Thursday, November 13, 2014

RM6 JUTA BEBASKAN MANGSA CULIK! BERBALOIKAH?

Alangkah dangkalnya pemikiran pembangkang yang mahu pihak Kerajaan membayar RM6 juta bagi membebaskan dua rakyat negara ini yang menjadi tebusan di Selatan Filipina.

Sekiranya kerajaan melayan tuntutan bayaran itu, pelbagai kemungkinan akan berlaku pada masa hadapan.

Pertama, lebih banyak kejadian penculihan akan berlaku di Sabah selepas ini, termasuk kemungkinan dirancang sendiri oleh individu yang merelakan dirinya diculik.

Kedua, penculikan juga boleh berlaku di mana-mana, bukan sahaja di perairan Pantai Timur Sabah. Ianya boleh berlaku di Pantai Barat Sabah, Kuching, Kuala Terengganu, Cameron Highland, Pulau Pangkor malah di ibukota Kuala Lumpur.

Penculik juga tidak terhad di kalangan puak-puak tertentu di Selatan Filipina, tetapi juga terdiri daripada semua kaum, dan semua bangsa di dunia.

Warga Afrika yang berkeliaran tanpa haluan di ibu kota Kuala Lumpur boleh bertukar profesyen menjadi penculik, dengan anggapan kerajaan mempunyai dana yang begitu besar untuk membebaskan mangsa culik!

Tumpuan penjenayah bukan lagi kepada waris mangsa culik, tetapi lebih kepada kerajaan dengan mengemukakan jumlah tuntutan yang tak masuk akal.

Apakah kerajaan bersedia untuk melunaskan setiap tuntutan yang pastinya menjangkau jutaan ringgit bagi menyelamatkan seorang mangsa culik?

Maka tepatlah pendirian kerajaan seperti dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk tidak melayan tuntutan bayaran RM6 juta untuk membebaskan dua mangsa culik di Selatan Filipina, termasuk seorang pegawai polis.

Aktiviti pemerdagangan mangsa culik ini tidak lagi perlu dilayan, kerana jika dilayan, ianya akan menjadi barah dalam sistem keselamatan negara.

Untuk popular jangka pendek, eloklah pembangkang mencadangkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng atau Menteri Besar Selangor, Azmin Ali masing-masing mengeluarkan dana RM3 juta untuk membebaskan kedua-dua mangsa culik di Selatan Filipina itu.

Selepas popular, kita lihat apa yang bakal berlaku pula di Georgetown, Bukit Bendera, Jelutong, Damansara, Seputih, Semenyih atau di Pulau Carey.

Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor pasti akan merangka bajet khas setiap tahun untuk membebaskan mangsa culik, yang pastinya bajet itu datangnya daripada wang rakyat.

Cubalah.

Sumber : Wangsa Setia


1 comment:

Anonymous said...

Jadi, adakah kita biarkan sahaja mangsa culik ini dipenggal kepalanya? Salah seorang daripada mangsa culik ialah anggota polis sendiri......jika tidak, apakah yang perlu dilakukan untuk membebaskan mangsa culik ini? Sekarang sudah hampir 5 bulan...

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...