Pembentukan
ikon politik adalah perlu dalam senario politik hari ini. Status quo yang ada
sekarang merupakan sebahagian besarnya dipengaruhi oleh imej dan impak ikon
politik. Percaya atau tidak, pengaruh ikon atau figura seseorang calon banyak
membantu dalam mempengaruhi pola undi diri sendiri dan juga pola parti yang
diwakili secara keseluruhan.
Ekoran
itu kita tidak pelik, bila Anwar Ibrahim masih mampu bangkit dalam arus politik
perdana walaupun dia dikecam dengan pelbagai isu dan hukuman penjara yang bukan
sikit sikit member impak pada kredibiliti dan karisma beliau. Mahathir,
walaupun telah bersara namun masih mampu menghadirkan gerun lawan dan kawan
serta boleh mempengaruhi persepsi masyarakat sebagaimana peranan dan pandangan
beliau telah menyebabkan Pak Lah tidak mampu bertahan lama ditampuk
pemerintahan.
Lim
Kit Siang, seorang lagi figura yang tak pernah malam malam, hadir di Gelang
Patah untuk tempoh beberapa bulan, dapat menumbangkan Ghani Othman yang sekian
lama memerintah Johor hanya kerana status ikonik yang dibawa oleh beliau.
Karpal
Singh. Duduk dibangku kerusi roda. Apalah sangat yang kita nak harapkan dari
seorang wakil rakyat OKU. Itu logik akal lah. Tetapi seperti yang saya katakan,
impak disebalik nama dan aura yang ada membolehkan beliau terus terpilih lagi
sebagai Ahli Parlimen. Dan Karpal Singh menang.
Kelantan
sekian lama gagal dibawa pulang oleh BN bukanlah kerana rakyat Kelantan itu
bodoh untuk tidak menilai semua bentuk kebaikan yang ada dilakukan oleh BN.
Namun ia dibayangi oleh nama besar Datuk Nik Aziz. Kelantan adalah PAS, dan PAS
itu Nik Aziz.
Soalnya
sekarang, dalam nama nama besar itu sudah dilihat melahirkan zuriat atau
pelapis sebagai ikon politik parti masing masing di masa hadapan. Anwar telah
meletakkan Nurul Izzah sebagai pelapis beliau. Walaupun didedahkan dengan
laporan video seksi beliau dan sebagainya, bekas Puteri Reformasi itu masih
berkuasa di Lembah Pantai dan menewaskan seorang Menteri Kabinet.
Lim
Kit Siang. Nampak Lim Guan Eng mampu untuk meneruskan legasi bapanya itu
sebagai ikon dalam DAP. Dan beliau dilihat akan mewarisi nama besar bapanya.
DAP juga dilihat mempunyai beberapa pelapis yang cukup ampuh untuk masa depan
politik mereka seperti Anthony Loke, Ngeh bersaudara dan Govind Singh.
PAS
juga turut ada Husam Musa. Walaupun Husam tumbang di Putrajaya, namun itu lebih
kepada test market beliau untuk melihat kekuatan beliau di luar Kelantan. Dan
jentikkan yang dilakukan PAS di kerusi Putrajaya sedikit sebanyak memang
menggangu dan memeningkan Ku Nan pada awalnya.
Soalnya,
siapa pelapis UMNO dan Barisan Nasional? Siapa kita lihat selepas Najib? Mana
ikon yang sepatutnya kita tonjolkan? Disaat parti lawan telah bersedia dengan
barisan pelapis yang mantap dan mampu berdiri atas nama mereka sendiri, kita
masih lagi tercari cari siapa selepas Najib. Di mana silapnya kita dalam
menjenamakan ikon ikon baru yang umppphh dan mampu menerbitkan aura serta
karisma yang boleh merubah persepsi dan perspektif umum.
Khairy
Jamaluddin boleh dikatakan punya potensi itu, namun adakah anak muda itu diberi
peluang pada kali ini? Mukriz juga dilihat punya potensi apabila pengumuman
awal beliau sebagai MB Kedah sebelum PRU bermula dilihat merubah landskap
politik Kedah hingga BN berjaya merampas negeri tersebut. Namun, ia sedikit
sebanyak masih diperkatakan faktor kekuatan ayahandanya. Selebihnya siapa?
Ikon
ini penting untuk untuk kelangsungan politik. Dan pembentukkan perlu dilakukan
sekarang, jangan tunggu PRU yang ke 14 baru kita nak terhenggeh henggeh
memikirkan ini semua. Nama besar yang kuat akan membantu jentera dan parti
dalam meraih undi dan keyakinan awam. Langkah kearah itu, pintu dan peluang
harus dibuka seluas luasnya kepada generasi baru, generasi muda, generasi bijak
pandai, generasi yang mahu bersama sama, ke dalam saf kepimpinan. Selebihnya,
saya tinggalkan kepada tuan / puan untuk memikirkan.