Friday, May 2, 2014

JANGAN PISAHKAN PASANGAN PENJAWAT AWAM

Bernama
29/10/2010
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kerajaan diminta agar tidak memisahkan tempat bekerja mana-mana penjawat awam yang sudah berkeluarga bagi memastikan ia tidak memberi sebarang tekanan kepada mereka.

Beberapa anggota Parlimen penyokong kerajaan Rabu sependapat bahawa tindakan memisahkan pasangan yang sudah berkahwin, walaupun disebabkan kenaikan pangkat, bukan sahaja menyebabkan kenaikan kos sara hidup mereka, malah mungkin menimbulkan masalah sosial lain.

Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) yang membangkitkan perkara itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang-Perbekalan 2011 (Bajet 2011), di Dewan Rakyat berpendapat penjawat awam yang sudah berkeluarga sepatutnya diberi keutamaan memilih lokasi di mana mereka mahu tinggal dan bekerja.

"Kita tidak boleh pisahkan mereka...ini akan sukarkan soal kasih sayang, penjagaan anak dan keselamatan mereka," katanya.Beliau menggesa kerajaan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap permohonan penjawat awam yang sudah berkeluarga, dan bertugas jauh daripada keluarga, untuk berpindah bagi membolehkan mereka bersama keluarga.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mencelah perbahasan Mohd Jidin itu berpendapat, faktor berjauhan daripada keluarga boleh menyumbang kepada kekurangan produktiviti penjawat awam, selain perlu menampung kos hidup yang lebih tinggi.

"Kalau suaminya di Sabah, si isteri di Johor Bharu, perbelanjaan mereka akan tinggi kerana terpaksa menanggung dua rumah dan sebagainya."Jadi, kalau ditempatkan berhampiran, mereka boleh duduk di sebuah rumah dan dengan itu, saya percaya produktiviti mereka akan meningkat," katanya.

Datuk Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) pula bertanya sama ada penempatan yang berbeza itu menyumbang kepada masalah sosial, khususnya penceraian yang semakin meningkat pada masa ini.Mohd Jidin berkata faktor kejauhan mampu menjadi masalah besar kepada pasangan yang sudah berkahwin dan boleh menggugat keharmonian rumah tangga.

Beliau berkata adalah wajar kerajaan mempertimbangkan perkara itu bagi memastikan penjawat awam lebih berdaya maju.Persidangan dewan bersambung esok.-- BERNAMA

Sent From Samsung Mobile

No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...