Saturday, May 11, 2013

Hari Graduasi UiTM

Minggu ni merupakan minggu graduasi bagi pelajar pelajar UiTM Shah Alam untuk semua bentuk program. Daripada Diploma hinggalah ke peringkat Doktor Falsafah.

Graduan graduan ini patut sedar dan berterima kasih kepada orang orang terdahulu kerana atas citra merekalah terbentuknya UiTM dalam membantu ramai anak melayu untuk menikmati peluang pendidikan ke mercu yang lebih tinggi dalam kos yang lebih rendah. UiTM merupakan gagasan orang melayu untuk melihat anak anak melayu berjaya.

Ingatlah selalu, kejayaan yang kita tempa pada hari ini sedikit sebanyak merupakan hasil tangan daripada orang orang yang terdahulu. Biar kita reti berterima kasih dan hargai peranan mereka dalam kejayaan kita hari ini. Jangan bila sudah berjaya kembali menjadi duri dalam daging untuk bangsa sendiri..

Sent by Samsung Galaxy Note

No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...