Tuesday, March 12, 2013

Penstrukturan Gaji Baru, SBPA, Penjawat Awam dan Macam Macam!


PUTRAJAYA 11 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST).


Pelaksanaan SST, kata beliau, adalah berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Antara perubahan di bawah SST, kata Perdana Menteri adalah persetujuan kerajaan semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kali berkuat kuasa 1 Januari lalu. 

Selanjutnya DI SINI.

Asalnya semasa pengumuman ini dibuat, ramai orang marah. Malah aku pun termasuk dalam golongan orang orang yang mengamuk sakan. Beberapa minggu sebelum itu, kita semua dimomok momokkan dengan pelbagai jenis kenaikan hasil kajian kajian yang telah dilakukan terdahulu kononnya. Namun, akhirnya, ia seolah olah pertemuan antara PM dengan warga ATM dan PDRM apabila skim mereka yang menerima segala macam kenaikan dan pembaharuan.

Ia seolah olah mempunyai hubung kait dan signifikan dengan Tragedi Lahad Datu yang berlaku sekarang ini. Maka keluarlah kenyataan kenyataan pedas daripada mereka yang bukan dari skim tersebut yang mula mengugut Najib agar nanti harap saja lah undi daripada pihak beruniform ini. Kita akui pengorbanan mereka diperbatasan, namun itu bukan alasan untuk menidakkan lain lain perkhidmatan yang turut menyumbang kepada kemakmuran dan kestabilan landskap pentadbiran negara. 

Bukan sikit sikit amarah yang keluar dan kata kata makian yang terbit. Jenuh juga hendak mendamaikan mereka disaat hati sendiri pun bagai dipiat piat. Itu cerita semalam, disaat otak gagal berfungsi ekoran kurangnya pengumuman yang bersifat nilaian RM yang besar oleh PM. 

Namun setelah hati sedikit reda, maka berita hari ini merungkai kan betapa banyaknya benefit yang diberikan kepada para penjawat awam melalui penstrukturan semula ini. Terutama untuk jangka masa panjang. Mereka yang sudah menerima gaji mati, kita sudah mula tersenyum bila tiap tiap tahun akan ada kenaikkan. Itu secara tidak langsung merupakan satu bentuk motivasi kepada mereka.

Selain itu, para penjawat awam juga menerima kenaikkan gaji tahunan lebih awal bagi tahun ini apa bila ia diselaraskan pada Julai 2013 nanti. Kakitangan kontrak yang disambung kontrak mereka, patut ada mekanisme untuk serapkan mereka ke jawatan tetap kerana keperluan itu ada. Omar Osman, sila fikir.

Gred 1 - 10 yang dinaikkan taraf setaraf dengan kelayakan masuk PMR. Sekurang kurangnya kita dalam usaha yang tepat ke arah memperkasakan Perkhidmatan awam. Kenaikan pangkat berasaskan Time Base dipendekkan lagi 2 tahun, kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi. Cuma ia perlu diperhalusi, memang dalam jangka masa pendek ia seperti tidak menjanjikan apa apa dalam pengumuman semalam, namun long term ia sangat sangat berfaedah. 

Kerajaan pun bijak, mereka beri janji dan imbuhan jangka masa panjang, maka dalam lah mereka lebih masa untuk cari lebih dana dalam menjayakan janji janji tersebut. kalau beri sekali gus, mahu bankrup negara. ini lah yang disebut sebagai perbelanjaan terancang dan berhemah. Skills of Management beb.

Cuma yang masih tak boleh nak blah ialah, kajian masih perlu dilakukan kepada lebih 80 jenis elaun, dan lebih 80 jenis skim untuk tujuan penambah baikkan, yang konon kononnya akan diumumkan selewat lewatnya November atau Disember hujung tahun ini. 

Puiiiii..dulu masa SBPA pun sama juga. Dibatalkan dan kemudian ditubuh Suruhanjaya Penilaian untuk melihat semula mekanisme pembentukkan dan penambahbaikkan. Dan dinyatakan akan diumumkan selewat lewatnya Mac 2012, ini udah Mac 2013 oiiiiii..dan janji lagi hingga hujung tahun. Bab yang ini membangkitkan semula rasa marah.

Sekian. Terima kasih!

No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...