Tuesday, September 3, 2013

Bung Moktar Naik Minyak, Berminyak - Minyak Zizie Beb!

Pengurangan subsidi yang dilaksanakan oleh kerajaan sudah cukup untuk membuatkan rakyat hangin kerana bab 'pengurangan' subsidi tu mereka tak nampak. Yang mereka ( rakyat ) nampak hanya lah bab time isi minyak kereta, rate sudah naik. Dalam erti kata lain, minyak sudah mahal. Bila minyak mahal, ia akan merebak rebak kepada lain - lain barang untuk turut jadi mahal.

Di Malaysia ni, bila umum aje minyak naik, atau naik gaji ( terutama untuk perkhidmatan awam ) atau pun pemberian bonus, maka itu lesen besar kepada pengusaha - pengusaha niaga menaikkan apa - apa aje harga barangan sehingga rakyat boleh naik hantu dibuatnya.

Kita memang boleh beri penjelasan, kononnya polemik di Timur Tengah sedikit sebanyak mendorong harga minyak mentah dunia, lepas tu kita juga boleh cakap bab price revise serta langkah pengurangan subsidi negara. Nak cantik lagi kita pun cakap lah menjelang 2020, dalam usaha menjadi negara maju, dan hasrat mencapai negara berpendapatan tinggi, maka ia merupakan langkah pertama ke arah usaha tersebut. 

Tapi, agak agak orang orang kampung nak dengar ke semua ni? Adik adik yang baru nak belajar hidup, memulakan karier dengan gaji yang lebih rendah hendak ambil tahu ke masalah masalah tersebut? Kawan kawan yang bekerja di sektor perkilangan contohnya, majikan majikan mereka tak ambil pusing pun hal ni. Dan ia terus terusan akan menekan taraf sosio ekonomi peerja sektor perkilangan. 

Dan paling teruk bila dapat penjelasan seperti dalam teks TWEET di atas. Adoiiiii laaaa Bung Moktar oiii..Macam ni punya mentaliti pun dapat jadi Pengerusi FELCRA ma..


No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...