Pembangkang di Perak terpaksa menggigit jari kerana ura-ura dua ADUN dari Barisan Nasional bakal menyertai mereka nampaknya tidak menjadi kenyataan.
Sehingga selesai Menteri Besar Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir membentang belanjawan (bajet) 2014 di sidang DUN hari pertama hari ini (Isnin) pada jam 1.35 tengah hari, semua wakil-wakil rakyat BN kekal.
Di pihak pembangkangpun kesemua 28 orang wakil-wakil mereka kekal tidak berganjak dalam Pakatan Rakyat.
Maknanya DUN Perak kekal status quo iaitu 31 BN manakala Pakatan Rakyat, 28 orang.
Maknanya DUN Perak kekal status quo iaitu 31 BN manakala Pakatan Rakyat, 28 orang.
Kesimpulannya ura-ura ini hanyalah gimmick pembangkang untuk mencuri perhatian sempena pembentangan bajet oleh Menteri Besar. Selain itu mereka dilihat cuba menganggu momentum kerajaan BN yang berada di paras tertinggi ekoran keputusan cemerlang PRU ke13.
Bagaimanapun 28 wakil-wakil rakyat pembangkang (18 DAP dan selebihnya PKR dan PAS) tidak pulang sia-sia kerana mereka turut mendapat tempias dari bajet yang dibentangkan.
Dr.Zambry memulakan pembentangan bajet 2014 iaitu genap 6 bulan 20 hari selepas PRU ke13 pada 5 Mei lalu ,pada jam 11.45 pagi sehingga berhenti pada jam 1.35 petang.
Pada pertengahan ucapan,beliau berhenti sekejap mengambil angin dan meneruskan dengan tidak siapa menjangkakan dengan berkata:"Untuk itu, buat pertama kali nya mulai 2014 , kerajaan negeri akan meluaskan bantuan bulanan Pusat Khidmat ADUN merangkumi kesemua 59 Pusat Khidmat ADUN termasuk kawasan pembangkang melibatkan peruntukkan sebanyaki RM2.12 juta atau RM3,000 sebulan setiap ADUN."