru bermain-main di kotak pemikiran kami..
ditambah pula bilamana anak-anak kami bertanyakan "betul ker ibu? ayah kena tembak ker ibu? bila ayah nak balik? adik nak cakap dengan ayah" Kami tidak tahu mana satu yang benar..
Kami hargai keprihatinan saudara/saudari mengemaskini situasi di Lahad Datu, terima kasih sangat-sangat kami ucapkan cuma..janganlah mendahului berita sebenar..
Tiapkali anda berbuat demikian, keselamatan suami kami yang sedang bahaya bertambah bahaya..
*Puan Habibah
Sungkai, Perak
p/s: permintaan isteri anggota keselamatan..aku sekadar memanjangkan
Ashamsuri : Ermm..sebelum ini pun aku pernah katakan kepada beberapa orang, mengapa isu ini mahu dipolemikkan dan diperdebatkan di media baru. Tanpa mengira dari fahaman mana sekali pun, ia sepatutnya ditanggani dengan bijak. Ini sampaikan gambar tentera naik Air Asiauntuk pergi ke Lahad datu pun masih diterbitkan Utusan Malaysia. Pergerakan anggota tentera tidak lagi menjdai satu rahsia, bukan kah itu akan memudahkan lagi pihak musuh menghidu dan mengetahui strategi keselamatan negara.
Aku pun pelik dengan pemikiran kita semua. Apa sahaja yang berbentuk aspek keselamatan, ia memerlukan tahap penjagaan rahsia yang tinggi. Bukan semua orang senang senang boleh ulas, senang senang boleh dedah.
Selain itu, gambar perajurit yang gugur, di sana sini bersepah sepah di pamerkan di dalam blog dan juga facebook. tidak kah kita ketahui atas dasar sensitiviti yang rendah itu, kita menguris hati mereka mereka yang telah ditinggalkan. Apa rasa isteri, keluarga malah anak anak kecil mereka yang kehilanggan orang orang yang mereka sayang, sedangkan kita saban hari mempropagandakan gambar gambar mereka atas dasar prihatin sedangkan semuanya mempunyai unsur ada udang disebalik batu.
No comments:
Post a Comment