Tuesday, March 27, 2012

ADUN Slim Diikat Perompak

Selepas sahaja Menteri Amaran Dalam Negeri mengatakan Malaysia sebuah negara yang selamat untuk di diami, malah berada dalam kedudukan no 19 paling selamat, semakin banyak cerita cerita penculikan dan pembunuhan yang keluar di dada dada akhbar menceritakan pisau yang di acu ke dada dada mangsa. Kalau macam ni punya selamat no 19, tak tahu lah negara2 yang duduk di angka angka yang lebih besar.

Macam ada yang tak kena aje dengan kejadian - kejadian sebegini. Sebagai rakyat biasa, walaupun aku ni penyokong tegar Kerajaan, itu bukan bermakna perlu menutup mata pada isu isu sebegini. Korang nak beramuk ke ape ke dengan dunia politik korang, lantak lah tapi PLEASEEEEE bagi kami rakyat marhain ni hidup dalam keadaan yang selamat dengan kadar jenayah yang minima. 

Macam macam kaedah penyeliaan yang dilakukan dengan RELA yang tak berapa nak rela sekarang ni, RUKUN TETANGGA yang dah tak rukun lagi, PDRM, Jawatankuasa Kampung ( tak cukup yg negeri punya, sesetengah tempat siap tambah dengan JKKK Persekutuan lagi ), Ketua Kampung, Tok Batin dan macam2 lagi lah tapi kita saban hari makin dihantui dengan kadar jenayah yang tinggi. 

Contohnya macam berita di bawah ni lah...( kesian YB aku tau, sabarlah To' )..

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan isteri bersama anak lelakinya diikat setengah jam oleh tiga lelaki bertopeng yang memecah masuk kediamannya di Taman Wang Setia, Tanjung Malim, kira-kira 120 kilometer dari sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Mohd Khusairi bersama keluarganya sedang tidur di tingkat atas rumah sebelum kediamannya dimasuki penceroboh dipercayai warga Indonesia melalui pintu balkoni tingkat berkenaan.
Mohd Khusairi yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak dan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim berkata, dua daripada lelaki terbabit yang memakai topeng melompat di atas katil ketika beliau dan isteri sedang nyenyak tidur sebelum mengejutkannya supaya bangun.
“Pada masa itu, seorang daripada suspek mengacukan pisau ke leher saya dan memberi arahan supaya tidak membuat bising. Kemudian saya dan isteri diikat sebelum seorang daripada penjenayah itu ke bilik anak lelaki saya yang terletak bersebelahan dan mengikatnya pada tiang katil.

“Tiga lagi anak saya berusia sembilan, 11 dan 13 tahun turut dikejutkan dari tidur dan diletakkan dalam bilik tidur saya. Mereka tidak diapa-apakan tetapi diugut supaya tidak membuat bising, " katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Katanya, selepas mengikat dan mengumpulkan semua ahli keluarganya, ketiga-tiga perompak berkenaan mula menggeledah rumah sebelum melarikan barangan berharga termasuk barang kemas, wang tunai, telefon bimbit, komputer riba, iPad dan pasport antarabangsa miliknya.


“Ketiga-tiga penjenayah berkenaan kemudian melarikan diri melalui pintu balkoni iaitu tempat sama mereka masuk. Ketika itu baru saya berjaya melepaskan ikatan dan melaporkan kejadian terbabit kepada polis.

“Akibat kejadian itu, saya sekeluarga kerugian kira-kira RM40,000 dan sehingga kini masih trauma terutama ketika waktu malam,” katanya. 



Thursday, March 8, 2012

Playboy - Dari Sudut Yang Aku Ketahui

Playboy sentiasa membuat pasangannya mengakui kesalahan mereka. Dan disaat dirinya sendiri bersalah, dia masih mampu meletakkan kesalahan itu pada diri pasangannya.

Playboy sentiasa yakin berjalan dengan pasangannya secara terbuka setelah dia mengatur jadual lain lain pasangannya ditempat tempat yang berbeza.

Playboy tidak memerlukan muka yang manis, tapi paling penting bermulut manis.

Playboy sentiasa pandai membuat kejutan untuk pasangannya dan selalunya kejutan itu sering menjadi momen indah dalam hidup pasangannya sampai bila bila.

Kreativiti seorang lelaki playboy jauh luarbiasa dan gagal dicapai akal lelaki biasa. Lelaki budiman? Huh..percintaan akan menjadi sangat membosankan.

Playboy juga manusia yang bisa membuat pasangannya menangis dan kemudian ketawa dalam tempoh waktu yang cukup hampir.

Percaya atau tidak, pakej lelaki idaman perempuan kebiasaannya dimiliki hampir lengkap oleh seorang playboy.

Perempuan memerlukan lebih perhatian dan kasih sayang, dan perkara itu terlalu banyak dalam diri seorang playboy hingga dia bisa mengagih agihkan kepada ramai orang.

Kematian seorang playboy akan tetap ditangisi oleh kesemua pasangan pasangannya walaupun terang terang dan terbukti dia seorang lelaki yang curang. Kenapa? Kerana disebalik kecurangannya, dia tetap membahagiakan setiap pasangannya disepanjang hayatnya.

Playboy sejati selamanya akan kekal anggun dan agung. Dalam terang ia sembunyi.

Tidak ada seorang lelaki pun sebenarnya yang mahu menjadi seorang playboy, tetapi dia tidak mampu menghampakan harapan setiap wanita yang datang kepadanya. Dan itulah satu satunya kelemahan seorang lelaki yang bergelar Playboy..

Sayangnya aku tidak memiliki walau satu pun elemen di atas bagi membuatkan hidup aku ceria huhu...

Sent from Samsung tablet

Wednesday, March 7, 2012

Cinta Itu Sering Tidak Jujur

Ada hari harinya, kita akan terluka. Dan hari ini,aku nak layan jiwang skit hahahaha..saje seronok2..

Cinta boleh berlaku pada bila bila masa yang ia suka. Ia mungkin boleh terjadi sekejap lagi, esok atau semalam hari. Cuma kita tidak tahu bila dan di mana ia berakhir.

Disaat satu tangan melepaskan dirimu, akan ada beribu ribu tangan lagi sedia memimpin. Soalnya, kemana kau akan dipimpin. 

Cinta sebenarnya penuh dengan helah dan tipu muslihat. Dan kau hanya akan tersedar semua itu setelah kekecewaan menjengah pintu hati.

Dalam sesebuah percintaan, kita sering tidak nampak kenyataan yang sangat jauh. Dan akan ada orang orang yang akan memandu kita mengenali kenyataan kenyataan itu. Tapi sering kita tidak hiraukan kerana kita percaya pada cinta.

Orang yang bisa buat kau menangis dalam bercinta akan kekal selamanya di hatimu berbanding orang yang hanya pandai buat kau ketawa disepanjang percintaan itu.

Cinta sering menghalang pandangan diri mu, kerana itu kau memerlukan mata sahabat terdekat untuk memberi panduan agar kau tidak sesat.

Dalam cinta tiada kebenaran kerana kebenaran merupakan perkara paling akhir setelah semuanya sempurna. Dan itu pun cuma kau temui setelah ia jadi milikmu selama lamanya.

Kata kata manis dalam berkasih sayang merupakan racun paling halus yang akan membunuh dirimu perlahan lahan. Penawarnya adalah dirimu sendiri yang perlu bangkit selepas dikecewakan.

Cinta hanya satu perkataan untuk menjadi tiket bagi mengatal dengan pasangan kita. Dan lelaki paling mahir dalam hal ini.

Bagi insan yang bergelar adik, sahabat, atau sesiapa sahaja yang aku sayangi, andai kau terbaca apa yang aku tuliskan, janganlah percaya bulat bulat. Ambil masa dan nilaikan, kemudian pasti kau temui kebenaran semua perengan perengan tu selagi minda kau tidak dikuasai penangan cinta. 

Sent from Samsung tablet

Ibu rakam anak dirogol teman lelaki


SHAH ALAM - Seorang janda bukan sahaja bertindak keji membiarkan anaknya diratah teman lelakinya, malah tambah jijik dia tergamak merakam aksi rogol itu menggunakan telefon bimbit untuk kepuasan nafsu.Nasib kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendapat pembelaan apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadap wanita itu kerana bersubahat dengan teman lelakinya merogol mangsa, tiga tahun lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap tertuduh Ma Kassim Sirat, 44.Ma Kassim, pemandu teksi, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol mangsa di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam, pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, dan jam 10 malam, Mac 2010.Sementara itu, ibu kanak-kanak itu didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama.

Pasangan kekasih itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Peguam Roland Engan dan M Hafiz Zainol Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira pengakuan salah anak guamnya yang telah insaf dan menyesal.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hemy Annerina Haja Mydin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana peranan ibu mangsa yang bersubahat dalam kes itu amat mendukacitakan."Perkara ini menyedihkan kerana ia tidak pernah didengar dalam mana-mana kes sebelum ini," katanya.Beliau yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya R Kalaiyarasi berkata, mahkamah perlu mengambil kira kesan terhadap mangsa yang trauma sepanjang hayat akibat perbuatan kedua-dua tertuduh."Setiap hari, mangsa akan tertanya-tanya mengapa ibunya sendiri tidak menyelamatkannya (dari kejadian rogol).

Hanya disebabkan oleh nafsu kedua-dua tertuduh, mangsa berdepan titik hitam dalam hidupnya. Kecederaan fizikal boleh diperbaiki, tetapi tidak emosi," katanya.Berdasarkan keterangan mangsa, ibu memanggilnya masuk ke bilik tidur sebelum Ma Kassim merogolnya.Pada kejadian kedua, ibu mengumpan mangsa dengan hadiah sempena hari lahir dan pada kejadian terakhir, wanita itu merakam perbuatan terkutuk lelaki itu.

Sumber. 

ASHAMSURI: macam macam hal dalam ini dunia. Langsung takde sifat belas kasihan atau kasih sayang terutama pada anak sendiri. Aku hilang akal bila mana seorang ibu boleh buat begitu pada anak sendiri. Harap jauhkan lah semua perilaku tak baik ni daripada golongan golongan keluarga aku.

Keputusan hakim yang bagus. Kurang kurang mereka dapat cash di atas dunia ni. Dan tunggulah azab Allah di Ahkirat nanti. Sayang sgt kat cinta hatinya tu sampai sanggup biar anak sendiri jadi korban. khaaaakk pthuiiii..sial punye betina...

Monday, March 5, 2012

SEORANG NENEK MENCURI SINGKONG KARNA KELAPARAN, HAKIM MENANGIS SAAT... MENJATUHKAN VONIS !!

diruang sidang pengadilan, hakim Marzuki duduk tercenung menyimak tuntutan jaksa PU thdp seorg nenek yg dituduh mencuri singkong, nenek itu berdalih bahwa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, cucunya lapar, namun manajer PT A**** K**** (BAK** grup) tetap pada tuntutannya, agar ...menjadi contoh bg warga lainnya.Hakim Marzuki menghela nafas,dia memutus diluar tuntutan jaksa PU, 'maafkan saya', ktnya sambil memandang nenek itu,'saya tak dpt membuat pengecualian hukum, hukum tetap hukum, jd anda hrs dihukum. saya mendenda anda 1jt rupiah dan jika anda tdk mampu bayar maka anda hrs msk penjara 2,5 tahun, spt tuntutan jaksa PU'.Nenek itu tertunduk lesu, hatinya remuk redam, smtr hakim Marzuki mencopot topi toganya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan uang 1jt rupiah ke topi toganya serta berkata kpd hadirin."Saya atas nama pengadilan, jg menjatuhkan denda kpd tiap org yg hadir diruang sidang ini sebesar 50rb rupiah, sebab menetap dikota ini, yg membiarkan seseorg kelaparan sampai hrs mencuri utk memberi mkn cucunya, sdr panitera, tolong kumpulkan dendanya dalam topi toga saya ini lalu berikan semua hasilnya kpd terdakwa."Sampai palu diketuk dan hakim marzuki meninggaikan ruang sidang, nenek itupun pergi dgn mengantongi uang 3,5jt rupiah, termasuk uang 50rb yg dibayarkan oleh manajer PT A**** K**** yg tersipu malu krn telah menuntutnya.

Sungguh sayang kisahnya luput dari pers. Kisah ini sungguh menarik sekiranya ada teman yg bisa mendapatkan dokumentasi kisah ini bisa di share di media tuk jadi contoh kepada aparat penegak hukum lain utk bekerja menggunakan hati nurani dan mencontoh hakim Marzuki.

** Semoga bisa menjadi pelajaran bwt kita semua Insyaallah.
Pelajaran hari ini: banyaklah bersedekah... dan jangan pelit....

Thursday, March 1, 2012

Surat Tun Mahathir kepada Israel

PERDANA MENTERI MALAYSIA

8 Jun 1999

Tuan Yang Terutama
Encik Ehud Barak
Perdana Menteri Israel
TEL AVIV

Tuan Yang Terutama,

Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan. Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel. Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen.

Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansur. Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel. Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnyua mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan.

Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain. Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian.

Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan. Ini mestilah berdasarkan pada prinsip "pertukaran tanah untuk perdamaian" dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.

Yang Ikhlas

Dr Mahathir mohamad

***************************


BERIKUT ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin pada 1993, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar hari ini.

PERDANA MENTERI MALAYSIA

21 Disember 1993

Tuan Yang Terutama
Tuan Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel
JERUSALEM


Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah. Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka. Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.

Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.

Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)

DR. MAHATHIR MOHAMAD

***********************


BERIKUT adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada 1997, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar hari ini.


PERDANA MENTERI MALAYSIA

14 Mac 1997

Tuan Yang Terutama
Tuan Benjamin Netanyahu
Perdana Menteri Israel
Jerusalem


Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.

Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.

Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang. Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.

Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.

Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan. Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.

Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.

Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang. Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.

Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.

DR MAHATHIR MOHAMAD

ASHAMSURI:  baca, nilai dan fikirkan..braveheart Tun..bangga pernah membesar di bawah pemerintahan beliau.

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...