Ketua Pemuda Ipoh Barat ini terkenal dengan suara lantangnya membela bangsa Melayu ini bukanlah hanya mula bekerja ketika musim pemilihan sahaja tidak seperti calon kosmetik lain yang hanya muncul ketika musim pemilihan. Beliau sudah bekerja sejak 4 5 tahun dulu lagi diperingkat negeri Perak terutamanya.
Tidak dapat tidak disangkal lagi peranan dan kerja kuat beliau membantu jentera negeri Perak terutama Pemuda untuk menawan kembali negeri Perak dari tangan kotor Pakatan Rakyat. Akhirnya, BN dan UMNO berjaya menawan kembali Perak dan menjaya mendirikan kerajaan.
Kini beliau menawarkan dirinya untuk bertanding menjadi exco Pemuda untuk menaburkan bakti dan keringat di peringkat nasional. Hasrat murni beliau telah mendapat sokongan daripada kesemua 24 Bahagian Pemuda dalam Perak. Malah, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry juga merestui hasrat beliau untuk bertanding.
Nah! Mahu dikatakan apa lagi mengenai individu bernama Putra ini. Berilah beliau peluang untuk berbakti melalui sayap Pemuda yang mungkin sebelum ini kelihatan lesu dan tidak bermaya.
Sumber : Kulaan Niring
Steady bro..Selamat Maju Jaya..
No comments:
Post a Comment