Tuesday, November 12, 2013

ISU ADUN PERAK LOMPAT - PENJELASAN KHUSAIRI

KENYATAAN AKHBAR
DATO' MOHD KHUSAIRI ABDUL TALIB
PENGERUSI BNBBC PERAK
11/11/2013

Kelab ADUN BN Perak berasa kesal dengan sikap Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Ko Ham yang menjadikan dirinya agen penyebar khabar angin.
Selaku pemimpin politik senior, Ko Ham tidak sepatutnya membesarkan berita khabar angin yang mengatakan terdapat dua ADUN BN negeri ini mahu melompat parti, seperti tersebar di laman media sosial.
(Kenyataan Ko Ham yang berkaitan disiarkan dalam akhbar Sinar Harian hari ini)
ADUN Sitiawan itu membenarkan dirinya terperangkap dalam isu politik khabar angin yang keji untuk mendapatkan publisiti murahan tanpa menyelidik terlebih dahulu kesahihan sesuatu sumber berita.
Ko Ham melapekkan kenyataannya dengan kata-kata 'sekiranya benar' bagi menghalalkan khabar angin yang tersebar.
"Ko Ham sudah pasti akan percaya dan menjaja khabar angin ke seluruh pelosok media, bahawa babi boleh terbang sekiranya binatang itu mempunyai kepak".
Ko Ham sebenarnya masih fobia dengan peristiwa lompat parti pada 2009 yang menyebabkan berlaku peralihan kuasa di Negeri Perak.
Secara tidak langsung dia mendedahkan punca sebenar dua Exco dan seorang ADUN meninggalkan parti masing-masing pada 2009, iaitu kerana tidak berpuas hati atas tindakan pemimpin mereka yang ketika itu diterajui Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Ko Ham sendiri dan sepupunya, Nga Kor Meng.
Ketiga-tiga ADUN berkenaan telah bertindak atas prinsip peribadi, dan bukan kerana menerima tawaran mana-mana pihak seperti sering didakwa oleh pemimpin-pemimpin DAP termasuk Ko Ham sebelum ini.
Terlalu banyak kepincangan yang berlaku selama 11 bulan Negeri Perak berada di bawah kepimpinan Nizar, Ngeh dan Nga sehingga menyebabkan kepimpinan mereka berakhir dalam tempuh singkat.
Tidak wajar mereka mahu menjadikan punca kejatuhan kerajaan PR sebagai faktor-faktor yang berulang dalam Kerajaan BN di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir.
Saya yakin khabar angin ini adalah sebahagian daripada provokasi pembangkang, termasuk DAP, bertujuan mahu mengalihkan fokus rakyat terhadap kepimpinan Dr. Zambry khususnya menjelang pembentangan Bajet Negeri Perak 2014 pada 25 November akan datang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sumber : WANGSA SETIA

No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...