Ini bukan kali pertama dengar janji Noh Omar dan para pemimpin UMNO
Selangor. Sebaik-baik sahaja Noh Omar berjaya menyingkirkan Zain Mohamad
sebagi Penyelaras Barisan Nasional Selangor dan meletakkan Zein Isma,
salah seorang mentadak kaki kudung sebagai Penyelaras baru, Noh
menjanjikan 'satu pembaharuan dan kelainan' akan dibuat oleh UMNO
dan Barisan Nasional Selangor dalam usaha untuk merampas negeri
itu dari tangan Pakatan Rakyat.
Namun setelah setahun, tiada apa-apa yang baru, sebaliknya ahli-ahli UMNO sendiri melihat lebih banyak pembaziran masa, lebih banyak sikap goyang kaki dan tangan serta perebutan projek untuk mengkayakan diri sendiri serta kroni. Para pemimpin UMNO Selangor yang 'baru dipilih' juga tidak lebih baik daripada barisan sebelumnya, bahkan lebih teruk dengan UMNO Selangor berpecah belah di sana sini.
Sebarang teguran kepada UMNO Selangor, dianggap sebagai satu pengkhianatan dan permusuhan, menjadikan sebahagian besar bekas pemimpin lama dan golongan baru tawar hati dengan UMNO Selangor di bawah Noh Omar.
Ada yang memberikan cadangan, daripada mengkritik, lebih baik memberikan bantuan kepada UMNO Selangor.
Sama ada mereka jenis yang pekak tuli atau sengaja mahu memberikan cerita fantasi kepada Noh Omar, yang pasti mereka sengaja cuba menutup cerita sebenar apa yang sedang berlaku di dalam UMNO Selangor.
Seharusnya, cabaran dan tawaran sebegitu tidak dibuat. Ini adalah kerana pembahagian-pembahagian kerja sebegitu, terutama dalam menarik pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong baru Barisan Nasional telah dikonsensikan kepada kaum kroni para pemimpin UMNO-BN. Tak perlulah bercerita tentang menolong UMNO dan Barisan Nasional Selangor kerana bantuan-bantuan tersebut sememangnya tidak diperlukan.
Semuanya serba lengkap dan serba ada di dalam UMNO Selangor. Yang tidak ada cuma MAHU BEKERJA dan MAHU MENANG.
Sekarang, Noh Omar berjanji lagi. Noh Omar cerita lagi tentang betapa fahamnya para pemimpin UMNO Selangor dengan teguran Najib Abdul Razak. Tetapi setakat itu sahajalah. Dan percayalah, sama seperti JABATAN IMIGRESEN yang bekerja ikut musim, UMNO Selangor juga tidak akan panas sampai ke petang!
Kalau para pemimpin UMNO yang ada sekarang, terus dikekalkan, dan segala macam peruntukan turun ke Selangor, selagi itulah, mereka akan terus bergoyang kaki dan mahukan kekalahan kerana peruntukan-peruntukan tersebut akan terus turun menerusi Ketua Bahagian.
Tengok sahajalah apa yang berlaku di UMNO BAHAGIAN SUBANG... Perhatikanlah bagaimana mereka sekarang sedang menggelupur apabila sudah ada yang mempertikaikan ke mana hilang peruntukan membantu peniaga dan penjaja dengan berpusing-pusing menyalahkan orang lain dan menimbulkan isu-isu remeh yang cuba menutup isu sebenar penyelewengan peruntukan berkenaan!

Sumber : Selangor Chronicle
No comments:
Post a Comment