Thursday, December 13, 2018
Tun M Negarawan Yang Tiada Tandingnya
Wednesday, August 22, 2018
Tazkirah AidilAdha
Thursday, July 26, 2018
Signifikankah Penubuhan Majlis Penasihat Ekonomi?
Monday, July 16, 2018
Keluar Dewan, Baik Tulis Facebook Je!
Monday, July 9, 2018
Penutupan Sekolah Tahfiz Idea Gila!
Wednesday, May 30, 2018
BN Tewas, Ku Li Perlu Jadi Presiden
PH menang bukan kerana Tun. Untuk pertama kali saya bersetuju dgn Rafizi yang Tun bukanlah semata – mata factor utama kemenangan PH. Tun hanya opportunis yang segera berada di dalam PH bila dia lebih awal merasa atmosfera penolakan rakyat kepada BN. Ini berdasarkan pengalaman beliau selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, maka deria rasa beliau tajam dan peka kepada perubahan sekeliling. Kelebihan Tun ialah sentiasa pandai menempatkan diri di saat dan waktu yg betul untuk kekal hero.
PH menang juga bukan kerana mereka lebih baik daripada BN, kerana line up mereka hampir2 sama spt yg sudah2, tetapi mereka menang kerana dinilai sebagai alternatif kepada BN yang rakyat sifatkan sudah tidak lagi releven dalam mentadbir negara. Rakyat disajikan dengan pelbagai kelemahan sistem tadbir urus BN di setiap hari melalui media baru.
PAS bukan alternatif terbaik untuk mengantikan BN walaupun PAS sendiri sudah mula meletakkan calon2 bukan melayu sebagai calon mereka. Pengundi cina tetap tidak akan memilih PAS sebagai ganti BN. PAS kekal dengan sasaran mereka untuk kekal di Kelantan, rampas Terengganu dan hampir hampir berjaya di Kedah. PAS juga tidak gagal walaupun mereka hanya menawan 18 kerusi Parlimen keseluruhan. Yang total gagal ialah BN.
BN tewas kerana beberapa faktor. GST misalnya, sebab harga barang naik tetapi Menteri Menteri BN bagi jawapan yang merapu rapu. Malah sesi road tour penerangan GST yang BN dan UMNO lakukan diseluruh Negara, kekal mengatakan barang tidak naik dengan pengenalan GST tetapi akan lebih menguntungkan rakyat apabila ianya dipulangkan semula dalam bentuk pembangunan dan BRIM kepad rakyat.
Anak muda di bandar tak mahu dengar alasan tersebut. Pada mereka, urusan membangunkan Negara itu merupakan urusan mana mana parti pun yang memerintah. Apa yang mereka tahu, GST telah menaikkan harga barang dan ianya langsung tepat kearah mereka. Mereka menanggung secara langsung kesan GST tersebut.
Faktor kedua ialah kelemahan jentera pelapor BN sendiri. BN mempunyai segala agen propaganda sama ada melalui media elektonik mahupun media cetak. Malahan mampu menyediakan agen2 media baru. Selain itu, BN juga mempunya saluran2 SB, MIO, KEMAS, JASA, BTN, SERANTA dan macam – macam lagi. Namun keberkesanan setiap satu daripada mereka boleh dipertikaikan. Malahan, sebahagian daripada pengendali jentera2 ini juga sibuk melobi diri untuk menjai calon menjadikan fokus utama pelaporan mereka tidak lagi tulen malahan sudah mula menjadi alat pelobi diri. Malahan KP JASA sendiri keluar parti bila tidak dapat jadi calon hahaha.. Sejujurnya, semua agen2 di atas tidak optimum dalam pelaporan. As Human Being, banyak juga yang berat sebelah. Malahan, JASA sendiri dalam setahun terakhir, dapat kita lihat halatuju ceramah, kempen atau main media mereka, 110% tugasnya ialah memburuk burukkan dan menghentam Tun Dr Mahathir, seorang negarawan yang dulunya bersama – sama BN. Ini strategi yang silap.
Faktor lain ialah wujudnya cah keting dalam Jentera BN itu sendiri terutama UMNO. Bab ini, tak payah ulas panjang lah sebab memang ini script dan terjemahan yang sama setiap kali PRU termasuk lah kadar siap siaga jentera Bahagian yang suam – suam kuku je. Dana2 yang lambat turun ke cawangan – cawangan akan menambahkan lesunya lagi kesiap siagaan mereka. Zaman Tok Nenek bergolok gadai untuk UMNO seperti waktu dahulu, sudah tidak boleh dipraktikkan lagi waktu ini.
Faktor kutukan dan kejian yang berterusan kepada Tun selaku mantan Perdana Menteri juga merupakan factor utama. Walaupun Rafizi mengatakan Tun bukan factor utama, tetapi sentuhan dan karisma Tun sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada awam untuk merasa selamat berada di bawah tadbiran beliau maka rakyat berani menterjemahkan undi kepada PH kerana Tun akan mengetuainya. Situasi ini sama seperti PRU ke 13 dulu bila BN merampas Kedah kerana awal awal lagi rakyat Kedah telah dijanjikan DS Mukriz akan menjadi Menteri Besar. Simple as that!
Undi anak muda bukan factor kali ini. Sukar dibuktikan anak muda menolak BN, sebab kali ini tua muda miskin kaya jantan betina, semua sekali menunjukkan penolakan. Malah anak muda lebih yakin kepada Tun berusia 93 tahun daripada barisan KJ. Tsunami yang terjadi kali ini, menyebabkan landskap politik Negara berubah sama sekali dengan pertama kalinya BN bergelar pembangkang. Maka, usaha2 menambah baik UMNO dan BN perlu dilakukan segera. Hala tuju kena jelas. Untuk itu, Najib telah berundur. Ini bagus. Zahid perlu berundur kerana dia gagal menjadi Timbalan yang melaporkan perkara yang benar kepada ketuanya. H20 sesuai di Timbalan Presiden. KJ perlu tunggu dulu. Dia sesuai duduk Naib Presiden. Dia bukan lawan Tun. Tiada jaminan kalau KJ Presiden, maka anak muda akan berduyun2 menyokong BN. Presiden?? Tengku Razaleigh Hamzah a.k.a Ku Li merupakan Tokoh terbaik sebagai Presiden.
Sent From Note 8
TENGKU RAZALEIGH - JASA PUTERA RAJA YG TIDAK DILUPAKAN!
Sunday, May 27, 2018
Manfaatkanlah Sementara Ada Waktu.
Tuesday, May 22, 2018
JOM KITA TENGOK JANJI JANJI PAKATAN HARAPAN
Thursday, May 17, 2018
Luahan Hati Syed Mokhtar Al-Bukhary Mengenai Kejatuhan Najib Razak
1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO dan rakyat Malaysia n islam (izin edit sikit jer) izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. olah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.
2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.
3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.
4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar. SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.
5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?
6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.
7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.
8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar.
9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.
10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.
11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.
12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?
13. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.
14. Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib.
15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?
16. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.
17. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.
18. Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.
19. Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?
20. Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.
21. Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksub dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Mohd Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing. Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?
Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat ini.
Wassalam,
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Sayangkan Islam dan Negara
Nauzubillah
Wallahualam
C&P
Monday, May 14, 2018
Pengertian Iman Apa itu Iman..
Thursday, April 19, 2018
Jangan Kencing Kawan!! Hahahaha..
Hal ini menyebabkan seorang hulubalang pemburu naga bernama Abu teruja untuk memegangnya, walaupun dia tahu hukumannya adalah mati kalau sampai dia berani memegang buah dada sang permaisuri.
Namun kerana begitu kuatnya keinginan tersebut, maka hal itu di suarakan kepada Karmin yang kebetulan adalah tabib istana.
Karmin pun menyatakan "aku bolih memberi kamu lebih dari yang kau inginkan asalkan kau mau memberikan aku 500 dinar emas"…
Abu pun bersetuju syarat yang diberikan Karmin =-?
Keesokan harinya Karmin meracik serbuk gatal dan menaburkanya ke Bra sang permaisuri ketika sedang mandi.
Setelah itu permaisuri pun merasakan gatal-gatal pada dadanya, melihat hal itu raja kemudian memanggil tabib istana… yaitu Karmin.
Karmin pun menyatakan bahwa sakit permaisuri hanya dapat disembuhkan oleh air liur selama 4 jam dan berdasarkan penelitian hanya air liur Abu sang pemburu naga-lah yang mempunyai penawarnya…
Kerana begitu ingin permaisurinya sembuh maka dipanggilah si Abu, kemudian Abu pun menghampiri permaisuri untuk mengusap dgn air liurnya dan menjilat dadanya.
Namun sebelumnya Karmin telah memberikan ubat penawar ke lidah Abu…
Setelah 4 jam, Abu pun keluar dengan sangat puas dan bahkan di kagumi sebagai pahlawan…
Setelah sampainya di rumah, Karmin menagih 500 dinar emas yang dijanjikan Abu, namun Abu menolak dan malah mengusirnya…
fikirnya tak mungkin si Karmin berani mengadukan kepada raja kerana dia turut terlibat…
Kerana kecewa dengan sikap Abu, keesokan harinya Karmin pun menaburkan habuk gatal yang Sama kedalam seluar dalam sang raja, bahkan dengan jumlah yang lebih banyak… >=)
Raja pun memanggil : "Abuuuuuuu!!"
Lalu Karmin pun mendekati Abu sambil tersenyum dan berbisik : "4 Jäm jilat brooooo…..kih kih kih ?
😂😂😂😝😂
Moral of the story jgn kencing kawan2
Wednesday, February 28, 2018
Jangan Naik Tangan?!
A Point To Ponder
Sandwich used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...
-
First of all, thank you for the support for coming to the tournament just now. Maybe ramai yang tak faham bagaimana nak kira system 36,...
-
Sebelum korang ketahui siapa paling hantu di Malaysia, korang baca dulu 13 tempat paling berhantu ni. Dan teka siapakah gerangan hantu terse...
-
Untung janda,untung lagi pemimpin PAS ! AKHIRNYA terlalu jauh Arbaiyah Abdul Manan ataupun masih terus kekal dengan nama glamernya Abb...