Wednesday, August 8, 2012

DIPERKOSA DAN DILIWAT SEKUMPULAN BINATANG !!!

Peristiwa ngeri ini telah berlaku di Kuala Lumpur ke atas beberapa orang wanita yang malang dan hanya seorang daripada mereka yang berani tampil ke hadapan untuk membuat laporan. Oleh itu, pihak kami ingin menghebahkan salah satu taktik baru yang digunakan oleh binatang-binatang bagi memperdaya kaum wanita.

Juliana (bukan nama sebenar) meninggalkan pejabat agak lewat pada hari itu dan waktu itu, hari telah hampir malam. Ketika berjalan keluar, Juliana terserempak dengan seorang kanak-kanak sedang menangis di tepi jalan. 

Di atas sifat belas kasihan, dia menghampiri budak itu dan bertanya namanya dan kenapa dia keseorangan sedangkan hari telah hampir malam. Aiman (bukan nama sebenar) pun memperkenalkan dirinya dan menyatakan yang dia telah tersesat dan memohon agar dihantar balik ke rumahnya.


Kemudian Aiman menghulurkan sekeping kertas yang tertera satu alamat dan mendakwa di situ adalah rumahnya. Juliana yang berhati mulia dan tanpa sebarang keraguan terus membawa Aiman untuk dihantar ke alamat berkenaan.

Setelah hampir setengah jam Juliana mencari alamat tersebut, akhirnya dia berjaya menemuinya dan ternyata ada sebuah rumah di situ. Tanpa berlengah lagi, Juliana pun menekan loceng pintu untuk memanggil sesiapa yang berada di dalam rumah tersebut.

Tetapi dengan tidak diduga, Juliana bagaikan tersentak apabila jarinya bersentuhan dengan butang loceng rumah tersebut. Pandangannya seakan berpinar-pinar dan tubuhnya menjadi kaku secara tiba-tiba. Juliana terus rebah dan tidak sedarkan diri.

Juliana hanya tersedar pada keesokan harinya dalam keadaan tanpa seurat benang, kemaluan dan duburnya terasa amat sakit. Juliana benar-benar takut, lantas diperhatikan sekeliling tempat itu, ianya sebuah rumah kosong yang seperti telah ditinggalkan. Juliana bertambah terkejut apabila mendapati beberapa keping kondom dan banyak kesan air mani yang bertaburan di atas lantai.

Jumlah kondom yang didapati adalah melebihi 20 keping dan rumah kosong tersebut berada di kawasan bukit yang agak sunyi. Fikiran Juliana semakin berkecamuk, ternyata dirinya telah dikendurikan oleh ramai binatang dalam keadaan tidak sedar.

Taktik yang digunakan oleh binatang-binatang ini adalah mengumpan mangsa dengan kanak-kanak dan mengalirkan elektrik berkuasa tinggi ke butang loceng

ASHAMSURI : Nasihat aku kepada semua, jika ada situasi begini yang berlaku, baguslah bawa je budak tersebut ke balai polis dan serahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan seperti menghantar budak tersebut ke alamat yang dinyatakan.

Bukan kita nak berkira atau malas, tapi keselamatan diri sendiri sangat sangat diperlukan hari ini dengan belbagai jenis taktik dan kaedaha yang digunakan oleh manusia manusia  di luar sana. Makin hari otak manusia ni makin kreatif terutama kepada perkara perkara sebegini. Hati hatilah semua terutama kepada golongan wanita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...