Thursday, July 18, 2013

Bukan Senang Khawin Lari Ni Ashraf Oiiii!!!

Bukan senang berbini dua ni. Ashraf ini mungkin boleh klasifikasikan diri nya berani dalam membuat keputusan. Tapi dari satu sudut yang lain, itu keputusan yang paling bodoh dilakukannya. Dia melukakan hati isteri pertamanya, keluarga mertuanya, para saudara mara bininya, keluarganya sendiri malah keluarga mertua keduanya turut tercalar.

Ini semua terluka hanya kerana hendak memenuhi tuntutan hati dia dan isteri barunya. Kenapa tak ambil masa secukupnya, bincang baik baik. Cari penyelesaian yang terbaik. Bukan ikut akal singkat. Bahagia sangatlah hidup macam tu sekarang? Bahagia ke? Atau bila dia tersedar nanti, dia akan akui bahawa keputusan yang telah diambilnya itu merupakan satu keputusan yang silap dan terbesar dalam hidupnya.

Banyak implikasi negatif yang kita tak tahu bila khawin lari ni. Tapi bila sudah itu satu satunya cara penyelesaian yang ada, apa lagi pilihan yang tinggalkan. Cuma kenapa lah dia tak tunggu jer keputusan mahkamah tu. Tengok contoh Anwar Ibrahim la. Sebab dulu dia khawin lari dengan Azizah, sampai hari ni orang masih jadikan isu ini mainan politik. Nasib kau bukan ahli politik Ashraf oiiii..lau idak masak lah kau..

Satu hari, satu waktu, akan ada perkara perkara KANTOI, sama ada sebelah kau atau sebelah bini kau. Itu jam kau akan berfikir dan menyesal. Yang kedua belum tentu lebih baik daripada yang terdahulu kerana tiada kesempurnaan dalam hidup ini. Apa apa pun, Selamat Pengantin Baru la bro..

Baca la cerita dia kat sini.

Ni pulak rintihan isteri dia..sendiri mau ingat ma..bukan semua yang kau buat itu betul bro. Agak agak la.

Tuesday, July 16, 2013

Lelaki Akan Diam Apabila...

 

Bagi yang sedang bercinta atau berumah tangga, wanita perlu peka dengan tingkah laku lelaki. Ini kerana fahaman anda tentang tingkah laku lelaki sedikit sebanyak akan membantu dalam perhubungan. Tidaklah anda cepat melenting apabila menghadapi situasi ini dan berfikir yang bukan-bukan pada kaum Adam. Kadang-kadang lelaki ini akan melupakan janji-janji mereka apabila menghadapi masalah seperti berikut.  Jadi, ketahui sebab lelaki tiba-tiba mendiamkan diri.

 

1.       DILANDA MASALAH
Biasanya lelaki begitu ego dalam hidupnya. Tidak hairanlah dia akan sedaya upaya menyelesaikan setiap masalah yang ada tanpa bantuan orang lain. Tetapi jika tiada jalan penyelesaian, maka dia lebih banyak berdiam diri kerana tertekan dengan masalah tersebut.

Wednesday, July 10, 2013

WAKTU-WAKTU YANG MUSTAJABNYA DOA



Oleh
Ismail bin Marsyud bin Ibrahim Ar-Rumaih


Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan.Disenaraikan waktu-waktu mustajab tersebut antara lain ialah :


(1). Sepertiga Akhir Malam

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" . (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)


(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17),


Tuesday, July 9, 2013

Guru, Murid dan Majoriti 2/3!


Berkesempatan hadir ke satu Majlis Pelancaran My Rukun Negara Pkt Ng. Perak 2013. Apa yang menarik ialah 2 perkara:

1. Majoriti anak anak melayu akan mula bangkit untuk keluar ke tandas dan pelbagai hal lagi lah disaat perasmi memulakan ucapan. Berbeza dengan bangsa lain, walaupun mereka tidak mendengar dengan teliti tapi term of respect kepada tetamu dan majlis itu ada. Mereka kekal duduk dibangku masing masing. Namun aku bersangka baik dengan andaian yang meramaikan majlis tu adalah pelajar pelajar melayu maka bila mereka majoriti nampak lah seolah olah mereka kurang peka. Memenangi dewan sekolah melebihi 2/3 la katakan, maka suka suka hati lah mereka.

2. Disaat perasmi memberi ucapan, selain para pelajar yang berbual2 kecil, para guru guru juga tak kurang rancaknya berbual bual besar sampai aku sendiri lebih dengar cerita mereka daripada ucapan perasmian. Macam mana agaknya perasaan cikgu cikgu ni bila mereka.mengajar di depan, para pelajar pok pek pok pek di belakang. Dan sekali lagi ia didominasi oleh cikgu cikgu bangsa aku huhu..

Elok sangatlah elemen rukun negara ni diterapkan kepada para pelajar dan guru gurunya sekali hehehe..

Berkata Benar Walaupun Pahit!

Sent by Samsung Galaxy Note

Salam Ramadhan. Selamat Berpuasa.

Salam kepada pembaca semua..

Agak lama saya tidak update blog kecil ini untuk bacaan pembaca pembaca blog saya yang beberapa kerat cuma ni. Ini kerana dalam waktu waktu yang terhampir ini semangat, kekuatan dan segala galanya bagai telah hilang dan jauhhhhh dibawa pergi. Dan ia merupakan waktu waktu saya yang sukar dan buntu. Tiada lagi tulang belakang yang mendokong perjuangan, cita cita dan impian saya selama ini.

Setelah semua perancangan, perangkaan, permasalahan dirungkaikan satu per satu, tiba tiba kita terpukul dengan kejadian kejadian yang tidak kita duga tanpa pengetahuan kita hingga semua perancangan yang telah dilakukan berlalu begitu saja.

Semua idea, sinikal mahupun sekadar kaedah suka suka meninggikan hitcounters bagai tidak lagi timbul dalam kotak idea saya. Patah hati, kecewa mahupun putus asa macam menjadi agenda utama dalam kehidupan.

Tiada lagi semangat, tiada lagi cita cita. Allah Maha Mengetahui. Dia datangkan sakit, pasti Dia juga akan datangkan penawarnya, insyaAllah. Namun yang pasti, hidup kena diteruskan.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Agar ibadah puasa tahun ini mendapat keberkatan.

Bagi ahli ahli UMNO, ramadhan kali ini juga merupakan tempoh bersidang bagi cawangan2 dalam menentukan kepimpinan yang baru. Semoga tidak silap memilih. PRU 14 terletak daripada pembentukan persepsi hari ini. Jangan jadikan sesi kali ini dicemari dengan insiden2 yang tidak diingini lebih lebih lagi dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Bersidang cawangan cawangan semua.

Sent by Samsung Galaxy Note

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...