Saturday, November 29, 2014

Kerusi Lebih? Syed Ali Alhabshee Selar Sharizat!

KUALA LUMPUR: Ketika Presiden Umno menggesa ahli parti agar bersatu pada Perhimpunan Agung Umno, seorang Ketua Umno Bahagian melahirkan rasa kurang senangnya terhadap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Pada Jumaat, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dalam satu temubual bersama, Astro Awani telah menggesa Shahrizat meletakkan jawatan sebagai ketua sayap wanita Umno.

"Shahrizat harus melihat diri sendiri, kerana ada individu lain yang inginkan jawatan yang dipegangnya. Adalah tidk adil untuk beliau (Shahrizat) meminta jawatan Naib Presiden diberikan kepada sayap wanita.

"Dia mempunyai liabiliti. Maka, jalan terbaik adalah dengan meletakkan jawatan, isu ini akan berakhir," katanya kepada Astro Awani di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.

Sementara itu di blog peribadinya, Syed Ali menggesa Wanita Umno agar bersikap lebih realistik dan meletakkan agenda rakyat dihadapan berbanding mendesak agar mereka diberikan peranan yang lebih besar dalam parti.

Beliau berkata persoalan untuk memberikan jawatan penting diperingkat tertinggi kepimpinan parti tidak wajar menjadi perkara utama.

"Wanita Umno tidak harus menyatakan hasrat mereka. Ia ibarat memberikan tekanan dan menggesa presiden parti."

"Adalah lebih baik mereka yang membebankan parti keluar dan meninggalkan parti, termasuk mereka dalam Wanita Umno," katanya di blog peribadi beliau.

Sebelum ini, Syed pernah mempertikaikan cadangan agar kerusi Naib Presiden ditambah hanya kerana 89 peratus menyokong atau 171 daripada 192 bahagian menyokong Wanita Umno Bahagian seluruh negara.

"Cadangan tersebut hanya datang daripada mereka dan ia tidak dipersetujui oleh majoriti ahli parti."

"Mengapa anda perlu meminta pucuk pimpinan agar mempertimbangkan satu kerusi tambahan untuk Wanita Umno kerana ia akan hanya dipertandingkan dikalangan bagi sayap Wanita Umno sahaja.

"Jika anda meminta kerusi tambahan, ia akan menyebabkan parti terpaksa 'menyediakan' satu kerusi hanya untuk sayap Wanita. Saya menolak tanggapan Umno kejam dan tidak menghargai peranan wanita sebagai tulang belakang parti.

"Ya,...memang pada ketika ini tiada pemimpin wanita yang menjadi menteri penuh. Namun ahli sayap wanita perlu menanyakan soalan tersebut kepada Ketua Wanita Umno mengapa perkara sedimikian berlaku," ujar Syed Ali.

Ini bukan kali pertama Syed Ali mempersoalkan keupayaan Shahrizat memimpin sayap wanita dan beliau juga pernah menggesa bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meletakka jawatan dalam beberapa majlis kira-kira dua tahun lalu.

Sumber : MStar

Sent from my phone

Tuesday, November 25, 2014

Nasihat Tun M Sempena PAU 2014

NASIHAT TUN MAHATHIR KPD PERWAKILAN DAN PEMBAHAS PAU

1. Perutusan ini ditulis kerana saya tidak dapat hadir di Mesyuarat Agong UMNO kerana berada di luar negara. Tetapi kerana saya kurang sihat untik keluar negara, saya mungkin hadir Insya'allah! Walaubagaimanapun saya ingin membuat kenyataan ini juga.

2. Sebagai orang tua, dan orang tua UMNO pula, izinkanlah saya memberi sedikit pandangan.

3. Semua tahu UMNO sekarang tidak popular seperti UMNO dahulu. Ada yang berkata UMNO tidak lagi relevan.

4. Sedikit sebanyak pandangan ini berasas. Jika UMNO dikalahkan dan hilang dari muka bumi, kepimpinan dan ahli UMNO tidak boleh nafi sumbangan mereka kepada kejatuhan parti yang begitu berjasa kepada Melayu dan negara Malaysia.


5. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh pemimpin dan ahli UMNO?

6. Pada pandangan saya, yang pertama ialah kerana menganggap UMNO sebagai batu loncatan untuk perkaya diri sendiri.

7. UMNO hanya menerima ahli baru yang tidak mengancam kedudukan pemimpin yang sedia ada di semua peringkat.

8. Cawangan tidak terima sesiapa yang berkebolehan mencabar Ketua Cawangan. Ini adalah oleh kerana ada habuan bagi Ketua Cawangan.

9. Oleh itu yang dapat masuk UMNO hanyalah orang Melayu yang kurang berbakat daripada Ketua Cawangan. Apabila Ketua Cawangan meninggal, penggantinya ialah orang yang lebih lemah daripadanya.


10. Pengganti pun demikian. Hanya yang tidak punyai kebolehan yang lebih daripadanya sahaja yang diterima. Apabila dia kembali ke rahmatullah, yang mengganti lebih lagi lemah.

11. Dan seterusnya. Kepimpinan di peringkat cawangan dan bahagian semakin lama semakin lemah dan tidak berupaya memimpin. Sebab itulah apabila ditanya siapa yang akan jadi Menteri Besar Selangor jika Barisan Nasional menang, tidak ada jawapan. Walhal Selangor penuh sesak dengan Melayu yang terpelajar, berbakat, sudah kaya dan tidak perlu memperalatkan UMNO untuk perkaya diri sendiri. Mereka ini tidak boleh masuk UMNO. Yang sedikit yang dapat masuk akan disekat kenaikan sebagai pemimpin.

12. Budaya war lord (kepala perang) sudah meresap kedalam UMNO. "UMNO saya punya." " Bahagian ini saya punya."

13. Kerana kecewa ada yang berbakat dan berjiwa UMNO menyertai parti lain. Maka akan merosotlah UMNO dan akan hilanglah parti keramat ini.

14. Yang kedua ingin saya tekan akan pentingnya menegur pemimpin. Tunku, Tun Razak, Tun Hussein bukan sahaja ditegur bahkan dicabar. Saya diserang dan hampir kalah dalam pertandingan.

15. Tanpa teguran pemimpin akan percaya segala yang dilakukan olehnya betul belaka. Tetapi sebenarnya ada yang dilakukan olehnya salah dan tidak baik.

16. Saya dinasihat supaya tidak membuat teguran terbuka. Sebenarnya sudah saya tegur secara tertutup berkali-kali, terutama berkenaan masalah Bumiputra dan UMNO. Tetapi tidak berkesan. Teguran secara terbuka terpaksalah dibuat.

17. Harapan orang Melayu ialah wakil-wakil ke Perhimpunan UMNO akan buat teguran terhadap beberapa perkara yang hangat dibincang ramai sekarang.

18. Pemimpin pula perlu dengar teguran ini dan ambil berat pandangan wakil. Janganlah selalu mendengar orang tertentu yang dikeliling kita sahaja. Yang mengeliling orang yang berkuasa tidak baik bagi mereka.

19. Orang Melayu mungkin tidak pandai seperti pakar-pakar rujuk, tetapi saya percaya orang Melayu tidak bodoh. Mereka yang membangunkan negara dari sebuah negara miskin kepada negara yang memberi banyak nikmat kepada semua.

Dr Mahathir Bin Mohamed


Sent from Samsung Mobile

Thursday, November 13, 2014

RM6 JUTA BEBASKAN MANGSA CULIK! BERBALOIKAH?

Alangkah dangkalnya pemikiran pembangkang yang mahu pihak Kerajaan membayar RM6 juta bagi membebaskan dua rakyat negara ini yang menjadi tebusan di Selatan Filipina.

Sekiranya kerajaan melayan tuntutan bayaran itu, pelbagai kemungkinan akan berlaku pada masa hadapan.

Pertama, lebih banyak kejadian penculihan akan berlaku di Sabah selepas ini, termasuk kemungkinan dirancang sendiri oleh individu yang merelakan dirinya diculik.

Kedua, penculikan juga boleh berlaku di mana-mana, bukan sahaja di perairan Pantai Timur Sabah. Ianya boleh berlaku di Pantai Barat Sabah, Kuching, Kuala Terengganu, Cameron Highland, Pulau Pangkor malah di ibukota Kuala Lumpur.

Penculik juga tidak terhad di kalangan puak-puak tertentu di Selatan Filipina, tetapi juga terdiri daripada semua kaum, dan semua bangsa di dunia.

Warga Afrika yang berkeliaran tanpa haluan di ibu kota Kuala Lumpur boleh bertukar profesyen menjadi penculik, dengan anggapan kerajaan mempunyai dana yang begitu besar untuk membebaskan mangsa culik!

Tumpuan penjenayah bukan lagi kepada waris mangsa culik, tetapi lebih kepada kerajaan dengan mengemukakan jumlah tuntutan yang tak masuk akal.

Apakah kerajaan bersedia untuk melunaskan setiap tuntutan yang pastinya menjangkau jutaan ringgit bagi menyelamatkan seorang mangsa culik?

Maka tepatlah pendirian kerajaan seperti dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk tidak melayan tuntutan bayaran RM6 juta untuk membebaskan dua mangsa culik di Selatan Filipina, termasuk seorang pegawai polis.

Aktiviti pemerdagangan mangsa culik ini tidak lagi perlu dilayan, kerana jika dilayan, ianya akan menjadi barah dalam sistem keselamatan negara.

Untuk popular jangka pendek, eloklah pembangkang mencadangkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng atau Menteri Besar Selangor, Azmin Ali masing-masing mengeluarkan dana RM3 juta untuk membebaskan kedua-dua mangsa culik di Selatan Filipina itu.

Selepas popular, kita lihat apa yang bakal berlaku pula di Georgetown, Bukit Bendera, Jelutong, Damansara, Seputih, Semenyih atau di Pulau Carey.

Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor pasti akan merangka bajet khas setiap tahun untuk membebaskan mangsa culik, yang pastinya bajet itu datangnya daripada wang rakyat.

Cubalah.

Sumber : Wangsa Setia


Tuesday, November 11, 2014

Janji NOH!

Ini bukan kali pertama dengar janji Noh Omar dan para pemimpin UMNO Selangor. Sebaik-baik sahaja Noh Omar berjaya menyingkirkan Zain Mohamad sebagi Penyelaras Barisan Nasional Selangor dan meletakkan Zein Isma, salah seorang mentadak kaki kudung sebagai Penyelaras baru, Noh menjanjikan 'satu pembaharuan dan kelainan' akan dibuat oleh UMNO dan Barisan Nasional Selangor dalam usaha untuk merampas negeri itu dari tangan Pakatan Rakyat.

Namun setelah setahun, tiada apa-apa yang baru, sebaliknya ahli-ahli UMNO sendiri melihat lebih banyak pembaziran masa, lebih banyak sikap goyang kaki dan tangan serta perebutan projek untuk mengkayakan diri sendiri serta kroni. Para pemimpin UMNO Selangor yang 'baru dipilih' juga tidak lebih baik daripada barisan sebelumnya, bahkan lebih teruk dengan UMNO Selangor berpecah belah di sana sini.

Sebarang teguran kepada UMNO Selangor, dianggap sebagai satu pengkhianatan dan permusuhan, menjadikan sebahagian besar bekas pemimpin lama dan golongan baru tawar hati dengan UMNO Selangor di bawah Noh Omar.

Ada yang memberikan cadangan, daripada mengkritik, lebih baik memberikan bantuan kepada UMNO Selangor.

Sama ada mereka jenis yang pekak tuli atau sengaja mahu memberikan cerita fantasi kepada Noh Omar, yang pasti mereka sengaja cuba menutup cerita sebenar apa yang sedang berlaku di dalam UMNO Selangor.

Seharusnya, cabaran dan tawaran sebegitu tidak dibuat. Ini adalah kerana pembahagian-pembahagian kerja sebegitu, terutama dalam menarik pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong baru Barisan Nasional telah dikonsensikan kepada kaum kroni para pemimpin UMNO-BN. Tak perlulah bercerita tentang menolong UMNO dan Barisan Nasional Selangor kerana bantuan-bantuan tersebut sememangnya tidak diperlukan.

Semuanya serba lengkap dan serba ada di dalam UMNO Selangor. Yang tidak ada cuma MAHU BEKERJA dan MAHU MENANG.

Sekarang, Noh Omar berjanji lagi. Noh Omar cerita lagi tentang betapa fahamnya para pemimpin UMNO Selangor dengan teguran Najib Abdul Razak. Tetapi setakat itu sahajalah. Dan percayalah, sama seperti JABATAN IMIGRESEN yang bekerja ikut musim, UMNO Selangor juga tidak akan panas sampai ke petang!

Kalau para pemimpin UMNO yang ada sekarang, terus dikekalkan, dan segala macam peruntukan turun ke Selangor, selagi itulah, mereka akan terus bergoyang kaki dan mahukan kekalahan kerana peruntukan-peruntukan tersebut akan terus turun menerusi Ketua Bahagian.

Tengok sahajalah apa yang berlaku di UMNO BAHAGIAN SUBANG... Perhatikanlah bagaimana mereka sekarang sedang menggelupur apabila sudah ada yang mempertikaikan ke mana hilang peruntukan membantu peniaga dan penjaja dengan berpusing-pusing menyalahkan orang lain dan menimbulkan isu-isu remeh yang cuba menutup isu sebenar penyelewengan peruntukan berkenaan! 
 

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...