Sunday, May 18, 2014

Dyana Sofea - Signifikan Selaku Calon DAP!

Banyak yg diperkatakan dengan pencalunan Dyana untuk mewakili DAP dalam PKR Teluk Intan. Tidak kurang juga yg tangan gatal menyebarkan gambar2 yg pada saya hanya menaikkan imej beliau.

Sekiranya di tanya wajarkah seorang yg berpendidikan UITM menyimpang ke DAP?. Jawapan saya, sudah tentu tidak. Tapi itu bukan topik article saya hari ni. Mungkin saya akan beri pandangan nanti.

Sebenarnya saya melihat pencalonan Dyana bagi pihak DAP ini dalam erti kata yg luas lagi. Dengan pencalonan Dyana ini jelas menunjukkan usaha DAP utk memberi mereka nafas baru. Mereka bersungguh2 cuba untuk MEREMAJAKAN DAN MEMELAYUKAN DAP.

Dyana berumur 26 tahun, law Graduate, perempuan muda, bertanding dlm tiket DAP di kawasan tradisi DAP. What does that tell us?



Jelas ini utk menjadikan Dyana ikon utk golongan muda, Melayu mendekati DAP. Samada Dyana hanya menjadi 'umpan', itu cerita lain.

Pada saya ini adalah perkembangan yg MESTI diteliti oleh Pimpinan UMNO dan BN jika mahu terus kekal relevan. Diberitakan PRU14 adalah medan pertempuran pengundi muda. Persoalannya adakah BN atau UMNO sudah mulakan gerakan utk terus relevan terhadap golongan muda? Terhadap PRU 14, 15 dan seterusnya?

Saya ambil contoh apa yg berlaku di Terengganu. Saya tidak mahu ungkit salah siapa. Tapi apa yg penting kita kena analisa impak dari apa yg berlaku. Jelas menunjukkan sebahagian pemimpin terlalu beso kepala; lebih mementingkan diri sendiri... tanpa disedari mengundang perasaan MELUAT RAKYAT.

Teringat kata kata Mel Gilson dalam movie Braveheart; "You think the people of this country exist to provide you with position. I think your position exists to provide those people with freedom (properities)....

Adakah kononnya dgn berjuang 17 tahun (tua lah tu) memberi tiket utk berbuat apa saja?. Kalau semua org berfikiran "Aku sudah lama berjuang, jadi aku yg paling layak". 

Kalau semua macam nie... sure hancussss...Sedangkan org lain sudah jauh berfikiran ke depan.

Pru14 medan pengundi muda menentukan kerajaan....BN/UMNO perlu ambil perhatian...

Sent from Samsung Mobile

No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...