Ratu terjun kelahiran Sarawak, Pandelela Rinong tidak menghampakan
sandaran yang diletakkan di atas bahunya apabila merangkul pingat gangsa
dalam acara akhir 10m platform wanita pada Sukan Olimpik 2012, lewat
malam tadi.
Gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu menceriakan
kontinjen Malaysia, tiga hari sebelum temasya Sukan Olimpik melabuhkan
tirainya, dengan menghadiahkan pingat kedua negara selepas sebutir perak
oleh Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton, Ahad lalu.
Selepas
wakil tunggal Heidi Gan memperoleh tempat ke-16 dalam acara renang
maraton 10km laut terbuka di Tasik Serpentine di Hyde Park pada sebelah
pagi, misi menambah pingat kedua tanpa mengira warna kelihatan mustahil.
Bagaimanapun,
Pandelela, yang diberi tanggungjawab membawa bendera Jalur Gemilang
pada perarakan kontinjen pada majlis perasmian Sukan Olimpik 2012,
berjaya memecah kebuntuan memburu pingat kedua negara.
Dia
mengumpul 359.20 mata untuk meraih gangsa di belakang pemenang pingat
emas Chen Ruolin dari China dan pemenang pingat perak, Brittany Broben
dari Australia.
Pandelela memulakan terjunan pertama dengan hambar
ekoran kesilapan dengan memungut 58.50 mata daripada acara Forward 3
1/12 somersault.
Dia kemudian bangkit dengan mengumpul 78.30
daripada acara Back 2 1/2 somersault, 64.00 (Armstand BAck double
somersault 1 1/2 twist, 81.60 (Inward 3 1/2 somersault) dan 76.80 (Back
1/2 Somersault 1 1/2 twist).
Pandelela berkata selepas
melakukan kesilapan pada terjunan awal, beliau dinasihatkan jurulatihnya
dari China, Yang Zhuliang supaya melupakan kesilapan tersebut dan
memberi tumpuan kepada empat terjunan seterusnya.
"Kejayaan
meraih pingat gangsa ini saya tujukan kepada seluruh skuad terjun
negara. Saya sendiri tidak menyangka mampu meraih pingat di temasya
ini," katanya.
Penerjun itu akan mendapat ganjaran wang tunai
sebanyak RM150,000 di bawah Skim Hadiah Ganjaran Sukan (Shakam)
Kementerian Belia dan Sukan dan mendapat pencen seumur hidup sebanyak
RM2,000 sebulan.
Pencapaian Pandelela itu akhirnya memecah
dominasi sukan badminton yang sebelum ini menyumbangkan dua pingat perak
dan dua gangsa, sejak Malaysia pertama kali menyertai temasya sukan
terbesar dunia, bermula di Melbourne pada 1956.
Kejayaan
Pandelela ini juga, sehingga kini, menyamai pencapaian kontinjen negara
daripada edisi 1996 Atlanta, Amerika Syarikat, yang membawa pulang satu
pingat perak dan satu pingat gangsa.
sumber : Malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
A Point To Ponder
Sandwich used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...
-
First of all, thank you for the support for coming to the tournament just now. Maybe ramai yang tak faham bagaimana nak kira system 36,...
-
Sebelum korang ketahui siapa paling hantu di Malaysia, korang baca dulu 13 tempat paling berhantu ni. Dan teka siapakah gerangan hantu terse...
-
Untung janda,untung lagi pemimpin PAS ! AKHIRNYA terlalu jauh Arbaiyah Abdul Manan ataupun masih terus kekal dengan nama glamernya Abb...
No comments:
Post a Comment