1. Ini merupakan idea atau saranan yg cukup gila yang dimajukan kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Sekolah Sekolah ini berkembang dengan cukup baik di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Di sinilah anak2 kita mendapat didikan agama dgn kos yg rendah serta peluang ibu bapa yg mahu membentuk anak2 mereka di dalam aliran agama.
2. Saban tahun, peruntukan2 serta dasar2 baru di perkenalkan oleh Pusat mahupun Negeri dalam usaha memperkasakan sistem pembelajaran dan prasarana di sekolah2 berkenaan demi keselesaan, keselamatan serta kecemerlangan para pelajar tahfiz tersebut.
3. Terbukti, ramai asuhan dan didikan pusat2 Tahfiz yg telah berjaya malahan menjadi ilmuan agama mahupun profesional yg sudah semestinya, majoriti pelajar2 ini adalah berbangsa melayu.
4. Zam mungkin telah hilang nilai kemelayuan di dalam dirinya, namun memberi cadangan pemansuhan sekolah tersebut adalah satu bentuk penganiayaan kepada para bakal huffaz yg akan dilahirkan melalui sekolah2 ini.
5. Hanya kerana merasakan penampilan yg sedikit 'kearaban', maka Zam mengambil pendekatan ianya adalah ssuatu yg jumud dan tidak mempunyai nilai masa depan, ia merupakan 1 penilaian dangkal dan bodoh daripada seorang bekas Menteri.
6. Adalah lebih baik, sekiranya Kerajaan sekarang mengambil pendekatan penambahbaikan mengikut acuan mereka dan tidak salah meneruskan apa yg kerajaan BN telah lakukan sebelum ini utk pemerkasaan sekolah2 tahfiz ini demi kecemerlangan anak2 bangsa kita di situ.
7. Jangan ditutup ruang anak2 ini hanya kerana kita terpesona dgn idea2 gila seperti saranan yg dilakukan. Moga Allah beri hidayah dan kesederhanaan hati kpd pimpinan sedia ada dlm isu ini.
8. Sekiranya mahu mengurangan kos pentadbiran sekalipun demi memenuhi janji2 PRU ekoran 100 hari yg semakin suntuk, adalah diharapakan jangan lah mengambil daripada bajet utk sekolah2 tahfiz ini.
9. Zam akan pancing utk dapatkan respon publik. Kalau senyap, jawapnya jadi dasar. Jadi, isu penutupan sekolah ini perlu ditentang habis habisan dan saya yakin Menteri Pakatan Harapan yg bertanggung jawap terhadap isu ini, juga sependapat dengan saya.
Sent From Note 8
No comments:
Post a Comment